Pages

Bidang baru..

Salam semua,

teman sebenarnya ada mencuba untuk bercucuk tanam sebelum ini. Dari jagung, serai, kangkung bayam dan sebagainya sehingga pokok limau kasturi dan nipis. Dan dalam percubaan teman tu, teman yakin yg teman nie kurang sabar sebenarnya untuk menguruskan tanaman. Ini kerana jiwa teman tak sesuai untuk menanam kerana bagi teman, pokok2 ini walaupun bernyawa tetapi kurang aktif atau kurang bergerak2 macam ternakan. SO teman berhentikan usaha teman untuk bernudi kepada tanah kerana teman cepat bosan dengan tanaman.

Kalau bab ternakan pula, peluang bermain, melihat telatah dan gelagat ternakan menghiburkan hati teman. Teman rase lebih dekat dan boleh berada lama di reban. Bukan apa. teman paham yg setiap org ada kelebihan dan kekurangan masing2. Hanya kita sahaja yg tahu kelebihan dan kemampunan masing2 kan?.

teman sebenarnya ada keinginan nak menternak rabbit dari skolah lagi. Masa skolah, teman banyak membela Hamster dan beberapa pet lain walaupun sibuk belajar. Masa teman mengorat Org umah dulu pun bermodalkan Rabbit juga lah.. teman hadiahkan haiwan ini untuk menarik minat dia hehehe..

So sekarang nie, dan mungkin selepas reban teman siap.. teman nak mulakan penternakan arnab ini. Arnab pilihan teman mungkilan arnab kampung atau arnab kampung kacuk yg ada sedikit rupa.. dan mungkin teman nak beli beberapa ekor arnab mahal untuk dijadikan induk..

Kalau ditanya sebab mengapa bela yg kampung punya.. jawapannya mudah sahaja.. teman suka yg biasa2 sahaja mudah diselengara.. takut nanti kalau bela yg mahal2 kita termegah diri pula hehehe.. maklumlah.. org biasa, bela pun yg biasa sahaja kan..

tulah, harap2 terdirilah reban arnab teman nantikan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram