Pages

Tahap Kritikal ternakan

Salam,

teman nak panjangkan sedikit cerita sebelum ini, anak ayam kampung sangat berbeza dengan anak ayam yang lain kerana tradisi atau tabienya sendiri yang mempengaruhi ayam ini Oleh kerana selama ini, tugasan mendidik anak ayam ini deberikan sepenuhnya kepada ibunya, maka segala proses pembesaran dipantau pantau dan disediakan oleh siibunya. Segala didikan seperti panduan memilih makanan, tempat tidur, aktiviti mencari makanan, melarikan diri dari musuh dan bersosial diajar terus oleh ibunya.

Apabila anak ayam ini mencecah usia 3 bulan, bentuk fizikalnya akan bertukar menghampiri ciri2 lengkap seekor ayam matang. Dengan perubahan ini, anda akan melihat siibu akan mematuk anaknya ini sekiranya anak ingin dekat atau ingin mengikuti ibunya. Kadangkala pada ketika inipun anak ayam boleh mati sekiranya gagal melaksananka minggu pertama berjauhan sengan ibunya. Ibunya akan mula rehat selama 1-2 minggu sebelum bersama kembali dengan kumpulan jantan didalm reban. Setelah selesai, si ibu akan mula bertelur dan mengulangi proses yang baru dilaluinya.

Bagi anak keluaran Incubator, anak2 ini tiada panduan atau role model yang boleh diikut untuk menjadi dewasa. Biasanya anak ini hanya mengikut nalurinya sendiri untuk makan minum dan mencari tempat yang selamat untuk berteduh. Oleh itu, kematian yang lebih tinggi akan direkodkan sekiranya penternak tidak meluangkan masa mendidik anak ini atau menternaknya dengan cara yang baik. segala aspek perlu diambil kira walaupun kepada kepanasan sinaran matahari diwaktu tengahhari. Kalau kita berjaya memenuhi kesemua keperluan anak ayam, biasanya semua anak ayam ini akan membesar dengan baik. Tetapi untuk rekod, biasanya penternak yang berjaya akan membenarkan kematian anak ini dalam pelbagai peringkat sebanyak 5-10% sepanjang ia diternak. Oleh itu rekod dan pemerhatian harian penting untuk mengetahui ruang kesilapan yang perlu diperbaiki.

Anak ayam akan dididik sepenuhnya sehingga berusia 4 bulan sebelum dilepaskan didalam reban yang masih dipagari. Pemerhatian tingkah laku dan kebolehan anak ayam ini untuk cuba belajar mengelak cuaca atau tidur ditempat tinggi bila waktu malam, Sekiranya anda dapati hanya separuh sahaja dari anak ini berjaya.. anda perlu memantau separuh lagi dan memastikan anak ini diselamatkan kalau masih gagal dalam percubaanya. Anda juga boleh memasukkan ibu2 muda atau jantan muda yang dah mencecah usia 8 bulan untuk mengajar anak2 ini untuk melakukan yang sepatutnya.. kalau kita berjaya membesarkan sehingga usia 4 bulan, Insyallah anak ini akan berjaya membesar dengan baik.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram