Pages

Berbakti semula kepada guru..

Salam,

Sebenarnya teman sangat terharu bila teman berjumpa kembali beberapa gura lama teman semasa mununtut di Maktab Rendah Sains Mara dahulu, Ketika itu teman menyambung sekolah dari tingkatan satu sehingga Tingkatan 5. Yang seronoknya teman dan 200 rakan lain menjadi perintis skolah ini apabila menjadi pelajar pertama yang memasuki kelas untuk sesi 1992. Oleh itu, disekolah kami tiada senior dan tiada junior. pada tahun tersebut, pelbagai kejadian berlaku samaada yang melucukan atau yang mengerunkan juga.

Namun apa yang teman ingin katakan disini yang hubungan kami sebagai perintis sangat rapat dengan guru2 disini berikutan kesunyian kami ketika itu. Maklumlah.. tiada bapa dan tiada ibu seharian ditambah keperluan kami yang sedang membesar ditempat asing. Gejala Homesick dah menjadi kebiasaan ketika itu ditambah pula dengan lagu "oh Ibu" dari kumpulan exis yang tengah popular. Hubungan rapat antar pelajar dengan guru tidap pernah terputus dan kami bolehlah dianggap istimewa kena menjana memori yang kuat dikalangan guru2.

Yang membanggakan teman bila para guru menjumpai blog teman dan mula tersebar pengetahuan teman yang menternak ayam kampung asli ini. Antara guru terbaru yang menghubungi teman adalah Uztaz Azmi yang terkenal ketika itu sebagai seorang ustaz yang sangat cool dan bersih sekali mukanya. Yang mengkagumkan teman adalah keboleh ustaz ini mengajar tomoi sebagai bidang sukan di skolah teman.. dapat jugalah teman sparing dengan memember masa tu tetapi taklah sampai sparing dengan ustaz..

Berikutan tempoh perkhidmatan mereka yang hampir kepenghujung.. teman terharu bila mereka bersungguh2 untuk mempelajari teknik dan selok belok penternakan dari teman yang tak seberapa ni. yelah sapalah teman yang baru setahun jagung menternak ayam kampung.. belum dapat hasil yang lumayan pun, namun mungkin teman ada beberap idea yang sering teman kongsikan bersama pembaca blog teman kini..

Dan teman bercadang untuk menganjurkan siri kelas khas untuk guru2 dan pegawai polis yang berkhidmat disekolah teman. Dan mungkin teman akan mengadakan kelas berkembar dengan mereka yang berminat untuk menhadiri kelas teman dibahagian utara. Untuk pengetahuan, kelas yang bakal diadakan nanti mungkin disekitar kulim.. mungkin juga teman akan war2kan kepada mereka yang berminat.

Harapan teman, teman dapat berbakti semula kepada guru2 teman yang bersusah payah selama ini mendidik kami sebagai pelajar. Mungkin dengan sedikit ilmu yang teman ada sekarang, teman dapat berkongsi pengalaman dan membantu mereka menjalankan perniagaan atau penternakan mereka apabila pencen kelak.. Insyallah

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram