Pages

Entah, betul ke?

Salam,

nie kisah yang kerap berlaku direban teman, kisah sekumpulan warga asing Myamar yang ketagihkan ayam kampung asli. Nak dijadikan cerita sehari sebelum Hari Korban, mamat nie datang kerumah n mintak nak beli ayam, Teman jual lah dalam sekor je. Jual yang usia 7 bulan lebih dengan harga RM17. Keesokkanya pulak mamat nie datang lagi dengan 7 orang kawannya dan nak beli lagi dalam sekor sorang ayam. Katanya semalam dia dah merasa kesedapan sup yang mamat sorang ni buat. Tersangat sedap sehingga tak tertahan nak beli lagi. Teman dengan berat hati menjuallah seperti mana yang diminta.

Ingat dah abis dah kisah, keesokannya semasa teman balik dari beraya umah orng tua, waktu pagi lagi(yelah nak bagi ayam makan kan) dah ramai berkumpul depan rumah. Yang terkejutnya mereka masih berpakaian kerja(kilang kertas) dan teman kira dah sejam dorang tunggu kat situ. Sebab mereka biasanya dihantar pulang dengan bas pekerja dalam lingkungan 8.30 pagi. Teman tak dapat nak kira berapa yang ada masa tu tapi cukup untuk teman katakan mereka berhimpun sehingga tak nampak pagar. perkara seperti ini tak pernah berlaku sebelum ini.

Dengan berat hati, teman hanya menjual 10 ekor lagi dan pada ketika itu seolah2 perebutan ayam telah berlaku. Masing2 berbincang sama ada nak berkongsi atau nak makan sekor sorang. Teman sempat berpesan yang teman tak nak jual ayam lagi dah sbb stock ayam untuk jualan daging dah takde. Yang ada semua bapak ayam sahaja berusia lebih dari setahun, namun ada juga yang menunjukan jari nakkan bapak ayam otai tersebut. Kebanyakan dalam bahasa isyarat tangan lah sbb teman tak paham. Teman kata yg tu lagi lah teman tak nak jual pasal dah otai. Kalau jual pun bukan untuk makan tapi untuk dijadikan baka. Harga jual ayam yg ini pun dikira dgn ekor bukannya dengan berat. Sekor dalam RM 70 teman jual. Namun pernah juga teman jual dengan harga RM 50 kepada yang teman kenal.

Persoalan teman, siapa sebenarnya peminat ayam kampung asli ini? kalau diikutkan harga, mana mungkin si pendatang ini mampu bayar dan menikmati ayam yang tinggi harganya. mengapa mereka tak berminat membeli ayam kacuk yang diternak jiran seberang jalan belakang teman? kenapa ayam jenis ini juga yang dicarinya, dan mengapa sampai sekarang dorang masih datang nak tanyakan ayam nie. Apa yang mereka fikirkan tak dapat teman nak rungkaikan. Mungkin teman leh simpulkan mereka dan rindu sangat nak makan ayam seperti dikampung mereka keran dah jemu dengan ayam daging yang ada dijual dikedai makan. Atau mereka beranggapan ayam ini adalah sejenis makanan istimewa yang dah lama sangat mereka tak rasa.

Dan sehingga kini, kemana sahaja teman pergi dikawasan rumah teman dan bertembung dengan mat bangla atau myamar, mesti soalan "ayam ada" yg keluar dari mulut mereka. Kalau dengan harga RM 20 sekor dengan selamba je mereka leh bayar, teman merasakan keinginan mereka begitu kuat untuk ayam ini. So adakah fenomena ini berlaku disemua tempat diMalaysia ini. Kalau betullah ini berlaku, tak payahlah rasenya teman nak keluar untuk kepasar menjual ayam kelak. Cukup meletakkan iklan dihadapan rumah dan menyediakan reban perpindahan sementara bagi memudahkan pembeli memilih ayam didepan rumah teman. Cuma pilih dan teman timbangkan. Dengan ribuan pekerja asing didepan rumah teman, Mungkin 500 ekor ayam tak cukup bagi mereka sebulan. Ditambah pula dengan permintaan jaringan penternak yang mengunjungi reban teman untuk mencari induk.

So sejauh mana kita perlu pergi untuk memajukan ternakan ini. Adakah kita perlu menternak sehingga 5000 ekor untuk memenuhi permintaan daerah atau negeri atau cukuplah dengan jumlah yang biasa kita lakukan sekarang. Kalau betul permintaan ada, apa pula perancangan kita untuk memastikan permintaan ini dipenuhi. Adakah selepas ini semua orang berlumba2 untuk menternak ayam kampung asli pulak setelah menyedari potensinya? adakah harga ayam ini pula akan jatuh dek kerana dah ramai sangat yang menternak? adakah pelabur besar pula akan menternak ayam jenis ini secara besar2an?

So bagi teman untuk itu semua kita tak perlulah pecah kepala sangat untuk memikirkanya. Cukuplah kita pikirkan bagaimana nak meningkatkan produktiviti kit adari segi penjagaan dan pengeluaran kita sekarang. Cuba gandakan hasil yang biasa kita lakukan sekarang. Mungkin dari sedikit permulaan isaha ini adalah gear pertama sebelum gear seterusnya. Mungkin juga dgn perternakan yang kita anggap sebagai hobi suka2 nie lah menjadi pendapatan utama kita kelak.

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

peja said...

laaa..abe pull baru tahu ker..kat sini dah kehabisan ayam kampung dah..tapi mat bangla laa..memang diorang tak nak ayam kampong kacuk sebab saya suruh dah g rumah mak sedara saya sebelah umah..diorang taknak..diorang still nak beli anak ayam sabung yang tak berapa ekor nyer di rumah saya..hingga risau sebab takut ayam kene sebat..takkan nak jual timbang kilo sebab barang pon beratus hingga beribu sekor...memang kalau kat kampong saya memang laku la..mahal sikit pon tak[per..tak payah nak jual ke peraih ayam..abg bayangkan la, peraih amik rm5 je sekor bagibapak ayam yang dah otai..skang memang tak cukup bekalan la..heran plak sebab nape je diorang tak buat reban kecik n ternak sendiri..kat kawasan rumah saya yang bela ayam kampong pon sumer dah banyak keputusan baka..

jadi abg selaku bereeder besar kene kuatkan usaha la..anak kecik pon diorang beli dah rm10 sekor..kalao makanan kiter leh dapat free memang lumayan laa..kirenyer memang boleh buat duit laa..

Instagram