Pages

Ayam Kampung Goreng!!

Salam,

teman merasa makan ayam kampung goreng di suatu tempat yang dirahsiakan. Sahabat teman ini beria2 benar mengajak teman untuk makan disitu kerana dakwanya ayam kampung yang dijualnya adalah ayam kampung ori yang sangat lazat dimakan. Teman macam tak percaya dengan dakwaan kerana stock yang ada sekarang masih tak lojik sekiranya ada yang mampu untuk menjualnya diwarung. Harga yang tinggi serta kekurangan stock meyakin teman lagi yang ayam yang dijualnya adalah dari jenis kacuk.

So teman oun menjamahlah.. yes memamg pada bentuk fizikal asalnya seperti ayam kampung asli yang biasa.. kecil sahaja, koyakkan daing liat dan fizikal saakan ayam kampung asli. Namun apabila teman makan (terutama tang dada) teman rase yang ayam yg teman makan umpama kosong atau ada kurang sesuatu. sbb yg rase rempah sahaja dan sedikit keliatan. So teman tanya lah kakak yang jual tu, dapat kat mana bekalan ayam kampung asli nie, goreng punya goreng last2 teman dapat tahu.. pas makan terus bergegas ke tempay yang dikatakan..

Aik!! nie semua ayam kampung kacuk!!, cam mana yg kakak tu kata ayam yg dijual RM 6 seketul tu ori? makan 2 orang harga dekat RM16. Tanyalah kebetulan pekerja yang ada direban tersebut. Cara penjagaannya amat simple dimana hanya membina reban berbumbung sepenuhnya dengan keluasan 20X30 kaki dan berpagarkan wayar jaring besi. Tgk pada saiz ternakan teman jangkakan ayam nie dah berusia sebulan lebih sbb dari rupa dan saiznya masih belum sukup mantap. Bila ditanya pekerja tu, dia kata saiz ini hanya tunggu seminggu sahaja lagi sebelum disembelih kerana dah cukup berat?

Bila ditanya berat berapa skang? dia kata dalam 800-900gram.. huh? adakah ini satu penipuan atau satu lagi cara org nak melakukan ayam kampung kacuk ini dengan menjual ayam kampung kacuk pada usia yang sangat muda dengan harapan menyerupai ayam kampung asli?ataupun untuk buat masa sekarang ianya dapat diterima dengan baik kerana susah sangat nak mendapatkan ayam kampung asli ini. Ataupun dengan cara ini sahajalah irg kita mampu hidup dalam penternakan ayam kursusnya ayam kampung kacuk?

anda pikirkanlah sendiri..

Lepas ini teman ada tips yang akan teman ceritakan dalam post yang akan datang mengenai cara atau trick untuk menjadikan incubator anda 2 fugsi iaitu pengeram dan penetas.. kira 2in1 lah.. tungguuu...

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram