28 February 2010

ROI????

Salam,

kalau anda pernah membaca atau terdengar dengan perkataan ROI atau return of investment dari mana sumber yang anda perolehi. dan ada banyak penerangan yang diberikan samada untuk peniagaan atau penternakan. Namun sejauh mana kepahaman oleh orang kita tentang ROI ini kurang teman tahu dan kadangkala diabaikan oleh peniaga kursusnya kaum melayu.

Ada banyak cara dan pemahaman untuk kita mengira ROI ini. Dalam bahasa melayu kita gelar sebagai pusingan pulangan modal. Kalau kita mula menternak atau sudah melakukan perniagaan, kita perlu mengira ROI untuk menyukat sejauh mana kebolehan pernigaan kita untuk membolehkan perancangan baru dilakukan bagi meningkatkan perniagaan anda.

Dari segi penternakan, teman biasnya mengunakan pendekatan sedikit berbeza dimana teamn memecahkan kiraan kepada kiraan hangus dan kiraan berkala.Apa yang teman lakukan adalah mengumpulkan semua modal yang ada dan melakukan perancangan dalam penternakan. Teman akan memperuntukkan 40% dari modal yang ada untuk membina bangunan atau keperuan reban teman. Dan modal ini teman anggap hangus kerana kita mungkin tidak akan mendapat kembali modalnya kerana faktor ketahan atau tempoh masa ketahanan barang yang kita gunakan. Sebagai contoh adalah pembinaan reban yang akan kita gunakan selama setahun atau tahun seterusnya. kos pembinaan reban ini hanyalah sekali dan keperluaanya sepanjang tahun menyebabkan teman mengkategorikan sebagai modal hangus namun masih perlu dikira ROInya.

Untuk pengiraan ROI berkala, teman selalunya mengambarkan dengan sebagai pengembalian kembali modal yang kita dan keluarkan hasil dari pendapatan jualan penternakan kita. Untuk pengeluaran modal, kita memperutukkan sejumlah wang bagi membeli anak ayam, makanan serta penjagaan termasuk utiliti yang ajib dibayar setiap bulan, dan kemudiannya kita terus menternak. Dari jualan pada hujung sesuatu pusingan, kita akan menolak semua jumlah modal yang dikeluakan dengan jumlah jualan yang telah diperolehi. Setrusnya sekiranya ada keuntungan, kita akan mengambil sedikit dari keuntungan untuk diri sendiri sebagai upah kejayaan dalam penternakan tersebut. Kemudianya, kita memperuntukkan sedikit peratusan untuk meningkatkan ternakan untuk bacth yang akan datang.

Setelah semuanya dibahagikan mengikut yang dirancang, jumlah lebihan wang akan disimpan sebagai simpanan wang cair syarikat. Penternakan diteruskan sehingga jumlah hasil yang diterima mencapai jumlah yang sama keseluruhan modal pertama yang anda telah keluarkan. Dari sini barulah titik ROI anda telah dicapai dan bermakan setiap sen yang anda terima selepas ini adalah keuntungan bersih atau keuntungan hakiki dari penternakan anda. Kadangkala penternak tidk pernah sampai ke titik ini berikutan kebolehan menahan nafsu untuk berbelanja wang yang disangkakan keuntungan hakiki setiap pusingan. Oleh itu, satu perancangan perlu dilakukan bagi membolehkan pernigaan anda dimajukan.

Untuk pengiraan ROI untuk aset tetap yang hangus seperti pembinaan reban, biasanya teman akan melakukan sedikit penolakan susut nilai reban teman mengikut pusingan atau bulan, Susut mnilai ini terdiri daripada kos pembaikan jika ada dalam setiap pusingan atau kelusuhan reban yang sedia ada. Dengan menolak nilai susut dalam pengiraan untung anda, anda akan ada jumlah wang yang mencukupi apabila reban anda perlu diganti baru kelak. Ini bermakna titik pulangan modal bagi reban anda adalah apabila jumlah keuntungan yang ditolak untuk bahagain suust nilai reban mencapi jumlah kos pembinaan reban anda yang pertama. Hanya dengan cara ini sahajalah kita mampu memebesar atau mengantikan reban lama kita sekiranya kita perlu berbuat sedemikian.

Tetapi realitinya penternak melayu kita sekarang, mengeluarkan modal dengan cara yang salah iaitu melakukan pembaziran atau kesilapan dalam membina reban. Kadang kala kita membina reban dengan kos yang terlalu tinggi sehinggakan kita terlupa jumlah keuntungan yang kita perolehi kelak tak mampu mencapai titi ROI yang kita tetapkan. Sebagai contoh, kita memperuntukan 10k untuk pembinaan reban dengan julam keuntungan satu pusingan hanya 1k sahaja. Dengan peratusan susut nilai bagi satu pusingan hanya 5%, jumlah wang yg diketepikan hanya Rm 50 sahaja. So kalau Dalam setahun, kita hanya mampu menjana RM 12k , jumlah wang untuk reban hanyalah RM 600. Namun jikalau dengan pembinaan reban kita mempu menjana wang yang lebih beik, mungkin untuk mencapai ROI bagi kos hangus akan dicapai hanya dalam masa 2-3 tahun sahaja.

Namun, teman berbanga dengan jumlah peniaga melayu sekarang yang semakin bertambah, Biarpun hanya menjual dikaki lima. Ini kerana, minat mungkin akan berputih dari sini untuk menceburi bidang yang lebih besar. perkara yang paling besar untuk org kita lepasi atau pecahkan adalah perasaan malu dalam berniaga. Bukan semua orang mampu untuk menebalkan muka berada dikedai untuk berniaga. Kadangkala ada yg tak mampu menahan sabar melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Kadang kala tak mampu untuk tunggu dan dudk lama menanti pelanggan datang atau berada didalam kedai dalam tempoh operasi. Ada juga yang kurang berdisplin dalam pernigaan mereka dengan membuka dan menutup perniagaan mereka sesuka hati.

Harapan teman, dengan jumlah pelanggan dan kuasa membeli kita yang lebih besar dari kaum lain, kita dapat melahirkan lebih banyak usahawan bumiputra yang berjaya dalam perniagaan mereka. CUma satu je pesan teman, jgn sombong dan bongkak kalau anda sudah maju dalam perniagaan kelak..

Kawasan ternakan anda kecil? maka anda tiada peluang?

Salam,

Teman nak bercerita pula tentang pertanyaan sahabat penternak kita yang gusar kerana beliau tiada tempat yang cukup luas untuk menternak ayam. Mungkin cerita teman kali ini dapat memberi idea untuk anda yang mempuyai masalah yang sama.

Anda boleh memaksimumkan kawasan rumah anda atau kawasan terhad yang nada anda untuk menternak ayam ayam yang istimewa yang semestinya harganya lebih tinggi, Reban dibina dengan baik supaya kawasan ternakan anda tidak busuk dengan najis haiwan. Anda juga perlu menggunakan sangkar atau bekas khas supaya ternakan anda dapat dikurung atau dipantau sebaiknya. Anda boleh menternak ungas seperti ayam laga, ayam serama, ayam katik sekiranya masih ada permintaan, burung yang dibenarkan, ayam silky, ayam esotik seperti batam,cemani atau sebagainya.

Dengan menternak ungas yang berharga mahal, anda telah memaksimumkan pengggunaan kawsan tanah kawasan anda walupun anda tak mampu untuk menternak dalam jumlah yang banyak. Mungkin anda boleh membina reban bertingkat dengan sistem mengasingan atau penadahan hajis yang labih baik dan mudah untuk dibersihkan. Untuk unggas yang anda ternak, anda juga perlu mengetahui selok belok menternak seperti mana seorang penternak yang lain, ternakan anda selalunya tidak akan lepas dari maslah penyakit yang biasanya dihadapi unggas lain yang diternak dalam skala yang sederhana atau besar.

Namun, sekiranya anda sudah mempunyi pengetahuan dan ilmu yang cukup, satu kelebihan untuk anda yang membolehkan anda terus menternak dengan baik walupun jumlah ternakan anda tidak banyak. Ungas yang anda ternak biasanya akan mendapat penjagaan yang lebih baik dari anda sendiri berikutan jumlah ternakan anda kecil.

teman terkejut bila melihat dalam blog zali bila Abg Rosyam Nor(pelakon) pun dah menternak ayam serama samada untuk hobby atau satulagi bidang perniagaan miliknya. So ayuh bagi mereka yang mempunyai minat, anda boleh manfaatkan kawsan lapang dirumah anda untuk menternak. ,ungkin bagi permulaan anda membeli sepasang dua ayam yang berharga mahal dan menternak. Anda juga mungkin memerlukan Incubator saiz kecil untuk mengeramkan telur yang dihasilkan.

Manalah tahu dari sepasang yang anda ternak, dalam masa 6 bulan anda dah menambah ternakan anda atau mampu menjual anak ayam yang anda ternak sendiri untuk tambahan wang saku bulanan anda.. kalau dapat jual dalam RM 1000 sebulan sudah memadai memandangkan kita hanya menternak secara suka2 ditepi rumah..

26 February 2010

Kelas Penternakan untuk Bulan 3 & Kelas Ternakan Arnab

Salam,

Seperti biasa teman akan mengadakan kelas ternakan ayam kampung asli bertempat direban teman di bukit Changgang. Tarikh dan lokasi adalah seperti berikut:

Tarikh : 7hb March 2010.

Waktu : 8.30 pagi.

Tempat: Bukit Changgang( 3 KM dari Masjid KLIA)

Bayaran Yuran : RM 100 Sahaja..

SMS butiran anda kepada : Shaiful (012-3332273)

Penyertaan masih dibuka sehingga hari terakhir sebelum kelas. Anda hanya perlu menghantar SMS nama dan lokasi anda untuk memudahkan saya menyediakan kelas mengikut jumlah peserta kelas. Insyallah anda akan mempelajari sedikit sebanyak mengenai ternakan ayam kampung. Anda hanya perlu membayar yuran ketika mendaftar untuk kelas.


Kelas Ternakan Arnab!!!

Untuk pengetahuan semua, Citypullagro telah bergabung dengan http: //shamzaagroproduct.blogspot.com/untuk satu kerja sama diatara kedua2 pemilik dari segi pengurusan serta pemasaran. Oleh itu kami bersetuju untuk mengadakan satu kelas penternakan Arnab untuk anda. Anda akan diajar mengenai perkara tersebut:

1. Cara betul menternak arnab pedaging dan arnab untuk pets
2. Penyakit dan ubat untuk mengatasinya
3. Pembakaan dan cara betul untuk mendidik anak yg baru dilahirkan
4. Profit dan keuntungan dari penternakan dan banyak lagi.

Anda juga boleh membeli ternakan arnab yang turut disertakan didalm kelas dengan harga Istemewa. Kelas akan dikendalikan oleh EN HISYAM (Syam) sendiri> En Syam mempunyai pengalaman dan pengetahuan yg cukup luas mengenai ternakan arnab ini. DIbawah adalah butiran untuk kelas tersebut:

Tarikh : 14 Hb March 2010

Waktu: 8.30 pagi

Tempat : Lokasi sama dengan kelas CItypullagro (bukit Changgang)

Bayaran Yuran : RM 120 Sahaja..

SMS butiran anda kepada : SYAM @ hubungi(012-9116165)

Kelas ini akan dilakukan setiap bulan selepas kelas CItypullagro dijalankan. Jika anda berminat, sila hubungi saudara syam seperti diatas. Bayaran sama seperti diatas dimana anda hanya perlu membayarnya ketika mendaftar diwaktu kelas. Tiada deposit diperlukan. Sekian..

Mengelabah bila dah mula..

Salam,

Teman nak bercerita tentang pegalaman teman sendiri dan beberapa sahabat yang pernah menghubugi atau melawat teman direban. Sememangnya teman tak kisah sekiranya ada kenalan yang mahu menghubungi teman untuk menanyakan tentang ternakan ayam ini. CUma mungkin teman akan berkongsi idea atau cerita yang perlu diambil iktibar kepada semua.

Kekadang kita terlalu gairah untuk menternak ayam ini berikutan kiraan atau rancangan yang telah dibuat menunjukkan keuntungan yang bakal diraih kelak. kadangkala nampak sangat teruja dan mehu menyiapkan persiapan penternakan secepat mungkin. Reban dibina dengan baik dan kadangkala kosnya sampai tak masuk akal langsung. Dalam fikiran mungkin mengharapkan reban yang dibina boleh bertahan lama dan tidak perlu diperbaiki dalam jangka masa terdekat ini.

Wang yang diperuntukan juga bukan sedikit. ada yang serendah 10k dan ada yang mencecah 100k. Ada juga yang baru berhenti kerja atau sudah berpencen. maka wang yang ada mungkin ingin digunakan sebaik mungkin. Ada yang memilih ayam kampung pedaging atau lebih dikenali ayam kampung kacuk. Ada yang ingin mencuba menternak ayam kampung asli ini yang lebih seronok untuk diternak.

namun seolah ada beberapa sahabat kita mengelabah apabila mula menternak. Ini kerana kiraan mereka mulai lagi atau apa yang dibayangkan tak sama dengan realiti. Bagi mereka yang menternak sepenuh masa, mungkin mula berungut apabila tak cukup masa atau terlalu terikat direban. jemptan kawin sukar nak dipenuhi sekiranya berada jauh sedikit dari lokasi reban dan sebagainya. Kalau dulu anda bebas kemana2 apabila ada cuti, sekarang setiap hari adalah hari bekerja dimana ternakan kita perlu makan setiap hari. Kadangkala anda cuba mencuri "tulang" dengan memberi makan diawal pagi dan membekalkanya dengan jumlah yang banyak dengan harapan ianya mencukupi apabila anda pulang esok. Namun apabila anda pulang, ternakan dalam keadaan tak terurus dan nampak sangat kelaparan dan kehausan. Lagi buruk kalau ada yang mati akibat pegabaian anda.

Ada juga masalah apabila kita menghabiskan semua wang yang ada untuk memebeli induk, anak, pembinaan reban dan makanan untuk satu tempoh tertentu. Dan apabila berlaku musibah seperti kematian anak ayam atau ternakan direban, kita tiada wang yang mencukupi untuk membeli kembali benih atau baka untuk mengantikan yang telah mati. Kalau jumlah yang mati tu melebihi 60% dari jumlah ternakan anda, maka kemungkinan anda "bungkus" mungkin ada kerana anda tak mampu untuk meneruskan dengan os yang sedikit. Dengan keuntungan yang tak seberapa, anda mungkin merasakan pernigaan anda sudah berada diambang kejatuhan.

Ada juga kes dimana secara tiba "sifat malas" meyerang sipenternak. Ini berlaku apabila badan secara senyap memprotes kerja yang terpaksa ditanggung oleh pemilik. Ada kemungkinan sebelum ini penternak tak pernah turun tanah untuk melakukan kerja buruh direban. Dan ada kemungkinan selama ini penternak selesa berada dipejabat berhawa dingin melakukan kerja yang kurang mengeluarkan peluh. Penternak menanam minat sekian lama tetapi kerja yang ada ketika itu tidk memerlukan penternak bermandi peluh. Ataupun penternak baru ini mengalami sedikit masalah pada badannya berikutan badan terkejut dek beban yang digalas.

Ada juga kes penternak yang dah biasa menjadi BOS ditempat kerjanya sebelum ini. Dan apabila menceburi bidang penternakan, sifat dan sikap ke"BOS"annya masih ada. Dengan mengharapkan pekerja sahaja untuk melakukan tugas direban, maka maslah demi masalah akan muncul. Kita hanya taju memrahi atau mengherdik pekerja kita sedangkan kita sendiri tak tahu cara nak mengurus reban tersebut..

Oleh itu sebelum anda memulakan menternak, pastikan anda sudah bersedia dari segi mental dan fizikal.. Lakukan kerja secara kecil2an dahulu supaya anda mampu mengukur diri anda sebelum anda melakukan ternakan yang lebih besar.. selamat.

teman terjebak..






salam,

Nie posting sebelum pi Semayang jumaat hehhe.. baru dapat cable nak cucuk kat kamera.. jenuh carik tapi hilang.. teman ada kuarkan modal dalam RM 1k untuk ternak arnab pula.. nie gambar am arnab yg teman beli dari saudara Syam.. nanti teman cerita lagi..

Gambar ari tu..





Salam,
Aritu teman ada citer pasal mat saleh datang kereban teman.. tujuan dorang datang nie untuk melobi incubator teman untuk dijadikan bahan asas kepada semua MRSM diMalaysia untuk dijadikan bahan subjek rekabentuk dan sains mereka. Dari sini mereka akan menggunakan teknologi yg mat saleh ini bawa dan mengotomasikanya. Kemudian pertandingan akan diadakan seterusnya kepada sekolah yang berjaya akan mendapat tander untuk membina mungkin 50 biji incubator untuk dijual kepada orang ramai. Untuk tujuan itu mereka perlu mempelajari skill perniagaan sebenar dan mungkin menjadikan CItypull sebagai hub untuk mereka bermula.. so macam belajar jadi usahawan sebenarlah dari usia muda bagi mendidik mereka menjadi usahawan kelak apabila keluar dari skolah.

Sekarang diperingkat skolah dah setuju untuk menjalankan benda ini namum belum mendapat peruntukan dan kata putus terakhir dari pihak atasan MARA. Kalau jadi mungkin semua skolah ini akan mahir dengan teknik Incubator dan mungkin menyebarkan kegunaanya kepada org kampung dikawasan mereka.

Namun paling best bagi teman adalah minat org putih ini terhadap ayam kampung kita nie. Penerangn tentang ayam kampung ini lebih lama dari Incubator ini sendiri. Dia heran dengan saiz ayam kita yg kecil dan boleh terbang melepasi rumah teman.. Ayam yg biasa dia tgk semuanya debab2 dan berat dekat 6 kilo.. di kata ini dah macam burung saiznya.. so harapan teman mungkin teman dapat membuat jaringan dengan Mamat ini untuk bertukar2 baka dengan mereka..

24 February 2010

Hidup bagai roda..

Salam,

Betul pepatah yg duk org perkatakan selama ini, kalau dulu teman agak tertekan atau sering sengket sekarang Alhamdulilah, mampu untuk memberi sedikit wang kepada orang tua, kalau dulu sahabat teman ni mampu memeperolehi pendapatan RM 3k sebulan kini beliau sedang berpeluh meniti hari mendatang.

Begitulah nasib kita di bumi Tuhan ini. kalau kita dalam kesusahan anggaplah ianya satu ujian dari tuhan dan kalau kita berada dalam kesenangan anggaplah satu kurniaan dariNya dan jgn sesekali lupa diri.. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Kalau dulu semasa teman mula bertatih dengan kewangan yang sangat menjerut leher sehingga membeli beras pun pakai timbang kilo, mungkin perkara yang sama sedang menimpa sahabat kita.. mana tahu.. adakah kita mengambil berat tentang sahabat kita sekeliling.. bagi teman contoh yang nyata sentisa bermain didepan mata..

keperitan atau kesusahan telah teman lalui, dan sekarang mungkin beberapa sahabat teman berada dalam ambang yang sama, Ada yang sudah diberhentikan kerja atau sudah dalam edah untuk diberhentikan, ada yang tersilap percaturan dan sekarang seumpama hilang haluan, ada yang telah lebih setahun berusaha dan mula menampakkan jalan keluar, namun dihalang pula oleh beberapa perkara seperti sales kurang dan sebagainya.Apa yang boleh teman nasihatkan adalah dengan melakukan beberapa perkara yang pernah teman lakukan dahulu seperti meng'list'kan segala perbelanjaan sekarang dan kemudiannya memotong segala perbelanjaan yang tidak perlu, menghadkan perbelajaan seharian, menggunakan motor untuk mengantikan kereta untuk penjimatan minyak, melakukan 2 kerja sehari untuk menjana pendapatan, berjimat cermat serta berhati2 semasa membelanjakan wang dan sentiasa berdoa.

Kebiasanya kita perlu merancang masa depan dengan merangka beberapa cadangan untuk jalan keluar atas kesempitan yang kita alami sekarang dgn menulis diatas kertas. Dari sini kita mampu melihat segala permasalahan serta mencari jalan keluar yang logik untuk dilaksanakan. Sekiranya anda mampu, catatkan setiap perbelanjaan anda mulai sekarang dan mulakan merancang kerja2 yang mampu membawa anda keluar dari kemelut ini.

Kalau anda rasa sangat terdesak, anda perlu mengurangkan aset seperti menjual apa yang patut atau menolak segala kemewahan yang anda ada seperti astro dan sebagainya. Biarlah orang keliling mengata asalkan anda berusaha untuk keluar. Kalau diizinkan tuhan, Insyallah anda akan jumpa juga jalan keluar. Jangan rasa rendah diri atau terlalu tertekan dengan masalah yang anda hadapi. Mungkin ini satu titik tolak untuk anda untuk menceburi bidang baru dalam perjalan hidup anda, manalah tahu kepedihan yang sedang anda lalaui sekarang akan mendorong anda untuk lebih tekad dan rajin berusaha sebelum anda berjaya kelak. Mintalah nasihat dari mereka yang arif atau mereka yang anda percayai, mohon restu dari ibu bapa dan minta keluarga anda mendoakan sekali termasuk Bonda anda jika masih ada.

Akhirnya, jgnlah anda cepat mengalah atau meyalahkan takdir atau org sekeliling anda kalau anda tersungkur sekarang, ayuh bangun, biarlahpun anda terpaksa menjual pisang goreng ditepi jalan sekarang asalkan anda dapat meneruskan hidup dengan rezeki yang halal. Dan mungkin kesakitan atau kesusahan yang anda alami sekarang dapat menghapuskan dosa yang pernah anda lakukan.. Jgn lupa untuk berdoa dan mentaati perintahNya..

23 February 2010

40 ekor ternakan teman mati dalam 3 hari!!!

Salam,

Teman dalam keadaan mengelabah sekarang sbb dekat 40 ekor ternakan teman mati baru ini semasa teman pergi keKedah hari sambu. Teman tiada direban pada malam jumaat dan hanya pulang pada hari ahad. Makanan diberi macam biasa dan bekalan air berubat diberi sebanyak mungkin.. Sbb sehari sebelum itu ada beberapa ekor ayam teman mati secara misteri.

Apa yg teman hairankan, ayam yang mati tiada menunjukkan sindrom sakit, monyok atau fizikal yang jelas untuk teman kenalpasti. Tiada kesa kotoron didubur, tiada tindakbalas bersin atau nafas tersekat dan tiada bengkak dimata atau mulut. Secara tiba2 dalam masa 2-3 jam ayam akan tumbang walaupun sebelum itu aktif makan makanan yang diberikan. Yg teman sedih juga kerana belanda teman yg sekor jantan tu tak sempat teman nak sembelih tumbang depan mata.. Baru nak amik pisau ayam tu dah putus nafas.. huh!!! apa sakitnya yek?

Dari pembedahan yg teman lakukan.. tema tak jumpa sebarang keganjilan kepada semua sistem badan ayam tersebut.. cuma ada sedikit bengkak dihati.. Mungkinkah sampar dah mula menyerang? sampar jenis apakah yg sedang menyerang? sampar gumboro atau new castle? entahlah..

Bila teman rujuk untuk sampar di Internet.. tanda untuk sampar sangat kelas kalau menyerang reban.. tapi teman tgk takde pula.. yg paling jelas adalah lendiran air liur yg keluar semasa ayam ini mati. Macam kena racun je.. takpun kena detergen atau sabun yang kuat seperti clorox.. mungkin makanan yg teman ambil telah tercemar dengan bahan kimia atau reban teman sebenarna teleh disambotage????

perasaan sedih tetap teraasa tambahan pula satu lagi sampar yg menyerang semua ayam belanda teamn samaada yg telah besar atau yg masih dalam reban asuhan(yg masih makan dedak lagi). Bak kata Junaidi dari link blog teman, ayam mutiara kurang selesa atau tak tahan sekiranya kita menempatkan sekali dengan ayam kampung asli ini.. Kalau betullah kenyataan beliau yg ayam mutiara ini lebih manja.. teman dah tersilap langkahlah selama ini dengan melabur dekat Rm500 untuk membeli benihnya.. Namun keanpa sekarang seterlah 3-4 bulan teman menternaknya baru mati.. pastu mati serantak pulak tu.. satu kajian perlu dilakukan segera agar penyakit ini tak kembali menyerang..

kalau org kata teman nie tak sedih kalau ada ayam yg mati, sebenar silap.. mana ada penternak yg taksedih, dah lah kerugian dalam jangka masa panjang, ayam pulak tu tak sempat nak disembeleh.. paling banyak ayam betina yang kena.. huh huhu huhu..

Nie lah org kata risiko menternak ayam. alau sejauh mana pun kita usaha semuanya terselah kepada takdir dan ketentuan Ilahi... Berjaya kataNya, berjayalah teman.. gagal kataNya...

Mungkin ada hikmah dari sini.. dengan proses kematian ini, hanya yang benar2 berkualiti atau kuat sahaja yang akan tinggal untuk diteruskan menjadi induk untuk jualan anak ayam nanti..Mungkin dengan 40 ekor induk mati dan 30 mutiara yang dah putusnyawa.. teman akan diganti dengan perniagaan yang lebih maju atau lebih baik.. siapa tahu kan? jumlah kerugian teman dalam minggu ini teman anggarkan dekat RM 1500 keseluruhannya.. Takpe Dugaan kan..

meningkatkan peratus kejayaan incubator



Salam,

Sering kita membincangkan mengenai kepentingan menggunakan incubator dalam urusan kita seharian menternak. Banyak kebaikan dan keburukanya mengikut sejauh mana kita memahaminya. Namun perkara pokoknya adalah untuk kita memahami incubator sebagai satu alat bantuan kepada petani untuk menambahbaikan peratusan penetasan dan memudahkan pengurusan baka kita diladang atau reban. Dengan meniru keperluan sebiji telur untuk mngeram, kita mereka alat yang mampu menetaskan telur dalam jumlah yang banyak tanpa bergantung kepada ibu ayam tersebut.

kadang kala kita terdengar tentang kejayaan menetas incubator adalah bergantung kepada sejauh mana kecanggihan serta kepandaian situkang reka untuk mereka incubator mereka. dan dari situlah bermulanya kepercayaan kita kepada kotak ajaib yg kononya mampu menyelesaikan segala masalah mengenai penetas telur ayam ini. Kadang kala juga kita terdengar yang seseorang mampu menetaskan telur dengan incubator yang sangat simple atau minima seting nya dan masih percaya dengan incubator cabuknya walaupun brand baru sudah berada dalam pasaran serta terkenal dengan kecanggihannya.

Persoalannya mengapa ada pelbagai cakap2 sebegini? adalah masih ada keraguan dalam menggunakan incubator? adakah segala kebaikan incubator ini hanya cakap2 sipembuat incubator untuk melariskan jualannya? dan mengapa telur dalam incubator saya masih kurang kadar penetasanya?..

Sebenarnya persoalan ini sangat mudah untuk dijawab sekiranya anda tahu dimana nak mencari jawapanya.. Untuk soalan kejayaan sesebuah incubator, ada 3 eleman yang perlu anda periksa incubator anda seperti.. suhu, kelembapan dan aktiviti anda.. Aktiviti termasuk lah memastikan incubator anda sentiasa bersih dan bebas dari kuman..

Bagi soalan meningkatkan peratusan penetasan telur ini, jawapannya juga agak mudah kalau anda pernah terbaca petikan dari blog teman, sebenarnya tiada siapa didunia ini mampu menentukan peratus penentasan telur dengan mengunakan incubatornya. Ini kerana terlalu banyak faktor yang tiada kaitan dengan incubator boleh mempengaruhi kadar penentas. Untuk memeudahkan permahaman anda sila ikuti kiraan ini:

Katakan teman mempunyai 100 biji telu runtuk dieramkan didalam sesebuah incubator. dan incubaotr teman telah distkan untuk memenuhi segala keperluan telur sepanjang proses peniruan pengeramannya. dan setelah teman periksa telur melalui teknik candling, teman dapati 5 biji telur terpaksa direject sbb terjumpa satu rekahan halus serta terdapat bektiria ring didalamnya. Dan jumlah telur yang perlu teman masukkan hanyalah 95 biji. Pada hari pertama teman tak pusingkan dan teman mula pusingkan pada hari kedua dan seterusnya.

Pada hari ke 5-6 teman kuarkan semua telur sebentar dan melakukan proses canling skali lagi untuk memeriksa proses pembesaran embrio anak ayam dalam telur. Periksa punya periksa teman dapati terdapat 15 biji yang takde benih atau perubahan langsung(perkara biasa yg akan anda jumpa). Teman kuarkan dan yang masih tertinggal didalam incubator hanya 80 biji. Teman teruskan aktiviti mengeram selama 16 hari sebelum teman kuarkan telur sebentar untuk dicandling skali lagi. Setetelah teman skodeng telur ini teman dapati terdapat 10 biji tang terkena jangkitan bakteria ring dimana walaupun telur dah berkembang dengan baik tetepi terbantut setenagh jalan kerana jangkitan kuman dan termasuk yg mati dipertengahan kerana embrionya tak memembesar dgn kadar yg sepatutnya. teman kuarkan..Jumlah yg perlu teman masukkan ke dalam mesen penetas adalah 70 biji sahaja. Teman agak yakin dengan 70 biji yang tinggal ini kerana semuanya mempunyai embrio yang berkembang dengan sekata dan ruang udara dibahagian tumpul telur nampak jelas dan besar.

sampai hari ke 19 mengeram, anak ayam mula keluar dan menetas sepenuhnya. Namun ada beberapa biji yg mati apabila mula sahaja menebuk telur. ada juga yang songsang dimana anak ayam tertebuk di kawasan mengadap lantai penetas dimana anak ayam tak mampu untuk bernafas untuk kali pertama kerana terhimpit dengan lantai(anak ayam terbalik). Dan pada hari terakhir(21).. terdapat 10 biji lagi telur yg tak menetas atas sbb yg teman sendiri tak dapat nak agak sbb bila kita pecahkan semu, embrio berada dalam keadaan baik dan lengkap pembesaranya.

Jumlah anak ayam yang teman berjaya eramkan hanyalah 55 ekor sahaja dari sejumlah 100 biji yang dieramkan.. Oleh itu bagaimana kita nak ukur peratusan penetasan dalam incubator tersebut? adakah 55% sahaja dari 100 biji atau kita mengira dari jumlah telur yg berada dalam penetas iaitu 55 ekor dari 70 biji terakhir yang embrionya sihat selepas kita candling pada hari ke 16? kalau yg ini kita kira,, tentu jumlah penetasnya adalah 80%???

Oleh itu, peratusan penetas bergantung kepada beberapa faktor yang kekadang diluar kemampuan kita untuk mengatasinya, Dan teman juga kekadang bernasib baik apabila dari 100 biji yang teman eramkan, 85 ekor anak ayam berjaya ditetaskan dan kekadang lebih dari itu. oleh itu jgnlah tuan2 hanya bertanyakan tentang peratusan penetasan sesebuah incubator.. sebaliknya tanyakan tentang setting yg dilakukan oleh sipembuat incubaotor seperti suhu yang digunakan, peratusan kelembapan, adakah mudah sesebuah incubator itu dibersihkan, adakah perudaraan didalam incubator itu baik dan sebagainya. Ini kerana peratusan penetas kadang kala akan ditentukan oleh anda sendri sebagai pengguna sesebuah incubator. Ini kerana bagi teman, seolah2 semua incubator yg berada dalam pasaran sekarang mempunyai setting yang sama dan yang membezakanya hanya bekas dan cara ianya beroperasi. tepuk dada tanya selera kan?

Pastikan sebelum anda mengunakan incubator, anda mempelajari dahulu selok belok pengurusan telur serta pengurusan reban supaya anda mempunyai sejumlah telur yang berkualiti tinggi termasuk peratusan benih bagi setiap biji telur. Dan anda mengunakan incubator dengan bijak dan memastikan setiap langkah silakukan sepanjang masa, dan tak semestinya incubator ini akan sentiasa selamat atau sentiasa kosisten dalam kitaranya kerana ianya hanya satu alat yang mempunyai ralat tertentu. Sebaik sahaja anda bersetuju menerima komitment untuk menggunakkan incubator, maka dari situlah anda sudah terikat dengan segala keperluan termasuk masa yg perlu diperuntukkan membelainya.. satu ingatan terakhir dari teman.. tiada jalan pintas untuk berjaya terutama dalam bidang penternakkan..

Tetapkan Target anda..

salam,

Kali ini saja teman nak membebel pasal satu perkara yang perlu anda lakukan dahulu sebelum anda memulakan penternakan anda. kalau dalam hati sudah berkira2 untuk menternak ayam atau unggas lain, anda perlu set kan satu benda terlebih dahulu sebelum letakkan apa2 batu asas direban anda.. perkara yang pertama adalah untuk mengsetkan satu terget berapa pendapatan atau jumlah wang yang anda mahu dari penternakan anda setiap bulan.. Dari set ini barulah anda melakukan sebarang perancangan untuk mendapatkannya.

Sebagai contoh, sekiranya anda punya target adalah untuk mendapatkan sejumlah RM 5k dari reban anda setiap bulan, usaha untuk mendapatkannya perlu dilakukan dengan menjangkakan berapa jumlah hasil yang mampu reban anda lakukan. Sekiranya anda merancang untuk mendapatkan jumlah yang sebegini, namu kapasiti pengeluaran anda masih jauh lagi, mungkin anda boleh menurunkan target anda. Untuk mendapatkan target anda tersebut, satu kertas kerja untuk diri anda sendiri(selalunya kertas kerja untuk bank. tak salah buat satu untuk rujukan diri sendiri) dan melakarkan perancangan anda dengan data yang lojik berasakan pengalaman anda sendiri atau maklumat yang anda pelajari dari otai2 yang ada. Maklumat yang tak lojik atau yang anda idamkan tetapi kurang teprt akan menyebabkan anda sendiri merasa hampa kemudian kelak.

Dari perancangan yang anda telah buat, anda perlu pula melihat budget yg anda ada. Adakah anda sudah berkemampuan untuk memenuhi segala perancangan anda? adakah anda perlu memebuat pinjaman atau ada cara lain yang lebih sesuai dan kurang berisiko dari meminjam dari bank?.. Setelah masalah kewangan anda selesai, anda perlu mencari tapak yang sesuai, sekiranya tapak anda telah ada atau sememangnya dah terhidang luas selama ini dikampung, apa yang perlu anda lakukan adalah melakar satu peta atau pelan perancangan reban anda. Fasa ini sangat kritikal kerana anda perlu melihat beberapa faktor seperti:

1. Dari mana matahari naik dan turun,
2. kedudkan lalauan angin sekiranya reban anda berada dalam lembah atau ditepi bukit
3. faktor ketinggian tanah atau rupabentuk bumi.
4. sistem saliran semula jadi yang ada atau saliaran sementara yang berlaku sekiranya hujan lebat berlaku
5.kawasan sekeliling reban anda atau sempadan reban anda.
6. jenis tanah kawasan reban anda.. untuk mendapat keputusan untuk menambak tanah atau tidak?
7. sumber air supaya selari atau berdekatan dengan reban yang bakal dibina dll..

Kemudian anda melakar kedudukan reban anda dengan segala faktor diatas, cincai2 pun ok asalkan anda sendiri faham, ianya penting kerana apabila reban sudah siap dibina nanti, adalah sangat sukar untuk kita mengubahnya pulak. kalau boleh jgn terlalu gairah untuk membina reban tergesa2 kerana ia bakal merugikan anda kelak, kos pembinaan juga mungkin meningkat sekali ganda dengan melakukan kerja yang sepatutnya dapat dielakkan. Sebolehnya anda merancang untuk berjimat sebaik mungkin tanpa mengenepikan faktor keselamatan dan setahanan reban bakal anda bina kelak.

Seterusnya selepas reban siap didirikan, beli induk atau anak dalam jumlah yang kecil dan anda uji setting reban anda untuk 2-3 bulan terlebih dahulu, dan sekiranya semuanya berjalan lancar, anda mulakan membawa masuk induk atau benih anak ayam anda dan mula menternak.

Untuk projek jualan anak ayam, sepatutnya anda telah menuai hasil pertama pada bulan pertama lagi kerana kita menjangkakan ayam akan mula bertelur apabila berada dalam reban anda. Tempoh masa sebulan cukup untuk anda mengeramkan telur dan menjualnya kepada pasaran setempat.

Untuk projek memasukkan anak ayam kedalam reban,satu usaha yang jitu perlu dilakukan untuk 6 bulan pertama memandangkan anda baru sahaja memulakan projek dan tak berapa mahir dengan persekitaran reban yang baru anda bina. ada kemungkinan anda akan merasa sedikit kekok kerana ini kali pertama anda melakukan tugasan menternak direban baru anda. Perlu dingat, menternak ayam dalam jumlah yang kecil tak sama dengan menternak ayam dengan jumlah yang banyak, sbb macam2 perkara yang anda tak duga boleh berlaku. Yg penting adalah kesabaran serta kerajianan yang max diberikan anda tanpa merungut sekali pun, Sekiranya anda mengikut langkah yang diberikan, Insyallah anda mampu meneruskan penternakan anda dengan jayanya.. (teman bercerita melalui pengalaman hehehe).. selamat menternak..

22 February 2010

Ayat yg biasa teman dengar..

Salam,

maaf kalau dah 5 hari tak menulis, banyak yang berlaku 2-3 hari ini.. yg paling menarik adalah pada hari sabtu dimana teman mengunjungi sahabat sekolah dahulu yang berkhawin di perak, alang2 dah sampai ke perak teman n kengkaan satu kereta berkunjung semula ke Sekolah lama di MRSM PDRM dahulu. perjalanan yang hanya mengambil masa 2 jam dari rumah pengantin..

Sokolah ini teman anggap sangat Istemewa sebab kami adalah bacth pertama yang merasmikan bangunan skolah dan mencorak budaya dan sejarah skolah ini. Dan semestinya hubungan istimewa terjalin antara para guru dan muridnya berikutan kehidupan kami yang jauh dari ibu bapa serta membesar disini selama 5 tahun. Dan kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sanjungan kami kerana tekun mendidik dan sentiasa iklas menjadikan kami manusia penuh berilmu dan berakhlak..

Yang paling mengembirakan teman adalah dapat berjumpa kembali dengan guru2 skekolah yang masih mengajar disana. antaranya adalah guru sains dan fizik teman iaitu Cikgu Anuar. Kami juga berjumpa dengan cikgu Jasni yang mengajar subjek yang sama. Selepas puas meronda kawasan sekolah, kami berkunjung ke rumah Cikgu dan bertanya khabar.. Yang mengharukan teman adalah minat guru2 teman ini untuk menternak ikan dan membela ayam kampung asli ini. dari riak muka mereka teman dapat bayangkan harapan serta minat yang mendalam untuk menjadi penternak berjaya suatu hari kelak. Dalam perbualan tersebut, teman terlupa yang teman mengajar sesuatu ilmu penternakan kepada guru teman kembali sedangkan dulu teman yang belajar dari mereka.. Untuk guru2 ku. teman berjanji akan mencurahkan ilmu teman sebaik mungkin demi menbalas jasa guruku dahulu.. dan mungkin untuk mengwujudkan jaringan perniagaan untuk kebaikkan bersama..

Ok.. berbalik kepada tajuk post teman tadi.. mengenai ayatt yg biasa teman dengar.. ayatnya berbunyi sebegini.. "saya ada tanah sekian luas, saya ada duit yg mencukupi. apa yang saya perlu buat?".. dan soalan ini biasa teman terima dari mereka yang sudah berumur atau yang sedang berkira2 untuk berpencen.. Selalunya teman memeberi jawapan seperti berikut..

Untuk menjawab soalan tadi.. teman biasanya menanyakan soalan kembali untuk anda menjawabnya seperti..

1. Apakah miat tuan sebenarnya?
2. adakah tuan seorang yang suka bekebun, bertani, menternak, atau sebaliknya?
3. bagaimana dengan kesihatan tuan sekarang?
4. adalah lokasi anda sesuai untuk penternakan atau pertanian atau perniagaan lain?
5. apa sejarah tuan sebelum ini.
6. Pernahkan tuan mencuba bidang yang tuan ingin ceburi?
7. Adakah tuan selesa dengan kerja yang rutin dan boleh berpanas terik?
8. Apa yang tuan harapkan selepas bersara? hidup sederhana dengan rentak perlahan atau anda ingin bebas dari kerjaya anda sekarang dan ingin lebih maju kerana anda dah bebas nak lakukan apa sahaja tanpa kongkongan dari kerja anda sekarang..

Soalan ini anda analisa dengan betul dan lakukan keputusn dengan baik.. Sekiranya anda sering mengeluh tentang keletihan serta malas nak kuar rumah.. anda mungkin tak sesuai untuk menternak atau bertani, mungkin anda boleh mempelopori benda lain seperti berniaga barangan, memulakan perniagaan berasaskan perkhidmatan atau sebagainya, namun sekiranya sebaliknya anda san sangat teruja dengan melihat ternakan anda membesar atau gembira menternak, anda sesuai untuk menjadi penetrnak moden atau petani moden..

Apa yang perlu anda laukan sekarang adalah mencari sebanyak ilmu yang boleh didapati sebagai persediaan anda sebelum memulakan projek. Sekiranya anda masih bekerja, anda boleh menimba pengalaman anda sendiri dengan mula menternak dalam jumlah yang kecil.. kerana ilmu sangat mudah dipelajar dari pengalaman sendiri menternak.. Mulakan projek anda denagn kos yang sedikit dan melakukan ajian dan analisa anda sendiri. dan sekiranya anda sudah yakin, anda boleh mengsetup reban anda sendiri di lokasi yang dirancang dan mengupah atau berpakat dengan pembantu anda untuk menjalankan penternakan sementara anda masih bekerja. Pembantu anda mungkin dari sanak saudara, ibu bapa atau mungkin kenalan anda. Anda juga boleh mengupah pekerja dan membayarnya mengikut perjanjian.. Anda hanya perlu memantau dari jauh dan melawat reban adnda dari masa kesemasa..

Lakukan secara perlahan2 dari bulan ke bulan dan melakukan analisa kegagalan atau masalah yang sedang anda alami ketika itu dan cuba atasi dengan sebijaknya. Teman yakin, untuk seketika, anda akan sedikit pening atau sakit kepala dengan masalah yang menimpa reban anda.. namun seperti pepatah" alah bisa tegal biasa".. lama2 anda akan mahir dengan keperluan reban anda.

Dan dari bulan ke bulan anda merangka stategi bagaimana nak memajukan atau mengembangkan ternakan anda yang ada sekarang.. fikirkan cara terbaik untuk berkembang tanpa mengeluarkan modal anda lagi.. seterusnya anda boleh mengembangkan lagi dengan cabang2 pernigaan yang lain seperti haiwan ternakan hiasan atau unggas esotik..

Dengan cara ini sahajalah yang teman pikir terbaik untuk anda memulakan perniagaan.. teman takut nanti anda semua tersilap percaturan dan menghanguskan pernigaan yang anda idam2kan.. selamat menternak..

17 February 2010

Gambar2 update..


























kat atas adalah gambar ayam teman yg sempat teman uploadkan.. lama betul nak upload nie.. tapi takpelah untuk tatapan umum.. ada yg paling teman sayang sekali adalah ayam arab bulu balik yg sangat unik.. dah lah ayam arab pastu bulu balik pulak tu.. ayam ini akan teman kacukkan dengan ayam bulu balik biasa yg teman letakkan gambar tu.. tah mengapa.. teman minat betul ngan ayam bulu balik..

Ada satu gambar mengenai taji ayam jantan yang dah cukup matang untuk dijadikan induk.. tu dah dekat seinci tu.. dah memang sangat sesuai untuk dijadikan induk.. biasanya berat ayam dalam usia ini adalah 2 kilo.

Gambar kat atas sekali pula adalah reban teman yg baru didirikan.. baru siap 22 buah kerangka n bumbung.. ada lagi 28 nak disiapkan.. kerja sorang2 tulah jadinya.. nanti belah bawah dia teman bubuh jaring dan buat pintu dan tingkap dibelakang untuk memudahkan kita mengambil telur setiap hari. Insyallah hujung bulan ini akan berfungsi sepenuhnya.. Selamat mencuci mata..

Isu isu semasa..

Salam,
tajuk:

Menteri berkenaan terkejut dengan lambakan pekerja asing di bandaraya pada musim cuti?

Hehe tersenyum kambing teman bila terbaca berita ini. Macam tak percaya perkataan seperti ini boleh keluar dari mulut seorang menteri. Bukan teman nak mengata atau bermain politik tapi teman terpikir yg sejauh mana kebolehan kementerian ini merencana negara dalam bab yg dipertanggungjawwabkan. Yg teman tulis ini bukanya nak mengutuk tapi lebih kepada kritikan biasa oleh rakyat biasa hehehe..

Sebenarnya gejala pendatang asing ini bukanya boleh dipandang mudah. Dan kalau kita berbangga dengan ekonomi kita yang sedang berkembang dan menjadi tarikan kepada pendatang asing untuk mencari rezeki.. kita sebenarnya salah. Negara kita sememngnya membuka peluang kepada rakyatnya untuk mencari rezeki dari sekecil2 sumber kepada sebesar nikmat.

Namun fenomena kebanjiran warga asing ini berpunca dari kurang perhatian yang diberi oelh pihak berwajib terhadap "kepala" yg mengaut keuntungan cepat untuk membawa masuk pendatang asing ini. Kalau secara bersendirian, pekerja asing nie tak mampu atau tak pandai untuk datang kenegara ini untuk bekerja. Kepala2 ini didalangi oleh kedua negara (dari Malaysia dan Dari negara asal pekerja ini) untuk memujuk rakyat negara tersebut untuk datang ke Malaysia untuk bekerja. MEREKA Dijanjikan pelbagai habuan termasuk gaji mencecah RM 2500 sebulan dengan kerja dikawsan kerja yang berhawa dingin dan berkoperat. Untuk pengatahuan pembaca sekalian, teman dah banyak kali "deal" atau layan pekerja warga asing ini termasuk semasa bekerja di Kedai makanan segera sebelum ini. Banyak yg nangis menceritakan masalah mereka..


Kalau anda fikir yg dorang datang ini berlenggang yanpa sebarang kos anda silap. Biasanya mereka perlu membayar kos untuk masuk kesini antara 6 ribu sehingga 12 ribu ikut kos yang ditetapkan. Bagi kita Harga yg sikenakan mungkin tak seberapa tetapi bagi mereka, mungkin mereka terpaksa meminjam dari sanak saudara, bergadai dan menjual tanah pusaka. arapan mereka dengan bekerja sekurangnya 3 tahun disini mereka mampu menebus balik pelaburan mereka dan meningatkan mutu hidup sekeluarga.

namun apabila sampai ke Malaysia, macam2 masalah dihadapi termasuk ditinggalkan tak bertali dan tidak dijaga kebajikan mereka. Ada yg tidak mendapat kerja langsung dan ada yg terpaksa kerja diladang2 dengan gaji murah. Kadang2 sampai 3-5 bulan bekerja tanpa gaji kerana kononnya nak tenus balik kos yg majikannya kena keluarkan untuk membayar kepada agen. Kalau kita fikir agen kita yg jahat atau durjana, tetapi yg terlibat juga adalah mamat dari geng dorang sendiri, Ada kes yg teman pernah menumbuk dan memijak sorang ajen bangla pekerja sementara teman yang mengcharge RM 2500 untuk memperbaruhui permit mereka.. permit tau bukannya pasport..pastu delay samapi 3 bulan tapi tak siap2 lagi.. bila datang nak bawak permit katanya kena tambah 1500 lagi pasal ada masalah kat atasan.. mengelabah pekerja teman dan siap kena ugut lagi ngan ajen.. Teman tgk dari jauh..

Bila dah bayar teman cek permit tu dan tgk pada sianran ungu lampu suluh teman.. ternyata palsu..(teman ada lampu ini masa kerja pizza dulu).. terus teman tarik mamat bangla tu dan kena beberapa das.. terbaring jugalah atas lantai tanah dengan lumpur.. Dah puas teman kerjakan teamn mintak balik duit bebudak tu dan dah dapat duit balik baru teman sedar yg isteri mamat bangla tu ada dalam kereta. Isteri dia (org melayu kita pulak tu) menangis ketakutan dan memapah laki dia balik.. terus tak dengar cerita mamat tu kat area kampung teman..

Last teman hantar pi kedutaan pekerja sementara teman tu(bebudak bangla yg teman jumpa bertenggek tepi jalan kelaparan dulu) untuk urusan selanjutnya.. dengan bekalan rm 2000 sorang hasil kerja dengan teman.. tah tak tahu apa citer dorang skang.. cian dorang pun manusia juga dan Sesama islam pulak..

So kesimpulanya kerajaan atau yg berwajib perlu buat satu makanisma untuk memburu kepala yg menyebabkan kebanjiran warga asing dinegara kita. kepala durjana inilah yg bertanggung jawab sebenarnya. Kalau kepala along genster tahap pun leh diburu kenapa kepala agen nie kita tak leh buru, Kalau yg agen ni tersungkur, teman yakin gejala ini tak akan timbul lagi dengan menghantar balik semua yg dah ada kat Malaysia. Jgn kita terlalu hina mereka kerana berada di Malaysia kerana kebanyakakan mereka adalah mangsa.. sekurannya kita membantu dengan melapurkan kepada penguat kuasa agar datang menhantar mereka balik walupun mereka enggan(sbb duit dah byk abis tapi pulangan kerja tak dapat lagi).

Musim kemarau

Berita mula menceritakan kemarau yg akan melanda negara sehingga April ini. Anggaran kita akan terus kepanasan sehingga 2 bulan lagi dengan tahap air akan menurun di takungan air seluruh negara. Tiada yg teman risaukan dari krisis takde air beberapa tahun dahulu akan berulang kembali dan kebakaran belukar menjadi. Pihak bomba ternyata terpaksa bekerja keras untuk memadamkan kebakaran kecil. Teman kerap melihat bomba masuk kekampung reban teman sbb semak byk terbakar.

Yg menternak pula perlu berjaga2 dengan ksihatan ternakan anda, periksa bekalan minuman ternakan anda sekerap mungkin, jgn sampai air minum kekeringan.. Perhatikan mulut ayam dgn tanda tercungap2 kerana kepanasan .. kalau terlalau panas, tambah net orked diatas kepingan atap zink anda untuk mengurangkan selaran matahari. atau rajin2 menyembur air diatas reban untuk menyejukkan sedikit reban..

Tambah glokosa atau minuman anti stress kepada ayam anda sekerap mungkin atau terus menerus selama 3 hari untuk membantu ayam anda mengharungi musim panas. Bersihkan reban agar ayam lebih selesa. Pastikan reban ada ada cukup ruang untuk berteduk terutama pasa waktu tengah hari. paling tidak pun tambah net orked dibeberapa bahagian reban untuk ayam berteduh..

Untuk pemilik ladang yg bekerja diladang seharian pastikan anda minum banyak air dan menggunakan topi untuk melindungi diri anda rai cahaya matahari. Kadang kala kita tak sedar yg kita sedang dalam keadaan strok haba sehinggaka tetiba kita reban tak sedarkan diri.. petanda awal adalah kita rase dahaga yg amat sangat walaupun dah byk minum air, kulit rase terbakar dan jantung berdegup laju..

itu sahaja nukilan ari nie..

16 February 2010

Untuk penternak baru..

Salam,

Banyak pula yang teman tulis ari nie.. Nak elakkan teman mendapat sms tanya sbb nape teman lama mendiamkan diri. Terima kasih kepada yang sudi mengambil berat dan bertanyakan khabar kenapa teman lama tak menulis..

Mungkin yang sedang membaca ini sedang merangka untuk menternak ayam kampung ini. wang mungkin ada atau sedang menunggu pinjamaan yang diminta. Tak kisahlah dari mana sumber modal anda samaada kecil atau besar..

Tips untuk penternak yang tersangat lah baru atau belum pernah menternak..

1. mulakan dengan melawat reban yang telah mulakan perniagaan ini. Cuba ambil gambar part yang menarik dan membuat sedikit catatan tentang penternakan ini.

2. Bina reban anda sendiri dengan kos yang murah dan hanya cukup untuk menempatkan 50 ekor ayam dahulu.

3. anda mulakan memasukkan induk ayam dan menternak paling kurang 2-3 bulan.

4. buat nota atau catatan harian untuk rujukan anda seharian.

5. mengumpulkan telur dan memasukkan dalam incubator.

6. cuba ternak anak ayam yang dikeluaran dari uncubator dan cuba menjaganya sehingga berusia 3-4 bulan(tempoh selamat anak ayam)

7. mencari pasaran atau kaedah penjualan yang baik dan membina jaringan penternak dengan penternak sedia ada.

8. Jika anda pasti yang anda mampu melaksananakannya, anda mulakan dengan membina reban seterusnya dengan kos tidak melebihi 40%dari jumlah modal anda.

9. mengumpul benih dan induk untuk penternakan anda.

10. buat target untuk jualan bulanan anda dan mulakan dengan mengikuti target ini.

11. jgn risau sekiranya anda tak dapat memenuhi target atau permintaan yang terlalu tinggi kerana anda perlu berusaha untuk mengatasinya.

12. hasil jualan yang ada terima sisimpan terlebih dahulu untuk tempoh masa yang anda tentukan.

13. buat analisa risiko seperti serangan penyakit dan wabak dan masalah bencana alam..

14. pastikan anda mempunyai backup simpanan wang sekiranya kecelakaan menimpa ternakan anda.

15. akhir sekali, jgn sesekali mengandakan ternakan anda dengan menggunkan semua keuntungan anda semata2 untuk menambahkan ternakan sehingga tiada wang yang berbaki. Ini kerana kalau ada kegagalan dalan bacth anda sekarang, ada kemungkinan anda akan gagal terus dalam penternakan anda akibat kekurangan modal.


Bagi yang dah menternak secara kecil2an sekarang, anda boleh membuat pinjaman bank atau mengeluarkan wang simpanan anda untuk mengembangkan ternakan kerana anda sudah ada kemahiran mengurus reban anda,

apa2 pun kebijaksanaan kita penting untuk memastikan ternakan kita berjaya dan perniagaan berkembang maju. elakkan sikap tamak serta mengejar keuntungan semata2..
selamat menternak..

Ramai dan semakin ramai..

Salam,

Teman tumpang gembira dengan kehadiran semakin ramai peminat ayam kampung asli yang ternyata lebih lazat, berkhasiat dan kurang lemak sekarang. Kalau dulu ayam kampung ini hanya layak menduduki rumah2 kampung atau diternak bebasr dipinggir kampung dan tak mendapat perhatian langsung oleh penternak. Sekarang ayam ini menjadi buruan penternak baru atau yg dah menternak untuk menjadikan salah satu sumber pendapatan sekarang.

ayam kampung dahulunya digelar ayam kelas kedua atau ayam yang hanya dimakan oleh penduduk luar bandar yang berpendapatan rendah kerana tak mampu untuk membeli ayam daging dipasar. Ayam ini akan disembelih untuk dimakan atau hanya apabila ada perayaan dan hari besar tertentu. Dengan penjagaan yang kurang tepat dan mengamalkan konsep lepas dan ternak tanpa kos yang tinggi, ayam kampung ini kurang mempu membiak dengan baik dan menjana pendapatan kepada penternak.

Ayam hanya diberi makan lebihan sisa rumah dan sekali sekala dengan jagung atau dedak murah. Anak ayam dihasilkan dengan kaedah pengeraman tradisioanal dan hanya dijaga oelh ibunya sediri. Pada kebiasanya hanya sedikit sahaja yang berjaya membesar dengan baik dengan jagaan ibunya.

Kini dengan adanya sistem penternakan yang lebih baik disamping bantuan teknologi Incubator dan perhatian yang diberikan.. ayam kampung mula mampu dibesarkan serta dikembang biakkan. Dan dengan kesungguhan anda semua memungkin ternakan ini dimajukan, lahirlah minat dan pengetahuan baru tentang ayam kampung ini. Anda sendiri arif dengan gaya hidup ayam kampung ini yang agak sukar untuk diternak secara komersial seperti ayam daging berikutan keperluan yang tersendiri dan jumlah benih telur yang dihasilkan agak rendah. Namun kerana harga serta khasiat yang ada menyebabkan ramai penternak termasuk teman muncubanya juga.

Harapan teman nanti ayam kampung asli lebih mudah didapati dipasaran dan orang ramai mampu menikmatan kelazatanya rasanya. dan mungkin suatu hari nanti, orang kampung yang sekarang ini berpendapatan kurang dari 300 sebulan boleh menjangkau pendapatn RM 3000 dengan hanya menternak ayam kampung asli yang sangat biasa bagi mereka. Sama2 kita doakan..

Cerita 2-3 hari yg lalu..

Salam,

Hari jumaat aritu , reban teman dikunjungi oleh mat saleh dari syarikat Innovative Control Solutions yang bertapak di Australia. Nama mamat nie Miroslav kostecki.. datang untuk berbincang perkara tentang incubator dan penternakan ayam kampung asli yang teman ada. Antara persetujuan yang dilakukan adalah untuk bekerja sama dengan pihak MARA untuk bekerja sama dengan syarikat ini meng"supply" set incubator "simple" teman kepada skolah MRSM diseluruh negara dan menjadi tugusan kepada pelajar tahun akhir(form 5) untuk mengautomasi incubator teman. satu peluang yg mengembirakan teman. Turut hadir dalam kunjungan ini adalah pegawai yg mungkin akan membawa cadangan ini ketengah nanti.

Kemudian pada hari Sabtu keesokanya, teman dikunjungi keluarga untuk bersantai dan melawat. Satu lagi keseronokkan untuk teman dengan lawatan yang mengembirakan ini. Dan pada hari Ahad teman menjalankan kerja merobohkan reban dibelakang rumah memandangkan ada jiran baru yang baru masuk. Reban kecil ini teman parking kat dapur umah sebelah hehehe.. dah masuk umah orang kenalah robohkan balik sbb dulu lama takde org sewa umah sebelah ini.

Dan semalam(isnin) teman ajak kedua2 keluarga dari keluarga teman dan keluarga menantu berkelah di sungai bukit Belacan atau nama barunya pusat rekriasi Ampang. Seronok bercuti diwaktu ini disamping keluarga tersayang. Mandi air yang sejuk dan dingin walaupun bilangan pengunjung tersangat ramai. Paling tidak dapat memenuhi permintaan Isteri teman untuk berendam dalam air sejuk dimana2 air terjun atau sungai.

Dan ini juga pelung teman menunjukan skill membuat BBQ stick kambing dan ayam bakar. Bahan diperam semalamam sebelum bertolak. Pulang dari berkelah, teman singgah ke Hospital Ampang Putri untuk melawat anak saudara yang diserang Denggi. Apa yg teman terkejut adalah kos bilik rawatan(wad) disini adalah RM 350 semalam lengkap dengan bilik air dan TV berkabel.. Huhuhu.. tu belum kos rawatan lagi tu..

Dan ari nie? berada dalam reban disamping menyambung kerja2 yg belum siap..

Diberhentikan kerja.. Adakah aku dah gagal?

Salam,

Sememangnya tak semua pekerja bernasib baik untuk meneruskan perjalanan hidup mereka didalam sesebuah syarikat atau badan. Kadangkala kita akn hadapi masalah dalam pekerjaan kita seperti diberhentikan, terpaksa berhenti dan berhenti tanpa rela. Kesemua ini sememangnya bukanlah kemahuan kita sebagai pekerja. Siapa mahu mata pencarian untuk memebesarkan keluarga saban tahun sebelum ini, secara tiba2 hilang dan tiada lagi untuk dibelanjakan. Hati mula resah, gelabah dan kekadang sampai mahu menjerit sekuat hati kerana tekanan yang dialaminya. Tak kurang juga yang terpaksa berhenti dari syarikat sendiri kerana kegagalan untuk hidup dalam dunia perniagaan yg ada lakukan.

Sekiranya anda berada dalam masalah ini atau bakal menghadapai masalah ini, teman nak bagi beberapa tips untuk anda. Tips ini bukannya jaminan untuk kejayaan anda untuk bangun kembali tetapi lebih kepada sedikit bantuan atau cara nak melegakan hati anda yang telah rungsing sekarang.

Sekiranya anda mempunyai gaji atau pendapatan diantara RM2000-3000 sebulan, sudah pastinya apabila anda tersepit dalam masalah ini, anda akan rasa sangat terseksa. Biasanya kalau mereka yang berpendapatan sebegini memerlukan separuh dari gaji bulanan untuk membayar ansuran kehidupan. Ansuran termasuklah bayaran kabel tv berbayar, kereta(mungkin 2 biji), rumah, bayaran elektrik, ansuran pinjaman lain, bayaran keperluan sekolah anak, bayaran pinjaman itu dan ini. Sekiranya anda diberhentikan kerja atau dibuang atas sebab yg anda sendiri yang tahu, anda semestinya merasa sangat tertekan sekali untuk memastikan bayaran 'wajib' setiap bulan dapat dipenuhi. Perkara ini biasa lah sbb life style skang yg menyebabkan wang gaji kita telah habis dulu walaupun belum lagi gaji sbb bayaran tetap yg perlu dilakukan setiap bulan. So apa yg perlu anda buat?

Untuk pertama kali, anda perlu sit down dengan pasangan anda dan melakukan sedikit mesyuarat keluarga untuk merancang balik perbelanjaan anda. Jgn libatkan emosi anda dalam perbincangan anda. Sejukkan hati dahulu dan lapangkan fikiran. Anda perlu bincangkan dengan menyenaraikan semua perbelanjaan bulanan anda setiap bulan termasuk benda2 yg sangat kecil yg tak pernah anda pedulikan sebelum ini.

Kemudian, anda tanda perbelanjaan yang anda rase tak diperlukan sekarang memandangkan anda sudah tersepit sekarang, seperti tv berbayar,(walaupun hanya 100-200 sebulan namun ia cukup membebankan), bayaran yuran untuk gim atau sebagainya yg kurang perlu, mengurangkan jumlah kereta, menggunakan motor untuk beberapa bulan pertama ini bagi menjimatkan minyak, mengelakkan semua jenis bayaran untuk hiburan atau keseronokkan anda, memastikan tiada bayaran yg tidak perlu dilakukan dan potong semua perbelanjaan anda yg boleh dijimatkan seperti makan diluar atau membeli barang dalam jumlah yg banyak.

Sesudah itu, anda totalkan semua perbelanjaan anda yang tinggal. teman yakin ianya tak melebihi jumlah yg merisaukan anda sebelum ini. Tampalkan jumlah ini beserta datanya sekali diruang yang anda mudah lihat terutama dibahagian dapur. Pastikan anda menanamkan displin yg tinggi untuk memenuhinya memandangkan poket anda sedang nazak sekarang.

Perkara yg seterusnya adalah untuk mencari pendapatan baru untuk anda terus hidup. Perlu diingatkan yg anda memerlukan mungkin 2-3 bulan sebelum berjaya dalam temuduga pekerjaan baru anda atau dipanggil untuk mula bekerja.

Jika semunya manjadi semakin sukar untuk anda, sudah tibanya masa berhijrah.. sekiranya kerja anda sebelum ini membolehkan anda untuk menjana pendapatan tambahan dengan kerja sambilan, anda boleh melakukannya dahulu.. dan sekiranya sebaliknya, anda perlu mencari bidang baru yang lebih menjamin. Salah satu cara yg boleh anda lakukan adalah dengan perniagaan internet.

Untuk melakukan perkara yg baru selain perkara atau kerja yg biasa anda lakukan bertahun2 sebelum ini sememangnya amat sukar. Namun dgn keadaan mendesak ini, anda terpaksa melakukanya. Mungkin anda boleh melakukan perniagaan trading seperti menjadi orang tengah bagi memasarkan barangan oleh yg dikeluarkan pemilik yg kurang daya saing atau kurang berpengalaman, Sebagai contoh,

1. pembuat barangan perhiasan yang yg hanya mengharapkan pemborong atau kedai kecilnya untuk jualan-anda ambil peluang dengan meluaskan pemasaran dengan memasukkan didalm internet atau aktif mempromosi barangn tersebut.

2. pengusaha ternakan kecilan- anda menjadi orang tengah untuk mencari pelanggan

3. Pembekal barangan keperluan yang mengharapkan satu2 iklan didalam internet -anda membuat perjanjian dan menyebarkan dengan jaringan anda dipasaran.

Ataupun anda boleh membuat produk anda sendiri dengan produk makanan atau minuman dan anda pasarkan sendiri. (tapi jgn sempitkan diri dengan menjual nasi lemak berderet ditepi jalan yg sama) Atau anda boleh menggunakan kemasihan yg anda anda untuk mencari barangan yg sangat sukar didapati dipasaran dan menjualnya seperti produk halal yg dipelopori oleh bukan islam.

Semua ini memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi dari anda. Cara terbaik adalah dengan mengelakkan anda meminjam dari dari sumbar kenalan anda dengan jumlah yang banyak untuk anda memulakan perniagaan. Ini kerana anda perlu memulakan dari mula dengan sumber yang anda ada. dari sini anda mula menjana pendapatan secara perlahan, Biarkah anda terpaksa mengikat perut kerana untuk yang sedikit. Yang penting adalah displin yang anda tanamkan. Untuk yang diperolehi digunakan untuk meningkatkan hasil jualan dan mengembangkanya dari hari kehari.

Sebagai contoh kalau anda berniaga gorang pisang ditepi jalan(contoh sahaja yek).. anda mulakan dengan menggunakan meja yg ada dalam rumah anda serta perkakasan yg sudah siap ada. Jumlah untuk modal yg diperlukan hanya membeli pisang dan tepung serta barang sampingan untuk mengoreng, kalau nasib dan cuaca baik anda boleh mendapat RM 80 kasar pada hari tersebut. kos yang terlibat mungkin dalam RM 40 sahaja. Anda simpan wang ini atau melakukan perbelanjaan hanya RM 10 sahaja. Anda teruskan perniagaan kerana ada masanya anda. Cuba untuk mengira jumlah keuntungan mengikut minggu atau yang lebih baik dalam untuk bulanan. Dari sini anda dapat melihat berapakah pendapatan bulan anda. Terukan berniaga sehingga ada mempunyai simpanan yang cukup untuk melakukan perniagan lain atau mengandakan jumlah gerai jualan anda. Satu tips yang terbaik adalah jgn terlalu kuat berbelanja wang yang anda perolehi. Yang terbaik adalah dengan berdakit secara sedikit2 dan memastikan wang cairan yang mencukupi.

sememangnya tiada siapa yang mahu berada dalam keadaan seperti ini. Namun sekiranya anda berada dalam masalah ini, anda perlu tabah demi meneruskan hidup. Tiada yang lebih baik daripada sumber pendapatan dari titip peluh anda sendiri berbanding hidup terseksa kerana mengharapkan simpati sendiri. Selagi ada kudrat dalam diri teruskan berusaha untuk manjana wang,ini kerana semua benda yang berada dalam persekitaran anda boleh manjana wang. Jgn tamak dengan skim yang manjanjikan pengganda wang atau perniagaan yang menjanjikan keuntungan besar dalam sekelip mata. Sukar untuk dipercayai yg ada benda yang halal boleh mengkayakan anda dalam sekelip mata. Jgn berhenti berdoa dan sentiasa ikhlas dalam menjalankan pernigaan anda atau pekerjaan baru anda.

14 February 2010

update reban..

Salam, reban dah siap 15 biji.. nak siapkan lagi 35 biji huhuhu..
gambar nanti..

11 February 2010

Bidang baru..

Salam semua,

teman sebenarnya ada mencuba untuk bercucuk tanam sebelum ini. Dari jagung, serai, kangkung bayam dan sebagainya sehingga pokok limau kasturi dan nipis. Dan dalam percubaan teman tu, teman yakin yg teman nie kurang sabar sebenarnya untuk menguruskan tanaman. Ini kerana jiwa teman tak sesuai untuk menanam kerana bagi teman, pokok2 ini walaupun bernyawa tetapi kurang aktif atau kurang bergerak2 macam ternakan. SO teman berhentikan usaha teman untuk bernudi kepada tanah kerana teman cepat bosan dengan tanaman.

Kalau bab ternakan pula, peluang bermain, melihat telatah dan gelagat ternakan menghiburkan hati teman. Teman rase lebih dekat dan boleh berada lama di reban. Bukan apa. teman paham yg setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2. Hanya kita sahaja yg tahu kelebihan dan kemampunan masing2 kan?.

teman sebenarnya ada keinginan nak menternak rabbit dari skolah lagi. Masa skolah, teman banyak membela Hamster dan beberapa pet lain walaupun sibuk belajar. Masa teman mengorat Org umah dulu pun bermodalkan Rabbit juga lah.. teman hadiahkan haiwan ini untuk menarik minat dia hehehe..

So sekarang nie, dan mungkin selepas reban teman siap.. teman nak mulakan penternakan arnab ini. Arnab pilihan teman mungkilan arnab kampung atau arnab kampung kacuk yg ada sedikit rupa.. dan mungkin teman nak beli beberapa ekor arnab mahal untuk dijadikan induk..

Kalau ditanya sebab mengapa bela yg kampung punya.. jawapannya mudah sahaja.. teman suka yg biasa2 sahaja mudah diselengara.. takut nanti kalau bela yg mahal2 kita termegah diri pula hehehe.. maklumlah.. org biasa, bela pun yg biasa sahaja kan..

tulah, harap2 terdirilah reban arnab teman nantikan..

09 February 2010

huyoo..



nie ayam apa lak nie..

Penafian:

Salam,

Teman nak beritahu yang Citypull bukannya satu organisasi atau badan profesional yg memberi nasihat dan bimbingan ditahap pro. Citypull juga bukannya mana2 badan kerajaan atau NGO yg menjalankan perniagaan atas naungan sesiapa. Kami hanya penternak biasa seperti anda yang mahu berkongsi pengalaman serta sedikit pengetahuan yg kami ada.

Sekiranya anda dapati mana2 maklumat didalam blog ini yang kurang tepat, kami tidak akan bertanggungjawab kerana ianya datang sediri dari pemerhatian kami dan pengalaman kami direban. Sejauh mana kebenaran dan keberkesanan teknik yg kami rungkaikan perlu anda pikirkan demi menyesuaikan dengan reban anda sendiri. ada kemungkinan cara yg teman gunakan tidak sesuai dengan persekitaran anda.

Kami juga tidak akan melayan sebarang bentuk tuntutan dari pengikut blog yg ingin khidmat nasihat dari kami secara paksa atau mengaggap kami sebagai badan kerajaan yg boleh dimarahi atau dicemuh sekiranya gagal membantu anda. Kami hanya penternak biasa yang sudah terikat dengan jadual reban kami sendiri dan mempunyi tanggungjawab terhadap keluarga. Ada kemungkinan kami tidak mampu melayan permintaan anda kerana kesibukkan atau urusan yg tak dapat dielakkan. Kalau boleh janganlah melayan kami seperti kami ini bekerja makan gaji dan diupah oleh kerajaan untuk membantu anda.

Sememangnya kami tidak mendapat apa2 upah serta, pertolongan yang kami berikan adalah ikhlas dari sanubari. Cuma yang kami minta adalah sedikit kesopanan ketika menghubungi berikutan kami melakukanya secara sukarela. Tiada keuntungan yg dikejar dari kerja bantuan sebegini dan harapan kami anda semua berjaya dengan ternakan masing2.

Lebih baik sekiranya kita berbual perkara yg berkaitan tentang cara mengembangkan ilmu mahupun teknik terbaru untuk dikongsikan bersama semasa teman menulis blog ini. Dengan ssdikit tulisan dari blog ini mungkin dapat membantu anda dalam menjalankan aktiviti menternak. Sekian..

Cara mendapat RM 8000-10,000 sebulan (kasar)

Salam,

Kita ada melihat penternak ayam daging dalam link blog teman, pendapatanya tak dapat disangkalkan lagi dan teman yakin kejayaaan yg dikecapi sekarang bukannya datang bergolek. Kita dapat lihat walaupun beliau dapat memecahkan benteng org bukan melayu dalam menternak ayam pedanging nie, namun beliau tak pernah lepas dari pelbagai dugaan. dan apa yg teman perhatikan, keimanan serta kesungguhan beliau menjadi kunci kenikmatan yg diperolehi sekarang..

dan teman sebenarnya sedang cuba untuk membuka satu bidang baru mengenai ayam ini. jika kita tiada modal besar serta 'kawan' yg sanggup membantu seperti beliau, kita mungkin boleh menceburi ternakan baru yg pada mulanya dianggap kurang sesuai untuk diternak iaitu ayam kampung asli. Semamangnya pada mula ayam kampung ini menjadi mimpi ngeri apabila tempoh masa untuk menternaknya terlalu panjang disamping stok bekalan benihnya yg sangat terhad. Walaupun ayam ini tinggi permintaanya, konsep penternakan model kurang sesuai berikutan tabiat asalnya serta kebolehbiakan yang sangat rendah..

Itu dulu, dengan adanya teknologi Incubator serta penjagaan yang betul, kini ternakan ini seolah seperti hanpir tidak mustahil untuk diternak. Semuanya bermula apabial teman sendiri terseksa untuk membeli ayam ini dipasar mahupun diperkarangan rumah orang kampung kerana jumlahnya yg sangat terhad dan kurang diternak secara komersial. Dengan itu teman cuba memperjuangkan ternakan ini dari masa ke semasa dengan aktif mengajar serta memberi tips untuk anda menternak. Sememangnya tiada cara khas untuk anda menternak dan anda akan melihat banyak cara yg dipraktikkan sekarang. Namun apa yg penting adalah bagaimana kita memenuhi segala keperluan ayam ini untuk membenarkanya membesar dengan jayanya sebelum dijual.

Persoalan adalah anda mampu menjana pendapatan sehingga RM 10 k dengan hanya menternak ayam kampung asli ini? Butiran yg telah teman rangka adalah seperti dibawah dan ianya datang dari pengalaman teman sediri menternak lebih dari setahun..

Jika kita mahukan jualan ternakan kita melebihi RM 10k setiap bulan, kita perlu mempunyai jumlah ayam yg mahu dijual melebihi 500 ekor dalam masa sebulan. Ini bermaksud kita perlu ada sekurangnya 3 ribu ayam didalam reban dari usia sebulan sehingga 6 bulan berikutan tempoh pembesaran yang lambat.Jumlah 3 ribu tidaklah sebanyak yg disangka kerana anak ayam berada dalam 6 peringkat dari kecil hingga matang. Ayam perlu dijual apabila mencecah usia matang dan pemilihan beberapa ekor ayam untuk dijadikan pelapis induk yang sudah melebihi had umur didalam reban. ayam pencen tadi juga masih mempunyai harga sekiranya anda tahu dimana nak dijual.

Dengan 500 ekor ayam yg anda jual pada setiap bulan, pastikan jumlah purata bagi setiap ayam berada dalam lingkungan 1.3 kilo. Dengan harga RM 15 sekilo, jumlah harga purata bagi setiap ekor yg anda jual adalah rm 19.50 +- RM 20 seekor. Dan sekiranya anda menjual dalam lingkungan 500 ekor, jualan bersih anda berada dalam lingkungan RM 20 X 500 ekor : RM 10,000. Kos kasar anda adalah melibatkan benih, makanan dan perubatan disamping menolak sedikit susut nilai reban anda untuk setiap kali pusingan.

Kos kasar jika anda menghasilkan sendiri benih adalah dalam lingkungan RM 0.60 seekor dan kos makanan adalah mengikut kebijaksanaan anda memandangkan kita menternak ayam kampung asli yg boleh makan apasahaja dikeliling anda. Sekiranya anda pandai mengira kandungan nutrisi dan sedikit pakai dalam mengoleh bahan sekiling anda, teman yakin kos sebenar makanan adalah dalam lingkungan 4-5 ringgit seekor.

Dan sekiranya jumlah kos kasar bagi seekor ayam adalah RM 6, untung kasar kita adalah dalam lingkungan: RM 10k - RM 3k: RM 7000. Sekiranya kita melakukan penternakan secara bijak dengan memastikan pengeluaran ayam jenis ini berterusan setiap bulan dengan sedikit buffer jika berlaku kematian, anda mempu memperolehi pendapatn dalam lingkunagn RM 7000 setiap bulan. Jumlah pendapatan ini sudah teman anggap tinggi berikutan 90% penduduk melayu dimalaysia mempunyai pendapatan bulanan dibawah RM 5k setiap bulan. Jika anda melepasi garisan ini anda sudah berada dalam kelompok yg berpendapatan sederhana iaitu pendapatan melebihi 60 ribu setahun.

So apa yg anda perlukan untuk mendapat pendapatan sebegini?

Pertama anda perlu mendapatkan bekalan anak ayam secara berterusan serta mempunyai cara terbaik untuk menternak anak ayam terutama pada usia dibawah 1 bulan. Setiap ekor adalah satu unit saham pelaburan anda dan perlu ditangani dengan bijak. jgn ada sikap "tak apa" dalam penternakan anda kerana disinilah segala kerugian akan berbunga. Jika gagal mendapatkan bekalan, anda perlu setup pusat penetas anda sendiri dengan kapasiti keluaran anak ayam sebanyak 500 ekor sebulan. kemudian anda perlu membina brooder yg sesuai dan terlindung dari segala masalah dan ancaman. Pastikan anak ayam selesa dan membesar dengan baik. Kalau perlu, pelihara anak ayam ini dalam bangunan atau bilik yg berpengudaraan luas dan design brooder anda dengan lantai jaring supaya najis anak ayam ini mudah dibersihkan setiap hari. Lapik penampung najis perlu mudah dinuka supaya kerja pembersihan dapat dijalankan.

Anak ayam yg berusia 1 bulan dipindahkan kereban asuhan anak ayam dan ditempatkan disini sehingga mencecah usia 3 bulan. Dari sini anda pindahkan keraban asuhan tanah dimana anak ayam mula merasi tanah dikakinya. Ayam tetap dikurung sehingga berusia 6 bulan dengan maksud terkwaal sepenuhnya. Anak ayam juga memeperolehi kenikmatan untuk mandi tanah serta berjemur dibawah matahari serta menikmati keenakkan tanaman rumput segar. Pada usia 6 bulan barulah proses pemilihan dilakukan dan calon terbaik untuk induk diasingkan sebelum yg lain dijual sebagai jualan daging.

Aspek pemasaran pula, anda hanya perlu memastikan anda mempu memasang "kaki" sekurangnya di 5 buah pasar siang dikawasan anda dengan kapasiti 100 ekor ayam disetiap pasar. Teman yakin jalan ayam hidup untuk ayam kampung ini mampu laris berikutan anda hanya menghantar 25 ekor ayam ini disetiap pasar pada setiap minggu (ada 5 pasarkan)dan mengulaginya pada setiap minggu dengan cara yg sama. Hanya perlu keluar seawwal pukul 5 pagi setiap hujung minggu untuk menghantar ternakan anda ke "kaki" dipasar 4 kali sebulan. Cara ini sangat mudah dan tak memerlukan banyak masa anda.

Anda juga boleh mengiklankan kepada penternak sedia ada yg sedang mencari calon baka untuk ternakan mereka. Kalau seorang perlukan antara 50-100 ekor baka baru setiap bulan dan terdapat puluhan penternak dikeliling anda, teman yakin ada kemungkinan ternakan anda tak sempatpun singgah kepasar.

Cuma teman nak nasihatkan agak jgn terlalu gelojoh dalam menternak terutama penternakan ayam kampung asli ini berikutan teknik dan tektik yg betul belum betul2 ditemui. Ada banyak faktor yg mengkengkang dari kita menternak secara puluhan ribu dalam satu2 reban. Aspek kesihatan ternakan juga terlalu lemah malah Incubator itu sendiri masih baru dikalangan penternak melayu sekarang.

Mulaan dari bawah secara bardakit2 dan bina empayer anda dari bawah. Kuatkan nama syarikat atau produk anda dan pastikan sentisa jujur dalam menjalankan perniagan. Modal pusingan dan cash cair perlu sentisa ada agar dapat mengembangkan perniagaan anda. Anda hanya boleh "enjoy" 25% sahaja dari keuntungan anda dan selebihnya untuk pusingan syarikat anda sendiri. So selamat mencuba sekiranya anda berminat..

Cara nak tahu ayam kita stress..

Salam,

perkara yg sering penternak ayam kampung asli terlupa adalah untuk mengetahui adakah ayam mereka dalam keadaan stress?. Kita biasanya melepas bebas ternakan kita atau membenarkan ayam ini untuk keluar pada siang hari dan hanya pulang apabila hari dah gelap. Tahukah anda, jika ternakan anda sentiasa berada dalam keadaan stress..ada kemungkinan ia boleh membawa maut.

Biasanya tanda2 stress ini dapat dilihat sekiranya ayam kita dalam keadaan yang kurang baik atau berada dalam keadaan minimum yg sesuai untuk ayam. Antara tanda ayam kita berada dalam keadaan tress adalah melalui kelaukuan mereka semasa direban seperti:

1. Ayam sentiasa dalam keadaan berjaga2 dimana sentiasa menegakkan kepala semasa makan untuk memerhatikan sekeliling( kalau ayam tak stress selamba je makan tak ingat dunia)

2. Ayam akan berterbangan lari sekiranya ada pergerakan yang mengejut seperti barang terjatuh atau hanyunan tangan yg tidak dirancang. Bermaksud ayam sangat peka atau dalam ketakutan.

3. melihat pergerakan ayam yg lebih suka berada ditempat tinggi atau tersorok walaupun diaktu siang dimana kebiasaanya mereka bebas merayap dipersekitaran reban.

4. Ayam kurang berselera untuk makan dan lebih gemar memerhatikan ayam lain makan terlebih dahulu.

5.Ayam sering dilihat tercungap2 bernafas kencang walaupun air disediakan mencukupi dan mengalami kemurungan.

Sekiranya anda mendapati ternakan anda berada dalam keadaan ini, ubatan untuk mengelakkan gejala stress berpanjangan perlu diberi seperti ubat anti stress. Ubat diberi pada ayam sehingga tanda2 ini hilang. Pastikan persekitaraan anda bersih dan ayam "gembira" berada dalam reban. Ubat anti stress mempunyai kandungan glokosa yg tinggi serta vitamin yg diperlukan oleh ayam bagi menghilangkan punca stress yg sedang dialami.

Antara punca stress adalah seperti:

1.Perubahan cuaca atau cuaca extrem yg melanda tempat anda seperti hujan lebat pertama setelah musim kemarau, hujan lebat dan cuaca sejuk pada waktu malam manakala cuaca panas terik diaktu siang atau sebaliknya dan lain2.

2. berlaku serangan pemangsa yang kerap direban anda samaada dari binatang ataupun manusia itu sendiri

3. Reban anda terletak terlalu hanpir dengan pencemaran bunyi atau pencemaran gegaran terutama diwaktu malam yg menyebabkan ayam kurang tidur dan mendapat rehat yg secukupnya.

4. Cahaya lampu yg terlalu terang pada waktu malam yg menyebabkan ayam kurang rehat kerana terlalu berjaga2.

5. Ayam yg baru sampai melalui perjalanan yg jauh.

6. sumber air yg kurang bersih atau terlalu banyak klorin.

7. Bilangan pejantan dan betina yg tidak seimbang menyebabkan pergaduhan merebut betina semasa mengawan kerap berlaku.

8. Kehadiran pelawat yg terlalu kerap juga mempengaruhi kadar stress ayam

9. Reban anda terlalu terbuka dan kurang tempat untuk berteduh melindungi dari cahaya panas.

10. Anda menukar makanan yg biasa diberi secara mengejut

11. Penggunaan vaksin kepada ayam ternakan.

Oleh itu pemerhatian yg baik serta kesedaran anda tentang penggunaan ubat anti stress mampu meningkatkan kadar hidup ternakan anda direban, barjaga2lah terutama ketika musim panas berpanjangan sekarang. Sedangkan kita sendiri kekadang rimas dengan cuaca panas ini inikanpula ternakan kita..

tarantuk lagi..

salam,

nie posting sikit je.. 3-4 bulan lepas ada seorang sahabat kita yg berkunjung ke reban teman, berbincang dan meminta pendapat tentang ternakan yg bakal dia ternak, orang Pahang dan masih mudah belia hendaknya. Teman jawab persoalan sebaik mungkin dan kekadang kurang pasti tentang jawapan untuk soalanya berikutan ternakan yg diternak berlainan dgn apa yg teman usahakan.

saudara kita ni sangat berminat dengan ternakan ayam kampung kacuk kerana mengatakan ternakan ayam kampung asli kurang mendapat sambutan dikawasanya. Dan bila teman tanya tentang kebolehan beliau sebelum ini menternak ayam kacuk serta memasarkannya, beliau menjaab dengan penuh keyakian. Oklah kalau macam tu ..

Semalam pagi2 lagi beliau dah call teman mengatakan yang beliau tengah mengelabah sekarang kerana ayam umur ayam direban sekarang dah mencecah 4 bulan dan ada yg dah mencapai berat 3 kilo. Beliau mintak teman tolong carikkan market kat sini memandangkan kat sana takde org yg sudi merembat ayamnya.. HUH!!

Teman rase teman tak dapat tolong sahabat kita nie berikutan ada beberapa sahabat rapat teman pun tengah terkial2 menjual ayam mereka. Sebenarnya sahabat kita sorang nie tersalah budget untuk menternak kerana merasakan ternakan yg ada sekarang sepatutnya sudah habis dijual dan sedang menternak bacth yg kedua. Bacth kedua yg dirancang akan digandakan jumlahnya sekiranyanya habis laku bacth yg pertama. Niat beliau tak mau amik untung langsung untuk bacth pertama dan menggunakanya untuk bacyh kedua supaya untung berganda. Namun nasib tak meyebelahi beliau kerana yg ada sekarang pun belum terjual lagi.

Teman nasihatkan agak beliau turun sendiri mambawa ayam yg ada dan duduk dipintu masuk pasar yg beliau fikirkan berpontensi, kalau kena saman dengan penguatkuasa, terima sahaja seadanya dan jgn putus asa, yg penting ayam dapat dijual. Kalau kurang laku, turunkan harga sehingga menarik perhatian orang ramai, buat papan tanda harga sebesar yg termampu agak org leh nampak dari jauh. Kalau beliau masih mahu menghantar ke area lembah kelang, penghantaran tersebut sudah menambahkan kos dan beliau perlu reban transit sementara mahu menjualnya kesini.

Entahlah, satu lagi nasib kita penternak melayu, teman nasihatkan dulu agak bela dalam 2-3 ratus ayam ini dahulu untuk melihat market dan pengurusannya dahulu. Namun beliau tetap dengan pendirian dan terus membeli 5000 ekor ayam ini. Lagi malang apabila separuh ternakannya mati pada usia dibawwawh 1 bulan dan yg tinggal kini pula tak mahu berhenti makan ..

Teman doakan agak beliau berjaya dan menjadikan ini sebagai satu azam baru untuk meneruskan kerjaya sebagai penternak.

Incubator terbaru.. nantikan kemunculannya..

Salam,

Lama sungguh tak pasang internet nie.. maklumlah biasanya teman kalau lepas kelas je mesti merehatkan minda paling kurang 2 hari. Taknak amik pusing langsung semua yg berbentuk ilmiah pasal biasanya otak dah jem.. Bukan mudah nak mengajar seharian suntuk tambahan teman yg sememngnya dikenali dengan pendiamnya direban.

Sekian lama berdampingan dengan ayam direban dan hanya berbual pada waktu malam ketika org umah balik dari kerja tetapnya, teman suka bersendiri dan melayan kerenah ayam direban. Kadang kala kita seolah dapat memahami keperluan ayam ini dengan hanya melihat telatah dan tingkah laku mereka. Kekadang ayam yg sakit datang perlahan2 kearah kita seolah2 meminta tolong untuk diubatkan. Hehehehe jgn anggap teman nie dah giler pulak yek? hehehe biasalah cakap2 org yg "opis"nya direban.

So, posting kali nie teman nak bagi tahu yang teman sebenarnya dah mereka satu incubator fully Auto Termasuk auto turner dimana anda tidak perlu memusingkan telur secara manual. Dah lama dah sebenarnya teman merekanya tetapi teman masih tercari2 bahan binaan yang paling mudah dan scepat untuk teman bina. Harganya? mestilah harga budget sahaja agar anda mampu memilikinya walaupun budget anda tak banyak.

Incubator yg teman cipta ini mungkin yang pertama seumpamanya didunia.. ye ke? hehehe tak tahulah teman agak sahaja sebab teman menggunakan teknik tarikan graviti terhadap jisim yang berubah2 beratnya. Kita boleh mengubah tempoh masa yang diperlukan serta kos pembuatanya sangat murah. Mungkin anda mampu untuk memiliki incubator bersaiz 300 biji yg fully Auto dengan harga dibawah RM500?? .. nantikanlah kemunculannya yek..

Teman dah mula guna benda nie secara sorok2 selama 2 bulan dan dah menetaskan dalam 70-80 ekor anak ayam untuk beberapa kali percubaan (hanya masuk 20 biji sahaja setiap kali teman test.. budget la tu). antara kelebihannya lain adalah rupanya sama seperti incubator lutsinar sekarang cuma terdapat 2 tingkat untuk telur. Alat pemusingnya sangat "basic" dan tidak melibatkan sebarang motor. Mungkin dengan harga peralatan tambahan ini yg murah ditambah dengan sedikit akal, kita dapat melahirkan sebuah incubator yg berbudget murah.

Namun teman belum bersedia untuk menjualnya sekarang memandangkan tempahan yg ada pun sudah cukup menekan teman, (tapi tetap bersyukur..) dan reban yg tak siap2 lagi hehehe.. Teman janji selepas sahaja reban teman berjaya didirikan serta berjalan dengan baik, teman akan keluarkan model jenis ini bagi penternak skala sederhana yang memerlukan incubator saiz sederhana barkapasiti 300 biji. Harapan teman, lebih ramai lagi penternak yg akan menggunakan incubator sehingga incubator ini bukan lagi "alat mewah" yg begitu asing kepada penternak. makin ramai yg guna incubator makin banyaklah benih anak ayam dipasaran kelak.. dan mungkin suatu hari nanti, ayam kampung asli(malaikai) lebih mudah ditemui dipasar pagi kawasan anda..

05 February 2010

anak ayam baru kuar.





Salam,

Ada sikt lagi gambar anak kuar dari incubator teman, saja 2 bagi tuan2 semua tengok.. Seronok juga dapat tengak anak ayam ini berlari2 dalam incubator tanpa perlu membuka pintunya. Kekadang kalau ada anak ayam yg baru menetas kita leh tahu dari bunyi dan pergerakkanya. Teman dah rase teman duk tengok aquarium pulak pasal tembus kedalam, kekadang rase tenang je hati(untuk org yg berminat la)..

Sempat jugak tu,





Salam,

tengah teman berpeluh2 buat incubator ni(sebenarnya takdelah sampai berpeluh hehe) teman sempat juga bertukang dalam 2 jam membina reban asuhan anak ayam bawah 2 bulan yang baru.

Reban ini cukup sempoi dan hanya men'cilok' sedikit ruang tepi rumah teman yang terlindung dari pancaran matahari terik pada waktu tengah hari dan hujan lebat yang melanda. Saja teman buat 3 tingkat dengan kayu setinggi 6 kaki. Cukup ringkas dan senang nak buat. Jaring yang berlubang terus sehingga kebawah memudahkan teman mencuci lantai simen dibawahnya saban hari.

So kalau ok je dalam sebulan ini, teman nak buat banyak2 sekeliling rumah teman hehehe.. so takdelah makan space dan senang taman nak pantai sebab leh tgk terus diparas mata.. kalau rase cam best buat lah satu macam nie kat tepi rumah yek.. (untuk anak ayam yg tak pakai lampu dah je)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails