Pages

Sedikit Update

salam,

Maaf sekiranya minggu nie langsung tak tulis apa2 dalam blog ini. Majlis pernikahan beru sahaja selesai dilangsungkan. Yang menikah adik ipar, namun bila teman dah jadi antara org "kuat" yan ada dimajlis tersebut, segala urusan perlu dilaksanakan. Dan kesibukan yang melanda membuatkan teman langsung tak berpeluang untuk menulis.

Minggu hadapan pula iaitu hari jumaat ini, seawal jam 6 pagi teman dah berangkat ke Jogjakarta berikutan Majlis pernikahan adik teman yang akan dilangsungkan disana. Oleh itu persiapan terakhir terpaksa teman lakukan sehingga jumaat ini berikutan rombongan kali ini melibatkan 43 orang yang menghantar pengantin. Segala urusan telah dilaksanakan seawal yang mungkin bagi memastikan ianya berjalan dengan lancar. Bukan mudah menganjurkan satu pernikahan yang melibatkan pengantin dari 2 negara. Tambahan VIP yang terlibat pun bukan calang2 rasenya sehinggakan memerlukan surat rasmi dari yang berkuasa.

Kalu minggu lepas adik ipar, kali ini adik sendiri pula. Teman hanya akan balik sehingga selasa depan dimana kami menghabiskan masa 5 hari disana membawa rombongan yang setahu teman belum pernah menjejakkan kaki kenegara orang. Ini merupakan pengalaman pertama bagi mereka teamn rasa. Oleh itu suasana panik atau canggung mungkin akan terjadi memandangkan saiz rombongan yang besar sehingga mencecah 40 orang.

Oleh itu teman mungkin tiada untuk mejawap panggilan dari anda semua bermula minggu ini sehingga minggu depan. Sebab itu juga teman terpaksa mambatalkan beberapa penghantaran Incubator berikutan tugasan yang terpaksa dilaksanakan. Maklumlah dah jadi abang "besar" dalam keluarga.Ada beberapa permintaan untuk melawat reban terpaksa teman tolak dan harapan teman agar teman dapat memenuhi permintaan tersebut pada bulan depan.

Satu lagi perkara mengenai penjualan Incubator, Ramai yang menghubungi teman untuk menanyakan perihal penjualan incubator. Untuk pengetahuan, teman tak memberhentikan terus penjualan incubator, masih berjalan seperti biasa.. cuma untuk penghantaran sahaja tema terpaksa berhentikan berikutan teman sangat sibuk sekarang dengan 2 majlis besar yang terpaksa diurus. Urusan keluarga yang perlu teman uruskan. Mukan selalu, sekali seumur hidup jekan. Dalam penyataan teman sebelum ini mengenai pemberhentian penghataran pos, ia bermaksud hanya sementara. Apabila teman pulang nanti, teman akan berjumpa dengan wakil dari skyNet untuk urusan penghantaran pos yang lebih baik. Cuma, mungkin bayaran penghantaran akan meningkat sedikit dari kos biasa kerana kita menggunakan khidmat yang lebih baik dari sebelum ini. Kalau sebelum ini teman terpaksa menghadapi pelbagai kerenah dek pengurusan yang ada, mungkin selepas ini teman boleh menjual dengan hati yang tenang.. Harap bersabar hendaknya.

Dalam teamn memberhentikan penjualan melalui pos, ada juga order masuk dalam 3 buah, hehehe teman sendiri tersenyum dengan perkara ini, takpelah teman usaha sedikit untuk membantu mereka yang memerlukan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram