Pages

Comelnya anak burung puyuh..





Salam,

sebelum ini teman pernah menjual 4 biji incubator kepada penternak burung puyuh yang bercita2 untuk menghasilkan benihnya sediri berikutan bekalan anak puyuh sekarang sangat terhad. Mungkin kerana sekarang bukan musim telur puyuh menjadi, atau banyak masalah dipusat penetasan mega yang ada sekarang. So beliau berhajad untuk menetaskan anak puyuh dari kutipan puyuhnya sendiri. Alhamdulilah setakat ini beliau berjaya menghasilkan sejumlah benih sendiri dengan incubator yang digunakan.

Baru2 ini Mr Junaidi telah memberi 20 biji telur puyuh hasil dari pejantan daging dengan betina telur. Telur yang diberi agak besar dari biasa dan sungguh mengkagumkan. Malangnya semasa beliau memberi telur tersebut, teman tersimpanya didalam satu bekas yang menyebabkan teman terlupa untuk mengeramkanya. Selepas 2 minggu barulah teman teringat tentang telur tersebut, tanpa berlengah, terus teman masukkan kedalam incubator, dalam masa 17 hari, telur tersebut menetas dan beberapa ekor lagi pada hari ke 18. Dari 20 bij iyang diberikan, hanya 18 menetas dan 2 lagi teman dapati telah kosong ataupun telah tembelang semasa teman mengeramkanya.

Sebenarnya teman tak mengharap benar anak puyuh ini akan menetas berikutan teman telah terlewat memasukkan dalam incubator. Namun Alhamdulilah bila banyak yang menetas. Dari jumlah yang menetas, teman yakin, Mr Junaidi telah melakukan perkara yang betul semasa menjaga induk puyuhnya, bilangan induk dengan nisbah pejantan dan ibu yang sesuai.Puyuh juga berada dalam keadaan sehat dan diberi makan dengan nutrisi yang baik. teman juga yakin, junaidi mempunyai cukup ilmu untuk mengerakkan satu lagi bidang untuk perusahan bekalan anak puyuh kelak.

Diatas adalah gambar anak2 ayam yang baru dipindahkan kebrooder. Pada mulanya timbul rase panik bila teman tertanya2 bilakah masa sesuai untuk dipindahkan dari incubator kerana saiznya yang kecil serta janka hayat untuk menjadi matang yang cepat. Kalau karang teman kuarkan terlalu awal takut mati pula.. Teman kuarkan selepas 8 jam dari menetas kerana ketika itu teman perhatikan anak puyuh ini sudah kering sepenuhnya dan cergas bergerak kesana kemari. So masa yang sesuai atau masa tepat untuk mengeluarkan dari incubator belum teman tahu, tapi teman akan carinya atau menanyakan kepada yang dah otai.

Didalam bekas minuman.. teman letakkan batu kelikir yang teman kutip ditepi jalan.. nak cari guli tak sempat berikutan hari dah tengah malam, kalau digamble biarkan dalam bekas air yang besar tu mau mati lemas sekor anak puyuh masa minum. Sememangnya agak lucu dan cute anak puyuh nie sbb saiznya yang kecil serta comel. Halus benar.. macam tak caya je.. skali tgk dari atas dengan saiznya macam katak pancing yang selalu org buat umpan.. heheheh..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

junaidi @ Jerun Roku said...

alahai sepul... ko lagi bagus.. incubator kau memang tip top.. telur puyuh dah 14 hari kat luar pun siap boleh tetas lagi ... hebat-hebat..

so kepada peminat2 puyuh yg nak eram kan puyuh ,,, tak ada masalah lagi .. incubator keluaran citypull dah terbukti berjaya menetaskan puyuh...

p/s.. tapi kena pasti kan telur puyuh anda betul2 subur/berbenih

Instagram