29 March 2012

Citypull berada di fasa seterusnya..

Salam semua,

Maaf sekiranya dah lama teman tak menulis dalam blog ini. Mungkin tiada apa lagi cerita yg nak disampaikan memandangkan teman telah berada dalam fasa seterusnya iaitu fasa persedian untuk peringkat seterusnya.

Kalau tuan semua pernah membaca post teman yang awal2 dahulu, teman membuka reban ternakan adalah semata2 untuk mengkaji dan mempelajari teknik2 ternakan ayam kampung asli yang sangat sukar untuk diternak secara komersial. Terlalu sedikit ilmu dan teknik yang kita tahu ketika itu. Dengan hanya bermodalkan beberapa ribu sahaja teman mengambil keputusan untuk berhenti kerja walaupun pada masa itu bolehlah teman katakan yang kerjaya teman agak bagus dan boleh hidup normal seperti mana yang dikehendaki.

Berbekalkan keazaman dan kesungguhan teman untuk mempelajari, teman teruskan usaha giler teman untuk menternak walaupun modal hanyalah seciput. Dalam masa 3 tahun menternak, Alhamdulilah tuhan dah tunjukkan banyak pengalaman dan pengetahuan untuk teman menternak ayam kampung ini.Walaupun tak seberapa banyak yang teman tahu tetapi hampir kesemua masalah yang teman alami ketika menternak telah teman jumpa penyelesaiannya.

Kalau tuan semua pernah menternak atau sedang menternak ayam kampung asli ( ayam kacuk terkecuali) ini, tuan pasti setuju dengan masalah yang biasa akan tuan semua alami di reban seperti yang teman nyatakan dibawah:

1. Masalah bekalan benih untuk ayam asli dengan kuantiti yang banyak.
2. Masalah harga dedak yang tinggi berikutan ayam kampung mengunakan 4 kilo makanan sepanjang pembesaranya sebelum boleh dijual jika dibandingkan dengan penghasilan daging sekilo.
3. Masalah rekabentuk reban untuk ternakan. ( ayam tak boleh ditempatkan direban besar(bangsal) berikutan sifatnya yang berkumpulan)
4. Masalah jangka masa penternakan yang lama iaitu 6 bulan.
5. Masalah penyakit ayam
6. Masalah perangai ayam yanga masih lagi liar dan sukar ditangani.

Kesemua masalah ini telah teman jumpa cara penyelesainya terutama masalah teknikal seperti ayam bergaduh, rekaan reban dan masalah bekalan anak ayam. Oleh itu teman sangat yakin dengan ilmu yang teman ada ketika ini mampu untuk teman gunakan ketika teman memulakan semua penternakkan ini.

Alhamdulilah, sepanjang teman berhenti bekerja dan hanya menjana pendapatan dengan menternak ayam serta hasil jualan incubator, teman mampu lagi menyara hidup sekeluarga. Walaupun tak mewah tetapi rezeki tetapi ada. Bohonglah kalau teman kata yang teman tak pernah tergelicir setiap bulan akibat kekurangan budget tetapi sehingga kesaat akhirnya pun teman masih lagi mampu.

Ini kerana permintaan untuk semua yang berkaitan dengan ternakan ayam kampung sangat tingggi. Sehingga sampai hari ini pun teman masih lagi menerima panggilan bertanyakan tentang ternakan ayam kampung asli ini samaada untuk bekalan anak, induk malah incubator. Tak kurang juga yang telah berjumpa dengan teman dan berbual mengenai ternakan ayam kampung ini. Dan yang paling mengujakan teman iaitu jumlah pengunjung blog teman semakin bertambah dari hari kesehari sehinggakan dalam masa sehari hampir 6000 pengunjung ke blog teman. Alhamdulilah.

Semua orang tahu yang permintaan ayam kampung asli ini sangat tinggi dan sehingga sekarang belum ada yang mampu untuk mengeluarkan ayam ini secara konsisten setiap hari. Satu motivasi yang sangat tinggi bagi teman. Langkah seterusnya yg sedang teman lakukan sekarang adalah dengan menutup reban sedia ada dan berpindah semula ke ibukota demi mencari wang untuk dijadikan modal untuk ternakan kelak.

Seperti yg tuan semua sedia maklum, reban yang ada sekarang adalah reban kajian dimana ianya tekah banyak kali melalui proses pembaharuan mengikut kajian atau rekaan yang cuba teman buat. Dalam masa atau proses mendapatkan rekaan yang ideal, teman telah mengeluarkan banyak kos sebelum menjumpai teknik dan rekaan yang paling tepat khas untuk ternakan ayam kampung asli.

Rancangan teman dalam sedikit tahun lagi ( bergantung kepada jumlah modal yang berjaya dikumpul) teman akan membuka satu reban lestari dimana teman tidak akan bergantung kepada pembekal dedak atau pembekal lain dan kelestarian atau kemodenan sistem teman dapat dilaksanakan sepenuhnya. Ini termasuk dari segi pengurusan reban, penghasilan baka sendiri melalui penetasan , penjualan serta kawalan serangan biologi direban. Insyallah kalau tuhan izinkan ianya akan menjadi kenyataan kelak.

Mungkin juga sekiranya ada rakan2 ternak atau yang baru nak menternak yang mempunyai modal yang agak "kasar" yang mana sudi untuk berkongsi dengan teman nanti demi menjayakan satu niat teman iaitu menghasilkan ladang ternakan ayam kampung asli yang mampu membekalkan ayam ini kepasaran seMalaysia. Insyallah...

Oleh itu suka untuk teman nyatakan disini dimana teman telah berhenti menternak secara fizikalnya buat sementara ( mungkin setahun dua) sehingga modal teman mencukupi. Ini bermaka sekiranya tuan semua mahu melawat reban teman, tidaklah teman mampu menunaikanya lagi hehehe... teman telah berpindah ke Sunway Villa di bandar Sunway ( sangat berdekatan dengan Sunway piramid) untuk meneruskan kerja teman sebagai tech. Ass. Engineer di sebuah syarikat perunding dalam bidang M&E di subang jaya. Namun penjualan incubator masih diteruskan sebagai pendapatan sampingan untuk teman.

Harapan teman agar tuan2 semua tidak menyimpan pandangan negetif atas penutupan reban kerana tindakan ini telah dirancang sejak sebelum teman membuka reban lagi. Peringkat pertama adalah untuk belajar, peringkat kedua adalah kumpulan modal dan persedian, peringkat ketiga iaitu terakhir adalah membina reban terbaik yang mempunyai nilai komersial seperti yang di idamkan dari mula lagi.

Walaupun ada yang berpandangan yang teman ini suka bercakap atau banyak bercakap, biarlah cakap otu cakap yang berisi dan telah terbukti ramai yang mengunjungi blog ini atau telah bertemu dengan teman mendapat manfaat dari ilmu yang tuhan telah berikan kepada teman..

Sekian..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails