Pages

Jgn gelojoh guna Incubator

Salam,
Teman nak pesan sikit mengenai incubator ni. ramai yang beraggapan incubaotr merupakan satu kotak ajaib yang boleh menyelesaikan atau paling tidak menetaskan semua telur yang dimasukkan. So bagi mereka yang mula menggunakannya, terasa sangat teruja dan menantikan kehadiran anak ayam yang bakal ditetaskan. Tanpa anda sedari, untuk menggunakan sabuah incubator adalah cabaran ianya sendiri. Sejauh manapun kecanggihan incubator tersebut, tiada jaminan tentang kejayaan yang akan anda terima nanti.

Yang penting anda perlu mendalami dahulu keperluan serta setting yang perlu bagi sesebuah telur, Untuk pengguna incubator teman, ramai yang tak mendengar atau mengikuti nasihat yang teman berikan. Ini adalah contoh kesalahan yang dilakuakan:

1. mengubah setting yang telah dibuat kerana keliru dengan kenyataan yang suhu eraman adalah pada 37.5. Maka dengan mengurunkan suhu segeitu agar memenuhi suhu yang dikehendaki. Incubator keluaran Citypull menggunakan thermometer jenis Rainbow yang mempunyai julat sebanyak 4 darjah. Ianya tak serupa dengan ceam yang mempunyai julat 2 darjah sahaja. Ini bermakna suhu max perlu berada di 39.5 dan minimum pada 36.5 dengan menaplikasikan perbezaaan julat suhu tersebut.

2. gagal nak candling telur pada hari sebelum masuk dan hari ke 5-7. Kesibukan atau rase tak perlu memebuatkan pengguna malas nak candling. So anda tak tahu berapa bijikah telur yang ada dalam incubator itu mempunyai benih.. Kadang kala telur yang dah retak atau rosak dimasukkan juga kerana pada penglihatan kasar telur tersebut berada dalam keadaan baik. Selepas itu tanpa disedari hampir separuh dari telur yang dimasukkan tiada benih dan kurang bermutu. bila tiba masa menetas, yang keluar hanya sedikt sahaja anak ayam dan mula ragu untuk menggunkan incubato kerana tak yakin denagn settingnya.

3. Gagal nak memusingkan telur. Dek kerana terdegar atau terbaca ada mereka yang berjaya menetaskan telur tanpa memusingkan telur, maka tuan punya atau pengguna incubator selalu mengabaikan tugasan ini. Sedarkan anda semua tindakan anda tidak mengerakan telur mampu membunuh emberio tersebut, ini kerana tiada rangsangan dari pergerakan ini untuk membantu telur. Alasan lain adalah keseimbangan suhu untuk seluruh permukaan telur dimana telur statik atau yang tidak digerakan hanya mendapat suhu yang sepatutnya dipermukaan atas sahaja. Kalau tak penting aktiviti ini, kenapa semua pengguna incubaotr didunia membincangkanya dan melakukanya dengan jadual yang kerap. sedarkah anda dengan tindakan anda tersebut akan mengagalkan usaha anda sendiri. Jikalau tiada kemampuan untuk membeli incubator auto sepenuhnya dan anda juga tiada cukup masa melakukan aktiviti ini, ini bermakna anda belum bersedia untuk menggunakan incubator. ada baiknya anda menyerahkan tugasan mengeram ini kepada ibu ayam yang setia melakukan tugasannya.

4. gagal membersihan incubator. Ini terjadi kepada mereka yang menggunakan incubator yang kerap. selepas setiap kali ada anak ayam menetas, anda perlu membersihan incubator bagi mengelakkan perkembangan dan pembiakan bakteria didalamnya.

terdapat beberapa cara lagi untuk memastikan lebih banyak anak ayam yang dapat ditetaskan menggunakan incubator. Antaranya adalah menambah bekas air didalam incubator bagi meningkatkan peratusan kelambapan kepada 75-85 pada 3 hari terakhir sebelum telur menetas. ini bagi meningkatkan keupayaan incubator menjadi penetas sekaligus. namun perlu diingatkan yang bekas ini perlu dikeluarkan sebaik sahaja telur penghabisan siap ditetaskan. Tindakan meletakkan terus bekas air tambahan ini akan merosakkan telur lain yang sedang dalam proses pengeraman dimana hanya memerlukan kelembapan sekitar 60% sahaja. Banyak lagi yang perlu didalami sebelum anda boleh memaksimakan incubator. Jgn terlalu fokus tentang hasil kelauran anak ayam sehingga luap setting dan aktiviti yang diperluakn dalam sesebuah incubator.

Jgn sesekali beranggapan segala kegagalan adalah berpunca dari incubator itu tersebut tanpa memeriksa semua yang perlu. Bagi teman 90% kegagalan sesebuah incubator adalah datang dari pengguna itu sendiri. Anda juga perlu pastikan yang anda menjaga kebersihan telur. Jgn sesekali membersihkanya dengan air atau mengelap dengan kain basah. Ini pernah terjadi kepada pengguna incubator teman. Bermatian tak mengaku tetapi teman tahu ianya berlaku dengan melihat kebersiahn dan keputihan telur yang dieramkan.. sangat bersih sehingga meragukan teman. Mana mungkin telur yang dikutip direban sebersih tu.

Jgn pula anda cepat marah dengan kegagalan 2-3 kali anda sehingga menunding kepada pembuat incubator. kadang kala teman nak angin juga bila dapat tahu yang pembeli mengubah setting atau tak melakukan apa yang teman ajarkan. Mudah sahaja menyalahkan orang lain. Kadangkala kepahaman lama yang difahami pungguna sukar nak ditukar kepada ajaran teman yg diterangkan. masih berkeran nak menggunkan teknik yang diyakini berkesan, namun bila gagal mula mengamuk tak tentu hala. Hanya sabar yang tinggal untuk teman jadikan bekalan.

Insyallah teman telah mengeluarkan banyak dari incubator yang teman buat. Hampir 5 ribu semuanya sejak teman menggunakanya. pada mulanya pelbagai masalah ditemui sehingga benar2 paham. Dari situ teman mula menyebarkanya. Insyalah kalau telur yang anda ada berkualiti dan berbenih, menggunakan incubator teman mengikut cara yg teman ajar, Insyallah anda akan berjaya. kalau tak percaya . tanyalah sahaja keapda mereka yang telah membeli anak ayam yang teman keluarkan. Semuanya dari incubator platik teman.

Mungkin selepas ini teman nak memikirkan cara terbaik mendidik orang menggunkan incubator denagn cara yang lebih baik. Mungkin denagn menggunakna vedio yang lebih mudah difahami berbanding teknik lisan sekarang. Ataupun selepas ini teman menjual incubator dengan pakej dimana anda membeli incubator bersama sebuah lain incubator yang bernama hacther. Anda hanya perlu pindahkan dari incubator kepada hacther pada 4 hari terakhir. Dan kemudian teman akan membekalkan sekali telur yang berbenih dari reban teman sendiri untuk membunktikan keberkesanan incubator tersebut. Denagn cara ini anda dapat mengurangkan risiko permasalahan dalam menggunakan incubator. semuanya telah lengkap dan sempurna.

Dan sekali lagi teman memohon maaf sekiranya teman tak mampu untuk melayan anda semua mengikut kehandak yang anda mampu. Untuk berkhidmat sebegini dengan menjadi pemberi pandu kepada anda, teman kadangkala hanya termampu melakukan apa yang termampu. Sedih juga bila terkene herdikan atau sindirin yang boleh melemahkan semangat. Kadangkala tertanya pula adalah perlu untuk teman malakukan semua kerja seperti mengembangkan ilmu sebegini dan meluangkan masa mengajar kepada pelawat yang datang kereban teman. Adakah teman harus mengikuti jejak segelintir penternak yang mengamalkan dasar tutup reban dan mengfokus sepenuhnya kepada perniagaan yang dilakukan. Hanya bila masanya tiba untuk menjual ternakan, barulah mereka menunjuk muka menjual yang ada.

Untuk mereka yang setia menyokong teman sebelum ini, teman mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda. Buat rakan2 sepejuangan yang sama2 memulakan empayar perncapakan iagaan .. teman ucapankan selamat maju jaya.Aminnn.. adios..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram