Pages

Seronoknya teman..


Salam,

Perasan tak tuan2, sekarang nie bekalan anak ayam semakin ada dipasaran sekarang, wwalaupun dengan jumlah kecil, kita dapati bekalannya berterusan. Bagi teman ada 2 tanda yang mengembirakan..

Satu, kesedaran tentang penggunaan incubator bertambah baik dan skill yang ada dikalangan penternak semakin baik. Dengan ilmu yang menjadi suatu kebiasaan sekarang(kalau dulu otai2 sahaja yang tahu) semua orang boleh menggunakan incubator. Dengan memaksimumkan penggunaan incubator, teman yakin suatu hari nanti bekalan anak ayam mencukupi untuk memungkin penternakan berskala sederhana penternakan ayam kampung ini menjadi kenyataan. Seperti semua tahu, bekalan anak ayam yang ada sekarang sangat terhad dan hampir tiada untuk kita menternak. Bekalannya sekara sekali sekala sahaja yang timbul. kadangkala kebanyakkan penternak yang mengeluarkan anak ayam ini akan menggunakannya bekalannya sendiri untuk memajukan penternakan.

Kalau kita perhatikan sekarang, bilangan penternak yang mempunyi incubator sendiri semakin bertambah. Apa yang teman mahu tgk, mungkin lagi 5 tahun lagi, hampir 50% penternak dimalaysia tak kira yang skala sederhana atau yg menternak dibelakang rumah sudah memaksimumkan penggunaaan incubator. Mungkin, ketika itu, kita mampu menternak ayam kampung ini dalam skala pengeluaran 5000 ekor sebulan bagi satu2 ladang. Dan dengan harga purata diladang ketika itu RM15 sekilo, dan jualan bagi seekor mencecah RM 2o ringgit, pendapatan kasar bagi sesebuah ladang mungkin menghampiri 100k sebulan.. siapa tahu?

HARAPAN TEMAN, MARILAH SAMA2 KITA YANG BERMINAT UNTUK MENTERNAK, MEMAKSIMUMKAN PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG ASLI INI. Dan sekiranya anda masih bekerja, mungkin anda boleh memperuntukan masa anda antara selang hari untuk memulakan penternakan secara kecil2an. Manalah tahu dari sini anda boleh belajar selok beloh dalam penternakan ayam jenis ini. Dan apabila anda sudah mahir, anda boleh membuka ladang kecil yang menempatkan 500 ekor ayam yang mungkin dapat menjana pendapatan 2-3 k sebulan, sapa tahu kan?

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram