Pages

ulasan ..

Salam ,

untuk post teman sebelum ini, bagi gambar dalam post teratas sekali adalah gambar mengenai cara anda untuk meningkatkan kadar kelembapan dalam incubator anda apabila mencapai masa untuk menetas iaitu pad 3 hari terakhir. Cara ini adalah untuk memastikan telur yang sudah siap dieramkan mendapat kelembapan yang berpatutan untuk memudahkan anak ayam menebuk lubang dan bernafas kali pertama didalam incubator. Namun perlu diingatkan bahawa penambahan bekas air ini hanya perlu dilakukan pada saat 3 hari sebelum menetesnya telur dan perlu dikeluarkan semula bagi mengelakkan kesan kepada telur lain yg sedang dieramkan.

Gambar seterusnya adalah setting dan rekabentuk reban yang teman ceritakan sebelum ini. rekaan reban A shape memudahkan dan merendahkan kos pembinaan reban anda. Anda juga boleh menjimatkan masa anda untuk membina reban untuk flock kecil berikutan cara pembinaanya yang mengurangkan kos dan masa. Bekas telur adalah dari tong platik yang dibelah dua dan diletakkan bingkai supaya mudah anda untuk mengelurkan dan mencucinya bila perlu. Telur dikutip dari jendela belakang melalui tingkap khas ynag membenarkan anda mengutip telur tanpa perlu masuk kedalam reban. Ini boleh mengurangkan stress. Dan juga, anda boleh mengeluarkan ibu ayam "giler mengeram" dari bekas telur yang disediakan dari tingkap ini dan seterusnya dirawat dalam reban berpantang. Reban berpantang perlu direka khas supaya perudaraan udara berada ditahap maksimum dan ayam dapat merehatkan diri dari aktiviti pengeraman.


Bagi gambar seterusnya ada MAjlis perkhawinan bagi adik ipar teman( yg baju merah) dan gambar seterusnya adalah Majlis perkhawinan adik lelaki teman di Indonesia. Ini bagi menjaap tuduhan yang teman melarikan diri kerana tidak bertanggungjawab terhadapat tugasan teman. 2 majlis inilah yang memerlukan teman mengfokus sepenuhnya dan meninggalkan perniagaan sekejap. Oleh itu harapan teman supaya semua persoalan terungai dengan sendirinya dengan gambar yang disiarkan.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram