Pages

Sungguh tak kusangka..

Salam,

Baru2 nie teman ada berjumpa dengan saudara terdekat yang lama dah tak jumpa. Teman dengan dia nie pun tak berapa rapat sangat tapi bolehlah.. ada pertalian jugak. Saudara teman nie kaki biz atau geng yang mencari nafkah dengan biz sahaja. So teman banyak kali tgk dia naik dan jatuh dalam biz nie.

Dalam kami berbual tu tertimbul niat dia nak melabur dalam perniagaan teman. Dia nak campak dalam 30k untuk berkongsi bersama perniagaan yang sedang naik nie. HUH? itu rupanya niatnya.. patutlah dari mula semacam je baik dia, kalau tak tak pernah nak beria2 nak bersembang dengan teman. Belum pun teman kata apa2 dia dah mula memerintah dengan menyuruh teman buat report perniagaan sekarang dan proposer untuk duit yang akan dikeluarkan nanti. Macam dimintanya dan ada sikit nada2 memerintah. Huh?!! kalau belaum apa2 lagi dan nak jadi bos cam nie, baik tak payah.. teman bukannya nak carik majikan... kang kalau sbb kesian teman amik jugak dia jadi partner, mau susah hidup teman bertahun2 lepas nie.. tak nak teman..

Satu yg paling mengeramkan teman adalah nasihatnya yang melarang teman bercerita diinternat tentang ayam dan melarang teman mangadakan kelas mengenainya. Dia kata nanti kalau kita ajar orang, kena pulak org tu besar modalnya atau mempunyai kenalan dengan "org2 besar", pelajar teman akan membuat empayar perniagaan ayam kampung nie secara besar2. Sehinggakan nanti teman sendiri tiada market untuk menjual ayam kerana ayam yang dikeluarkan dah melebihi permintaaan dipasar.

Antara ayat power yang dikelaurkan adalah.. cuba ko tgk intah, keli, cacing dan sebagainya.. bagaimana sekarang? takde nak beli sebb semua orag dah ada. Ini terjadi sbb banyak sangat kelas dan kebocoran ilmu yang ada sekarang..Tak simpan langsung. Kalau ko mengajar, dapat duit sekali je.. last.. ko yang terduduk tak leh jual. Dia suh teman stop mengajar dan fokus kepada yang teman telah buat. biar teman sendiri yang memonopoli ternakan ini dan menjadi kuasa besar didalam pasaran.

Jauh betul perbezaaan antara pemikiran teman dengan dia..Bagi teman ternakan ayam kampung ini bukan macam kacuk yang kita boleh bela dalam tempoh masa yang singkat. permintaan belum dapat dipenuhi langsung dan tiada yang berani nak buat secara besar kerana tiada ilmu. Yang ada duit banyak sekarang pun belum tentu mampu menjadi big player sekarang sbb tiada shorcut dalam menternak ayam kampung asli ini. Untuk dagung kita still kena tunggu 5 bulan untuk jual. untuk anak ayam kita still kena terbak induk dia sehingga 2-3 tahun dan menggunakan Incubator sebagai alat bantuan. Kita still kena lalui 3 peringkat pembesaran anak ayam dan menjual bila sampai umur matang. Tiada jalan pintas langsung.. So tak salah kalau kita berkongsi ilmu sementara nak memajukan diri dalam ternakan jenis ini. Kalau sesebuah reban disesuatu kawasan mampu mengeluarkan 500 ekor ayam sebualn pun, teman rase pasaran untuk satu pasar pun tak lepas. Ini bermakna masih banyak ayam yang diperlukan dikawasan tersebut untuk memenuhi permintaan.

Oleh itu, teman rasakan, perkongsian ilmu dan saling tolong menolong perlu kita lakukan dengan mengadakan jaring sesama penternak. Jgn lokek ilmu kerana kalau betul hala tuju kita Insyalah akan diberkati Tuhan. Ilmu nie datang dari DIA juga, sapa kita nak mendebik dada mengatakan dirinya yang terhebat atau penuh dengan ilmu? Sedangkan kalau digunakan air dari 7 lautan pun untuk dijadikan dakwat untuk menulis ilmu tuhan masih tak mencukupi.. bayangkan lah.. Ayam adalah makanan kegemaran org malaysia, tambahan ayam kampung asli yang sangat sukar nak didapati. Belum ada pasar yang mampu menjual ayam kampung asli secara konsisten setiap hari. Pengalaman ini teamn dapati dari usaha teman dulu mencari ayam ini dipasar, memang takde.. percayalah.. So sama2lah kita bangkit dan menguatkan diri untuk menceburi bidang ini jik abetul anda berminat. Sama percaya mungkin satu hari nanti benda yang anda ingat hobi atau saja suka2 menjadi pendapatan utama anda.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram