Pages

sedikit nasihat penjagaan anak ayam

Salam,

melihat kepada isu semasa seorang penternak kita yang mempunyai masalah mengenai mengendalian anak ayamnya, beliau mengadu yang anak ayam mengalami masalah pentumbuh besaran yang menurun serta anak ayam kurang berselera untuk makan. Pada penghujungnya anak ayam akan mati dalam keadaan yang menyedihkan dengan keadaan berat badan yang sangat kurang. Untuk menjawab masalah MR AJIN, teman ada beberapa cadangan, mungkin cara penyelesaianya akan ditemui dalam post teman kali ini..

Dalam memelihara anak ayam keluaran incubator, tak semua penternak mampu untuk melakukannya denan baik untuk kali pertama Ini termasuk juga teman yang pada mulanya sering gagal memastikan semua anakayam teman berjaya mengharungi hidup sehingga mencapai usia matang 6 bulan. Amatlah rugi untuk kehilangan anak ayam yang cute didepan mata tanpa berbuat apa2, sebelum mengulas lanjut sila periksa kawasan brooder anak ayam tersebut untuk mendapatkan data yang ada...

1 pertama: berapa usia anak ayam sekarang? kalau dibawah 2 minggu satu setting khas diperlukan.. untuk 2 minggu pertama, seelokknya kita memasang lampu pada bekas ini secara berterusan pada waktu siang dan malam. Ini bermaksud, biasanya anak ayam ini akan berada dalam keadan selesa apabila suhu dipermukaan lantai brooder tersebut berada dalam jurang 35-37 darjah calsius. Gunakan thermometer mampu membantu anda untuk mengenalpasti suhu untuk anak ayam. kemudian untuk minggu ketiga sehingga berusia sebulan, anda memberi bantuan haba hanya pada waktu malam sahaja. Ataupun kita hujan turun dan suhu persekitaran sejuk diwaktu siang. Anak ayam akan berada dalam keadaan stress sekiranya didedahkan selama sebulan dalam cahaya terang 24 jam dimana mereka tidak mampu berehat atau tidur sepenuhnya. Anak ayam yang berusia lebih 2 minggu memerlukan tidor lena dalam keadaan samar atau gelap bagi memberi rehat kepada matanya. Sering kali kita lihat, anak ayam yang tidak ditutup lampunya selepas berusia 2 minggu akan mengalami gejala stress dimana mereka kerap terjaga atau terlalu berhati dengan setiap bunyi atau bergerakan yg dapat dilihat dipersekitaran brooder.

Jika anda berada dalam keadaan yang sejuk seperti menternak anak ayam dalam kawsan berhawa dingin, anda perlu memastikan satu makanisma pemanasan yang tidak melibatkan cahaya untuk membantu anak ayam. Ada yang menggunakan lamp cap atau penutup lampu yang menfokus cahaya lampu disesuatu tempat sahaja dimana anak ayam boleh memilih untuk tidur dikawasan yang kurang terang tanpa kehilangan suhu panas yang diperlukan. Anda juga boleh menutup permukaan lampu atau meletakan halangan yang boleh membekalkan haba tanpa cahaya seperti kerajam timah atau zink. ataupun anda meletakkan mentol anda dalam kotak kayu yang mempunyai lubang supaya haba dari mentol tadi dibekalkan tanpa mengeluarakan cahaya yang terang.


2. Periksa lokasi anda meletakkan brooder. Sekiranya anda meletakkan brooder dikawasan terbuka atau diluar rumah, ada kemungkinan anak ayam anda diganggu nyamuk dan agas. Nyamuk akan menyerang anak ayam dan menyebabkan mereka stress. Cuba perhatikan apa yang dilakukan oleh si ibu ayam ketika waktu malam? ibu akan memastikan anak ayam berada dibawah kepak atau perutnya sepanjang malam bagi mengelak si pengisap darah menggangu. Oleh itu kita perlu meniru situasi tersebut dengan memastikan anak ayam bebas dari serangan nyamuk. Mungkin anda boleh menutup brooder anda pada waktu malam dengan jaring kalis nyamuk atau meletakkan anak ayam didalam rumah.

Mungkin ada yang mengatakan perbuatan meletakkan anak ayam didalam rumah kurang sesuai dimana gangguan hama akan menyerang tuan rumah. Kalau anak ayam ini ditetaskan didalam incubator dan tak pernah keluar dari rumah, masakan hama boleh membiak. Namun bagi teman, untuk tempoh masa 1 bulan, teman sanggup bekorban sedikit asalkan anak aya, teman sentiasa sihat dan terlindung dari anasir luar yang boleh menyebabkan kematian, paling tidak pun anda menempatkan anak ayam ini distor khas yang lebih terlindung.

3, untuk anak ayam yang baru lahir atau dibawah 4-5 hari, perhatikan tanda Yellow Egg Sindrom dimana anak ayam mati dengan lebam hitam kebiruan dibawah perutnya. kalau ini terjadi ada beberapa langkah yang boleh anda lakukan. Punca penyakit ini berlaku adalah kerana anak ayam ini tidak mempu menghadam atau menghabiskan bekalan telur kuning yang berada dalam perutnya semasa baru menetas. Kebiasanya anak ayam akan ditetaskan dengan bekalan makanan berupa kuning telur didalam perutnya dan tidak perlu makan sehingga 2-3 hari dari hari mula menetas. Kita dapat perhatikan perutnya akan sedikit membuncit dan selepas 2-3 hari ianya akan sust dengan sendirinya. Anak ayam juga akan mengeluarkan najis untuk kali pertam walaupun belum pernah makan sekalipun. Untuk mengelak perkara separti gejala ini, anda perlu memberi anak ayam ini makan hanya selepas anak ayam ini berusia 2-3 hari atau selepas anak ayam ini sudah kelihatan kering betul selepas berada dalam incubator. Anak ayam yang sudah bersedia untuk makan adalah anak ayam yang sudah kelihatan segar dan aktif dengan berlari kesana kemari. Anak ayam juga dilihat mula mematuk apa sahaja didalam incubator. Ini tandanya anak ayam sudah bersedia untuk makan, Untuk kali pertama, anda perlu mencelupkan paruh anak ayam ini didalm bekas air supaya kita dapat mendidik anak ayam minum kali pertama. Apabila anak ayam ini mula minum didalam bekas yang disediakan, anda boleh menabur sedikit dedak dilantak supaya anak ayam mampu mematuk. Setelah habis makanan tersebut, barulah anda boleh meletakkan bekas berisi dedak dalam brooder anda.

4. Penggunaan mentol anda, pegalaman teman, kuasa mentol yangterbaik adalah dengan menggunakan mentol 5 watt sahaja bagi sebuah broder bersain 30-40 ekor anak ayam. Sekiranya brooder anda dibina dengan baik, suhu dari mentol ini dicampur dengan suhu dari badan abak ayam ini sendiri mampu mencapai suhu ideal iaitu 35-37 untuk anak ayam. Elakkan menggunakan mentol yang lebih terang kerana cahaya terang ini akan menggangu tiduk anak ayam ini dan seterusnya menyebabkan anak ayam stress. Anak ayam stress akan kurang makan dan akhirnya mati kebuluran didalam bekas yg penuh dengan makanan.

5. Sumber dan jenis makanan juga mungkin menjadi sebab anak ayam tak mau makan, seelokknya mengunakan dedak starter jenis baik untuk 2 bulan pertama secara 100%. Ini dapat membantu tumbuhbesaran anak ayam yang memerlukan protien yang tinggi, anda tidak digalakkkan untuk mencampur makanan lain sekiranya anda kurang mahir dalam nutrisi makanan yang diperluakn oleh anak ayam.

6. perhatikan bontot anak ayam sekiranya terdapat gumpalan najis yang melekat pada anak ayam. sekiranya ada, anda perlu membersihkan secepat mungkin dan membesarkan anak ayam membuang najis dengan selesa. Najis ini akan emlekat dan akhirnya menutup saluran dubur anak ayam dan menyebabkan anak ayam tak mampu untuk berkumuh. Gunting bulu disekitar dubur jika perlu. Bersihan dengan perlahan dan beri air minum yang secukupnya. Berikan minuman bercampur denagn elektromisis atau glokosa untuk membantu stress penyakit ini. minuman bercampur vitamin juga boleh diberi secara berkala.. tingkatkan kebersihan brooder anda dengan membersihakn sekerap yang anda mampu dan pastikan anak ayam selesa semasa berada dalam brooder.

Sekiranya masalah ini masih berlarutan, anda boleh merujuk ke jabatan yang berkaitan atau menghantar gambar kepada teman untuk teman memberi komen.. oklah teman pun rase dah panjang sangat teman menulis, takut korang jemu pulak baca..

ada yang kata teman nie menulis berjela2 sampai tak larat nak baca, ada yang komplin bila teman lama tak menulis.. tah la teman pun tak tau nak ikut yang mana.. tapi yg pasti niat teman hanyalah untuk membantu.. yang anda rase sesuai anda gunakan dan yag mana rasenya merapu anda buat tak tahu sahaja.. adios..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram