tarantuk lagi..

salam,

nie posting sikit je.. 3-4 bulan lepas ada seorang sahabat kita yg berkunjung ke reban teman, berbincang dan meminta pendapat tentang ternakan yg bakal dia ternak, orang Pahang dan masih mudah belia hendaknya. Teman jawab persoalan sebaik mungkin dan kekadang kurang pasti tentang jawapan untuk soalanya berikutan ternakan yg diternak berlainan dgn apa yg teman usahakan.

saudara kita ni sangat berminat dengan ternakan ayam kampung kacuk kerana mengatakan ternakan ayam kampung asli kurang mendapat sambutan dikawasanya. Dan bila teman tanya tentang kebolehan beliau sebelum ini menternak ayam kacuk serta memasarkannya, beliau menjaab dengan penuh keyakian. Oklah kalau macam tu ..

Semalam pagi2 lagi beliau dah call teman mengatakan yang beliau tengah mengelabah sekarang kerana ayam umur ayam direban sekarang dah mencecah 4 bulan dan ada yg dah mencapai berat 3 kilo. Beliau mintak teman tolong carikkan market kat sini memandangkan kat sana takde org yg sudi merembat ayamnya.. HUH!!

Teman rase teman tak dapat tolong sahabat kita nie berikutan ada beberapa sahabat rapat teman pun tengah terkial2 menjual ayam mereka. Sebenarnya sahabat kita sorang nie tersalah budget untuk menternak kerana merasakan ternakan yg ada sekarang sepatutnya sudah habis dijual dan sedang menternak bacth yg kedua. Bacth kedua yg dirancang akan digandakan jumlahnya sekiranyanya habis laku bacth yg pertama. Niat beliau tak mau amik untung langsung untuk bacth pertama dan menggunakanya untuk bacyh kedua supaya untung berganda. Namun nasib tak meyebelahi beliau kerana yg ada sekarang pun belum terjual lagi.

Teman nasihatkan agak beliau turun sendiri mambawa ayam yg ada dan duduk dipintu masuk pasar yg beliau fikirkan berpontensi, kalau kena saman dengan penguatkuasa, terima sahaja seadanya dan jgn putus asa, yg penting ayam dapat dijual. Kalau kurang laku, turunkan harga sehingga menarik perhatian orang ramai, buat papan tanda harga sebesar yg termampu agak org leh nampak dari jauh. Kalau beliau masih mahu menghantar ke area lembah kelang, penghantaran tersebut sudah menambahkan kos dan beliau perlu reban transit sementara mahu menjualnya kesini.

Entahlah, satu lagi nasib kita penternak melayu, teman nasihatkan dulu agak bela dalam 2-3 ratus ayam ini dahulu untuk melihat market dan pengurusannya dahulu. Namun beliau tetap dengan pendirian dan terus membeli 5000 ekor ayam ini. Lagi malang apabila separuh ternakannya mati pada usia dibawwawh 1 bulan dan yg tinggal kini pula tak mahu berhenti makan ..

Teman doakan agak beliau berjaya dan menjadikan ini sebagai satu azam baru untuk meneruskan kerjaya sebagai penternak.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: