27 April 2009

20 Tips Penggunaan Incubator


Incubator adalah cara terbaik untuk memaksimakan pengeluaran telur di ladang ternakan kita.. incubator membolehkan kita tidak bergantung sepenuhnya pada ibu ayam untuk menetaskan telur.. namun untuk berubah dari sistem penternakan tradisioanal kepada separa moden kita membeli incubator dengan harapan penggunaan incubator dapat membantu produksi ladang.. terdapat pelbagai variasi incubator dipasaran samaada yg manual atau auto.. buat masa ini sistem yg banyak diguna pakai di malaysia adalah dari jenis still air dan force air.. dan heat element biasanya menggunakan mentol pelbagai watt.. namun kebanyakan pengguna incubator untuk kali pertama menghadapi masalah dalam penggunaanya.. seringkali telur tidak menetas dan peratusan anak yg menetas mati amat tinggi sekali.. dibawah disenaraikan tips2 penggunaan incubator yg didapati dari pengalaman dan sumber2 rakan dalam BICARA JUTAWAN:

1. sebelum menggunakan incubator untuk permulaan, pastikan incubator tersebut bersih dan bebas dari sisa2 pembuatan seperti cat, shelex, abuk kayu dan sebagainya..

2. incubator perlu di pasang semalaman untuk menguji sistem yg dipasang dalam perkakasan tersebut.

3. kita perlu mempunyai termometer digital yg lebih tepat untuk mengukur suhu didalam inkubator.. suhu diukur dari permulaan lampu menyala sehingga lampu padam.. catat dan bandingkan julat suhu anta kedua2nya.. pastikan suhu mencapai 38 .

4. julat perbezaan antara suhu max dengan suhu min sepatutnya tidak melebihi 3 darjah kerana sebarang berbezaan yg terlalu besar akan merosakkan telur yg dieram cth- min: 37, max 39 sahaja..

5. sekiranya julat terlalu tinggi, anda dinasihatkan tidak meletakkan dahulu telur kerana ianya akan mengagalkan usaha anda menetaskan telur, cuba mengubah dan menentuukurkan termostart dengan menambah atau mengurangkan suhu.. sekiranya gagal juga biarkan on dahulu incubator tersebut selama 3 hari.. kadangkala termostart perlu distabilkan untuk mendapatkan bacaan terbaik.. mungkin selepas 2-3 hari ianya akan stabil..

6. sekiranya masih bermasalah, ia menunjukkan termostart anda bermasalah, sila rujuk kepada penjual semula untuk troubleshooting.(jgn lupa memasukkan air didalam bekas air dalam incubator semasa menguji kerana kelembapan didalam incubator mempengaruhi suhu)

7. sebelum memasukkan telur periksa telur yg bakal di masukkan, bersihkan kekotoran dengan kain kering atau kertas pasir paling halus.. tetapi berhati2 untuk tidak merosakkan kulit telur..
untuk telur yg terlalu kotor, saya nasihatkan tidak dimasukkan skali kerana kekotoran tersebut akan menggangu penetasan.. jgn sesekali mencuci dengan air atau mengeramkan telur yg telah terkena air.. kompom tembelang..

8. telur yang kulitnya terlalu nipis
atau kasar mengerutu yg diperiksa dengan meneliti permukaan telur biasanya gagal dinetaskan..begitu juga telur pertama ayam yg biasanya terlekat kesan darah.. (dalam byk2 telur dalam tempat telur biasanya ada sebijik yg ada darah) peratusannya rendah.. lebih baik digoreng sahaja..

9.semasa meletakan telur pastikan bahagaian bulat atau yg paling besar telur diatas.. seeloknya disenggetkan sedikit supaya bahagaian yg berongga( yg besar) dia atas.. ia menggalakkan pembinaan embrio semasa proses pengeraman..

10. untuk incubator manual, telur perlu diterbalik2kan sebanyak 3 kali sehari untuk meransang pertumbuhan embrio dan mengelakkan embrio dalam kedudukan kaku.. ia juga boleh mengelakkan embrio melekat pada kulit telur.. proses pembalikan dilakukan dengan tangan yg kering dan bersih atau menggunakan sarung tangan. periksa atau suluh telur selepas 4-6 hari untuk memeriksa kandungan.. jika tiada perubahan sila keluarkan dan goreng..telur tersebut tidak disenyawakan..

11. elakkan membuka pintu incubator terlalu kerap atau dalam tempoh masa yg panjang kerana ianya akan menurunkan suhu serta memaksa lampu menyala lebih lama( meningkatkan penggunaan elektrik dan memendekkan jangka hayat mentol) suhu tak stabil akan mempengaruhi telur.

12. setiap telur perlu ditulis tarikh untuk rujukan.. ada 2 cara penulisan tarikh..1- tarikh masuk dan satu lagi tarikh untuk telur menetas.. letakkan satu kelender disamping incubator untuk rujukan

13. 3 hari sebelum telur menetas anda perlu menghentikan aktiviti memusingkan telur kerana pada masa ini embrio sudah dalam keadaan bersedia untuk menetas dimana biasanya muncung paruhnya berada dibahagian atas. Jika kita menterbalikkan juga dikuatiri embrio akan menjadi lemah kerana terpaksa menggunakan tenaga untuk memusingkan badan keatas.

14. proses penetasan biasanya anak ayam akan menebuk lubang udara terlebih dahulu untuk membenarkan udara masuk bagi melatih bernafas untuk kali pertama. proses penetasan biasanya mengambil masa 12-24 jam.. jgn memaksa anak ayam keluar dengan memecahkan cengkerang kerana tak sabar nak tgk anak ayam keluar kerana dikuatiri anak ayam terlalu lemah atau pusat anak ayam tersebut belum kering dan masih melekat pada kulit dalam telur.. jika ada paksaaan jugak biasanya isi perut anak ayam akan terburai skali kerana ianya masih bersambung dan belum cukup kuat.

15. anak ayam yg baru menetas dibiarkan dlam incubator untuk tempoh 24 jam hingga 3 hari untuk proses pengeringan dan membina kekuatan badan..selepas tu kita perlu memindahkan ke bekas asuhan anak ayam (brooder)

16. anda tidak digalakkan memasukkan kesemua telur ayam serentak pada masa yg sama. masukkan secara berperingkat bagi mengelakkan kesesakkan dalam incubator semasa penetasan kelak.. juga mengelakkan kerugian besar apabila berlaku kegagalan incubator..

17. pastikan anda memeriksa suhu incubator sekerap mungkin sekurang2nya 3 hari sekali.. sebaik2nya setiap hari untuk kepastian kefungsian termostart..

18. pastikan mentol tambahan sentiasa berada dalam simpanan anda untuk memastikan mentol dapat ditukar secepat mungkin sekiranya ada yg terbakar.. kekurangan mentol akan mengurangkan sumber haba untuk incubator..

19. periksa paras air dari masa kesemasa, kelembapan amat penting bagi mengelakkan telur kita terpanggang dengan kepanasan incubator..

20. telur yg melebihi tempoh 21 hari perlu dihapuskan secepatmungkin kerana tiada anak ayam akan menetas selepas tempoh tersebut..

25 April 2009

ingin memulakan penternakan..????

Sebelum seseorang ingin memulakan penternakan, kita perlulah mencari sebanyak maklumat yg dapat untuk mengkaji dahulu jenis penternakan yg mana paling kita minat. Dengan minat yg mendalam barulah kita boleh melaksanakan sesuatu dengan baik. Sebaiknya kita kumpulkan segala maklumat mengenai jenis ternakan, risiko, cara pengendalian, aspek pasaran dan hala tuju kita. Selepas tu kita isikan semuanya dalam satu buku nota untuk rujukan kita akan datang. Setelah anda berpuas hati dengan maklumat yg ada akan perlu menjawab beberapa soalan sebelum anda memulakan projek anda.. soalan berbunyi begini:

1) berapakah pulangan yg anda harapkan dari perniagaan ini?
- kalau jawapan anda melebihi seribu ringgit maka anda perlu melakukan projek ini bersungguh2 kerana untuk mendapatkan pulangan lebih dari seribu, projek yg anda perlu mestilah berskala besar atau sederhana besar.
-kalau jawapan anda tak kisah brapa pun , anda boleh melakukanya secara partime atau sebagai hobi. Cukuplah kalau ada mendapat tambahan kewangan sekiranya projek anda berjaya dan anda dapat menjual bila tiba masanya.

2) sejauh manakan anda dapat memberi komitmen?
-jika anda bercadang hendak melakukanya sepenuh masa, bagaimana anda hendak mendapatkan perbelanjaan harian anda selama beberapa bulan sebelum tuaian pertama dapat dijual.. adakah anda mempunyai simpanan atau sumber lain yg menjaminkan? adakah sepanjang tempoh eraman projek anda, anda dapat memberi perhatian sepenuhnya kerana anda sendiri tahu tiada aliran kewangan masuk untuk permulaan..

3) kewangan kita?
-adakah kita mampu menyediakan modal supaya projek dapat dijalankan.. kalau takde cammana nak buat loan? kita tau sekarang susah nak buat loan.. pastu pikir pulak mampukah kita membayar loan kalau terjadi apa2 pada ternakan kita? atau pun adakah cara lain supaya kos penternakan kita menjadi minima dan tidak perlu kita nak buat loan.. n berapakah sebenarnya modal yg diperlukan sebelum kita hendak mulakan..

4)lokasi dan tempat kita nak lakukan projek?
-tempat dah ada ke belum, stategik or tidak? keselamatan kawasan, jarak dgn rumah kita.. ada berlaku bencana alam atau tidak seperti banjir or tanah runtuh.. kalau takde tanah adakah kita dapat menyewa, pajak atau teroka tanah baru.. brapa pulak nak bayar semua tu?

5)reban or perumah..
- adakah kita telah merancang rekabentuk reban yg terbaik? dimanakan sumber bahan binaan boleh kita perolehi, adakah reban yg telah direka boleh dilakukan seorang atu perlu bantuan tenaga mahir, aspek penyelengaraan reban perlu diambil kira.

6) adakah benih mudah diperolehi?
-mana nak cari benih. mana nak dapat benih yg berkualiti n murah

7) ilmu penternakan?
-adakah anda mempunyai ilmu yg cukup untuk menjalankan perniagaan ini.. cetek ilmu adalah tiket untuk menghadapi kegagalan, bagaimanakan perlu kita mendapatkan ilmu ini? dari internet? lawatan ladang? rujukan kengkawan? atau perlukah kita berkampung seminggu dua di ladang org untuk belajar kesemuanya..?

8) pasaran?
-kita tahu tak nak pasar kat mana? adakah kita mampu membuat end produk sekiranya kita tak mampu menjual hasil ternakan?

9)pulangan modal?
-adakah anda membuat kiraan ROI anda dan apa yg hendak anda lakukan dengan keuntungan anda. perlukan anda memperkembangkan lagi perniagaan anda atau anda telah berpuas hati..

sekiranya anda mempunyai kesemua jawapan yg diatas anda boleh melakukan perniagaan penternakan ini.. kalau ada satu atau dua yg sangkut pastikan anda dapat penyelesaiannya semula sebelum memulakan.. cara terbaik anda memulakanya secara kecil2lan dahulu untuk tempoh masa 4-6 bulan untuk belajar n trouble shooting, belajar dari kesilapan lebih baik dari belajar dari mulut orang.. kalau ada terjadi apa2 atau anda dapati bidang yg anda ceburi tidak sesuai anda boleh berhenti tanpa kerugian yg besar. setelah betul2 yakin barulah teruskan niat anda untuk menjadi penternak berjaya..

sediakan diri anda untuk menghadapi kegagalan kerana adat kejayaan kita adalah kekuatan kita menagani kegagalan.. pilih bidang penternakan yg berisiko sederhana dan berprofit sederhana, kerana pengalaman saya, biar perlahan2 kita mendaki kejayaan perniagaan daripada cepat naik kerana kalau jatuh perit rasanya.. jangan terpengaruh dengan idologi mana2 syarikat yg menawarkan perniagaan penternakan yg menjanjikan pulangan besar kerana realitinya tiada perniagaan yg menguntungkan dalam sekelip mata dalam erti penternakan khasnya, semuanya memerlukan ketekunan dan daya usaha serta masa yang tinggi. namun sekiranya nasib dan amalan memihak kepada kita, tidak mustahil kejayaan akan dapat digenggam.. amin..

21 April 2009

Perkara asas wajib ada dalam reban anda..

Ramai penternak baru yang berminat menternak ayam nie tertanya2 cammana nak buat reban ayam.. biasanya apa yg terlintas difikiran kita adalah reban2 tradisional atau kampung stail yg biasa kita jumpa kat belakang rumah.. biasanya jumlah ayam yg diternak seperti ini tidak melebihi 100 ekor kerana ayam dibela untuk kegunaan seisi keluarga dan kalau ayam dibiarkan melebihi 100 ekor, kawasan rumah sudah nampak padat dan sesak. So macam mana nak ternak ayam dalam skala besar? nak kena buat macam ayam daging ke? cam buat bansal panjang yg tertutup rapi? Dibawah saya menceritakan reka bentuk atau perkara yg perlu kita ada..

1. Reban induk.. ada yg buat terbuka dan ada yg buat tertutup(berjaring dan berpintu untuk memudahkan kawalan dan kurungan). Saiz reban induk ini haruslah dapat menampung jumlah induk yang diternak.. namun kita perlu memberi sedikit ruang tambahan untuk ayam ini tidor kerana resam ayam akan berebut tempat tidur yang dirasakan paling selamat.. reban induk perlu tinggi sedikit dan diletakkan palang2 untuk ayam bertenggek waktu tidor. sebaiknya ketinggian tempat bertenggek ini berbeza untuk membolehkan ayam tidor mengikut hairaki ke otaian mereka. Jika tidak, perebutan tempat tido akan berlaku dan ini menyebabkan ayam sering terjatuh dan cedera. Dibahagian bawah reban ini perlu bersih dan kalau boleh ditaburkan pasir atau habuk kayu.. ini kerana 70% ayam akan memerut bila dia tidor. Nak lagi bagus kita simen dan buat longkang supaya mudah untuk kita membersihkanya..
2. tempat untuk ibu ayam bertelur... selalunya kita jarang menyediakan tempat bertelur yang terbaik kerana kita sering berangapan ianya tidak penting dengan alasan ibu ayam biasanya pandai menyesuaikan diri..jadi kita pun buatlah bekasnya ala kadar sahaja..itulah kesilapan teknikal yg paling besar sekali.
Sekiranya kita mahu membiakkan ternakan kita, perkara terpenting adalah memastikan telur dalam keadaan yg baik untuk jaminan benih akan datang dan apabila telur ini menetas nanti penjagaan anak ayam juga perlu diberi perhatian.. Ayam2 induk yg kita ada sudah boleh berdikari dan mempunyai antibodi yg kuat tidak seperti anak ayam.. Tempat penetasan perlulah kalis air dan sedikit tersorok agak ibu ayam tidak terganggu ketika mengeram.. Kotak pengeraman perlulah diletakkan tinggi dan berperingkat untuk pilihan ibu ayam.
3. reban kecil untuk asuhan anak ayam dan anak ayam remaja, reban ini perlu dibuat untuk mengasuh anak ayam. Reban kecil ini cukuplah hanya bersaiz 2x4 kaki. Sekiranya mampu, buat sebanyak mungkin reban jenis ini kerana anak ayam perlu duduk didalam reban ini selama sekurang2 2 bulan sebelum dilepaskan. sekiranya produksi telur bertambah dan kita kekurangan reban, masalah akan timbul dan kesesakan akan menyebabkan lebih banyak anak ayam mati.
4. reban rawatan- reban ini untuk mengasingkan induk yang mempunyai simtom2 penyakit. ini dapat mengelakkan penyebaran penyakit dari ayam yg tidak sihat. Saiz reban sederhana dan ayam dikurung dalam sel-sel atau bahagian yang berasingan..(cam lokap) reban ini harus sentiasa ditutup dan jauh dari reban utama..
4. bekas tadahan air untuk kegunaan ayam sekiranya berlaku bekalan air teputus.. ayam sangat memerlukan air terutama pada musiam panas..
5. satu setor kecil untuk menyimpan segala peralatan, makanan dan ubat2tan..
6. lampu untuk menerangi pada waktu malam- lampu dapat menghindari kegiatan pencurian dan memudahkan pemantauan dilakukan..boleh diletakkan dipintu masuk or belakang reban.
7. incubator untuk bantuan penetasan telur ayam.. sekiranya ayam bertelur pada waktu musim tenkujuh biasanya peratusan ayam menetas menurun berikutan faktor cuaca.. masalah ini dapat diatasi dengan menetaskan telur ini di dalam incubator.

semua aspek diatas perlu ada walaupun kita ingin menternak ayam secara lepas atau separa lepas.. kita juga memerlukan perkara di atas sekiranya mahu menternak ayam kacukan selain dari ayam kampung..

17 April 2009

Ayam jantan bertelur?



aku tak percaya jugak, ada member bagi tau.. ayam nie kekadang bertelur.. kekadang besar kekadang kecik macam telur puyuh.. aku tak percaya.. tapi bila jadi depan mata sendiri baru percaya.. tu gambar ayam jantan n sebelah dia telur yg baru dia menetaskan.. kompius kopmius hehehe.. ke dah ramai org tau ...

16 April 2009

bulan ke 4




-Setelah hampir 4 bulan menjalankan aktiviti penternakan nie.. akhirnya hasil dapat dilihat di depan mata. Pada permulaan kami hanya mempunyai 8 ekor ayam sahaja. Dengan berkat usaha kami ada menambah sebilangan induk yang dibeli di persekitaran kampung kawasan Perak tengah dan Selangor. Setelah bilangan ayam kami mencecah 100 ekor, kami mula membeli anak-anak ayam dari penternak ayam berhampiran. Tujuannya adalah mengelakkan pembiakkan adaik beradi atau dari sumber pertalian darah yg sama. Kini jumlah ayam direban kami telah meningkat kepada 300 ekor. Hampir kesemuanya menghampiri tahap matang dan lebih dari 40 ekor ibu ayam sedang dan telah bertelur. Anak ayam yg kami bela dahulu pun dah ada dalam fasa boleh dijual.. berat purata ayam? entah tak pernah timbang pun, nantilah.. Namun kami tidak bercadang hendak menjual ayam kami sehingga pengujung tahun ini. mungkin bulan satu tahun deban nanti kami akan mula memasuki pasaran setempat. hasil penternakan kami selama 4 bulan.. 300 biji telur telah berjaya dihasilkan.. separuh dibiarkan ibunya menetaskan dan separuh lagi ditetaskan dengan inkubator.. inkubator kami beli di ipoh.. ipoh mali hehehe.. tapi hanya 30 ekor menetas dari 300 biji... HAH!!!????itu lah realiti yg perlu kita sebagai penternak...
sedih campur hampa.. kenapa telur tak jadi? lama juga kami mencari penyelesaian...jawapannya akan kami terangkan secara lanjut dipost yg lain.. punca telur tak jadi:
Cara menggunakan incubator:
1. telur belum matang dah dimasukkan dalam incubator
2. bapak telur ayam tak matang
3. pengendalian telur secara manual.
Cara pengeraman dengan ibu ayam:
1. pengendalian
2. serangan hama.
3. ibu muda
4. tempat tak sesuai
5. reban tak mencukupi
6. serangan haiwan pemangsa
7. ubat-ubatan
8. makanan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails