Pages

Pengenalan baru produk Incubator..

Salam ,

Setelah dibincangkan dengan pihak ketiga,pendapat sahabat karip perternakan teman dan setelah meminta nasihat dari pakar ekonomi teman, kami di Citypull telah sebulat suara untuk menukar pakej jualan murah kami kepada pakej jualan incubator yang lebih lengkap dan meyeluruh. Ini berikutan beberapa sebab yang telah kami lalui sepanjang menjual lebih 250 biji incubator sebelum ini. Antara hujah kami untuk menukar pakej adalah seperti berikut:

1.Kebanyakan orang kita tidak paham mengenai tujuan dan harga yang diberikan untuk mengalakkan penggunaan incubator dan menghilangkan rasa was2 terhadap kebolehbiakan ayam kampung asli.

2. kegagalan pengguna menyerap tunjuk ajar dan pengetahuan yang diberikan dek kerana kengkangan masa dan fizikal.

3. Jumlah aduan yang diterima akibat telur tak menetas yang disebabkan kegagalan pengguna mengikuti syarat tetap dalam menggunakan incubator.

4. Tidak paham mengenai penggunaan 2 alatan untuk menghasilan benih baru iaitu incubator dan hacther.

5. kerenah dan pelbagai ragam pengguna yang kurang paham mengenai kekuatan & kekurangan penggunaan incubator.

6. mengelakkan pengguna baru salah paham cara menggunakan incubator.

7. mengurangkan tekanan kepada pengeluar terhadap masalah dalaman serta masalah pengurusan masa.

8. meningkatkan mutu penggunaan incubator dan meningkatan faktor penetasan telur anda dalam incubator keluaran Citypull

9. Memastikan anda lebih puas hati dengan khidmat yang diberikan.

10. memudahkan anda sebagai pengguna beru untuk terus menggunakan incubator tanpa gedget atau peralatan yang rumit.

Oleh itu kami bersetuju sebulat suara untuk hanya mengeluarkan 2 Combo iaitu seperti dibawah:

Combo Large (besar)

Harga : RM 380.00 (Harga Tetap)
kandungan pakej :

1- 1 set incubator yg telah di set untuk saiz 160 biji
2- 1 set hacther untuk tujuan penetas (termasuk thermostart)yg telah disetkan
3- 1 set alat untuk candling (teropong telur)
4- 1 set buku panduan serta tambahan satu naskah buku panduan menternak ayam kampung keluaran citypullagro.


Combo Small (kecil)

Harga : RM 300.00 (Harga Tetap)
kandungan pakej :

1- 1 set incubator yg telah di set untuk saiz 60 biji
2- 1 set hacther untuk tujuan penetas (termasuk thermostart)yg telah disetkan
3- 1 set alat untuk candling (teropong telur)
4- 1 set buku panduan serta tambahan satu naskah buku panduan menternak ayam kampung keluaran citypullagro.


Dengan ini semua tempahan sebelum dan selepas teman pulang dari Jogja telah terbatal dengan sendirinya bagi tujuan pertimbangan semula. Sekiranya anda berminat untuk melakukan tempahan, anda perlu menghantar SMS kepada teman butiran seperti berikut:

Nama:
No HP:
Lokasi Am anda:

Teman akan menhubungi anda semula untuk menyatakan jumlah stock dan tarikh penyerahan incubator yang anda tempah: Deposit RM 100 perlu dimasukkan kedalam akaun teman untuk pengesahan tempahan. Bayaran penuh perlu dilakukan semasa anda mengambil Incubator atau ketika teman menghantar kepada anda. (penghantaran sekitar selangor dan kuala lumpur sahaja)

* deposit hanya untuk memudahkan teman mengurus tempahan dan mengelakkan tercicir nama penempah.

Teman tidak akan melayan sebarang permintaan selain apa yang teman nyatakan diatas seperti mahu membayar kesemuanya semasa mengambil atau menempah incubator sahaja tanpa penetas.

kajian teman menunjukkan anda gagal untuk mengsetkan incubator kepada hacther sekiranya anda membeli hanya sebuah incubator sebelum ini. Tindakan ini hanya akan menambah masalah dipenhujung hari. Insyallah dengan combo yang anda beli, anda akan menjimatkan lagi kos berikutan jumlah telur yang diteteskan akan semakin bertambah.

Untuk pertanyaan sila hubungi teman ditalian 012-3332273

Incubator akan siap dalam tempoh 2 minggu dari tarikh anda memasukkan deposit. Atau semasa teman menghubungi anda untuk memberitahu incubator anda sudah siap. Paling awal adalah 3 hari dari tempoh anda membuat bayaran deposit. Sebarang walk in atau pembelian tanpa pesanan dengan datang terus ke rumah teman tidak akan dilayan bagi menjamin hak sama rata bagi mereka yang telah menempah.

Sekian

* gambar set combo akan teman masukkan nanti.
* Citypull agro sedang menaiktaraf sistem dan mutu perkhidmatan agar tiada lagi rungutan dari anda. Anda senang kami bahagia. Harga yang tertera hampir sama dengan harga sebelum ini hanya anda perlu membeli set sahaja.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram