Pages

Kenapa teman guna A Shape Flock?

Salam ,

Banyak pertanyaan yang teman terima sebelum ini mengenai setting reban yang teman duk pakai sekarang. Ciri2 dan rekabentuknya sangat asing sekali diMalaysia yang kebanyakkanya cukup selesa dengan reban cara atap sisir pisang. Macam tak lojik sahaja bila tgk bentuk yang asing bagi semua penternak yang ada. Berikutan adalah sbb mengapa teman mengimport teknologi atau meniru rupa bentuk reban ini dari luar negara..

1. reban yang teman ada sekarang menunjukkan peratusan telur yang berbenih antara 60-70% sahaja. Oleh itu satu makanisma baru yang boleh meningkatkan kadar benih perlu dibuat. Dengan kajian dan pembacaan yang teman buat selama 6 bulan, akhirnya cara ini yang teman jumpa untuk tujuan tersebut.

2. cara yang dimaksudkan adalah untuk mengurung induk ini dalam kawasan yang terhad keluasannya dan menwal aktiviti induk dengan melakuakan tugasan yang sepatutnya.

3. Teman baru memahami sekiranya anda mengawal sekitar satu kawasan yang besar sekalipun untuk membendung aktiviti induk, peratusan benih dari telur yang dihasilkan tetap kurang.

4. Ibu ayam yang kerap berjalan dan melakukan aktiviti sosial mempunyai kadar jumlah telur yang lebih kurang dari yang dikurung.

5. gejala gila mengeram sehingga menyebabkan 3-4 ekor ibu berebut bekas telyr tetap berlaku walaupun jumlah bekas yang disediakan ditambah.

6. Sukar nak membendung perkelahian antara induk apabila kita meletakan sejumlah induk dlam kawasan yang besar.

7. sibetina atau induk betina lebih cenderung untuk mengikuti sijantan Alpa dan memilih untuk tidak menerima jantan lain walaupun ada jantan yang lain ada. Ini kerana kehadiran sejantan alpa menyebabkan betina tetap mengharapkan sijantan tersebut kerana pemilihan senulajadi. Sijantan tu pula sudah ada kawanan betina yang dijaganya. Maka dek kerana menunggu sijantan alfa tadi, telur yg dihasilkan langsung tak berbenih,

8. Wang yang teman ada tak emncukupi untuk membina 50 flock kecil untuk kesemua ternakan yang teman ada. Oleh itu teman perlu mencari reban low cost tapi memedai untuk digunakan oleh ayam.

9. Kawasan dan masa teman agak terhad untuk membina 50 reban bersaiz kecil dengan konsep atap sisir pisang yang biasa.

10. reban yang teman bina memudahkan teman memungut telur dari luar tanpa menganggu ayam yang berada dalam reban.

Teman akan sambung selepas ini denagn keteperincian mengenai pembinaan nya dan kos yang terlibat...

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram