Isu isu semasa..

Salam,
tajuk:

Menteri berkenaan terkejut dengan lambakan pekerja asing di bandaraya pada musim cuti?

Hehe tersenyum kambing teman bila terbaca berita ini. Macam tak percaya perkataan seperti ini boleh keluar dari mulut seorang menteri. Bukan teman nak mengata atau bermain politik tapi teman terpikir yg sejauh mana kebolehan kementerian ini merencana negara dalam bab yg dipertanggungjawwabkan. Yg teman tulis ini bukanya nak mengutuk tapi lebih kepada kritikan biasa oleh rakyat biasa hehehe..

Sebenarnya gejala pendatang asing ini bukanya boleh dipandang mudah. Dan kalau kita berbangga dengan ekonomi kita yang sedang berkembang dan menjadi tarikan kepada pendatang asing untuk mencari rezeki.. kita sebenarnya salah. Negara kita sememngnya membuka peluang kepada rakyatnya untuk mencari rezeki dari sekecil2 sumber kepada sebesar nikmat.

Namun fenomena kebanjiran warga asing ini berpunca dari kurang perhatian yang diberi oelh pihak berwajib terhadap "kepala" yg mengaut keuntungan cepat untuk membawa masuk pendatang asing ini. Kalau secara bersendirian, pekerja asing nie tak mampu atau tak pandai untuk datang kenegara ini untuk bekerja. Kepala2 ini didalangi oleh kedua negara (dari Malaysia dan Dari negara asal pekerja ini) untuk memujuk rakyat negara tersebut untuk datang ke Malaysia untuk bekerja. MEREKA Dijanjikan pelbagai habuan termasuk gaji mencecah RM 2500 sebulan dengan kerja dikawsan kerja yang berhawa dingin dan berkoperat. Untuk pengatahuan pembaca sekalian, teman dah banyak kali "deal" atau layan pekerja warga asing ini termasuk semasa bekerja di Kedai makanan segera sebelum ini. Banyak yg nangis menceritakan masalah mereka..


Kalau anda fikir yg dorang datang ini berlenggang yanpa sebarang kos anda silap. Biasanya mereka perlu membayar kos untuk masuk kesini antara 6 ribu sehingga 12 ribu ikut kos yang ditetapkan. Bagi kita Harga yg sikenakan mungkin tak seberapa tetapi bagi mereka, mungkin mereka terpaksa meminjam dari sanak saudara, bergadai dan menjual tanah pusaka. arapan mereka dengan bekerja sekurangnya 3 tahun disini mereka mampu menebus balik pelaburan mereka dan meningatkan mutu hidup sekeluarga.

namun apabila sampai ke Malaysia, macam2 masalah dihadapi termasuk ditinggalkan tak bertali dan tidak dijaga kebajikan mereka. Ada yg tidak mendapat kerja langsung dan ada yg terpaksa kerja diladang2 dengan gaji murah. Kadang2 sampai 3-5 bulan bekerja tanpa gaji kerana kononnya nak tenus balik kos yg majikannya kena keluarkan untuk membayar kepada agen. Kalau kita fikir agen kita yg jahat atau durjana, tetapi yg terlibat juga adalah mamat dari geng dorang sendiri, Ada kes yg teman pernah menumbuk dan memijak sorang ajen bangla pekerja sementara teman yang mengcharge RM 2500 untuk memperbaruhui permit mereka.. permit tau bukannya pasport..pastu delay samapi 3 bulan tapi tak siap2 lagi.. bila datang nak bawak permit katanya kena tambah 1500 lagi pasal ada masalah kat atasan.. mengelabah pekerja teman dan siap kena ugut lagi ngan ajen.. Teman tgk dari jauh..

Bila dah bayar teman cek permit tu dan tgk pada sianran ungu lampu suluh teman.. ternyata palsu..(teman ada lampu ini masa kerja pizza dulu).. terus teman tarik mamat bangla tu dan kena beberapa das.. terbaring jugalah atas lantai tanah dengan lumpur.. Dah puas teman kerjakan teamn mintak balik duit bebudak tu dan dah dapat duit balik baru teman sedar yg isteri mamat bangla tu ada dalam kereta. Isteri dia (org melayu kita pulak tu) menangis ketakutan dan memapah laki dia balik.. terus tak dengar cerita mamat tu kat area kampung teman..

Last teman hantar pi kedutaan pekerja sementara teman tu(bebudak bangla yg teman jumpa bertenggek tepi jalan kelaparan dulu) untuk urusan selanjutnya.. dengan bekalan rm 2000 sorang hasil kerja dengan teman.. tah tak tahu apa citer dorang skang.. cian dorang pun manusia juga dan Sesama islam pulak..

So kesimpulanya kerajaan atau yg berwajib perlu buat satu makanisma untuk memburu kepala yg menyebabkan kebanjiran warga asing dinegara kita. kepala durjana inilah yg bertanggung jawab sebenarnya. Kalau kepala along genster tahap pun leh diburu kenapa kepala agen nie kita tak leh buru, Kalau yg agen ni tersungkur, teman yakin gejala ini tak akan timbul lagi dengan menghantar balik semua yg dah ada kat Malaysia. Jgn kita terlalu hina mereka kerana berada di Malaysia kerana kebanyakakan mereka adalah mangsa.. sekurannya kita membantu dengan melapurkan kepada penguat kuasa agar datang menhantar mereka balik walupun mereka enggan(sbb duit dah byk abis tapi pulangan kerja tak dapat lagi).

Musim kemarau

Berita mula menceritakan kemarau yg akan melanda negara sehingga April ini. Anggaran kita akan terus kepanasan sehingga 2 bulan lagi dengan tahap air akan menurun di takungan air seluruh negara. Tiada yg teman risaukan dari krisis takde air beberapa tahun dahulu akan berulang kembali dan kebakaran belukar menjadi. Pihak bomba ternyata terpaksa bekerja keras untuk memadamkan kebakaran kecil. Teman kerap melihat bomba masuk kekampung reban teman sbb semak byk terbakar.

Yg menternak pula perlu berjaga2 dengan ksihatan ternakan anda, periksa bekalan minuman ternakan anda sekerap mungkin, jgn sampai air minum kekeringan.. Perhatikan mulut ayam dgn tanda tercungap2 kerana kepanasan .. kalau terlalau panas, tambah net orked diatas kepingan atap zink anda untuk mengurangkan selaran matahari. atau rajin2 menyembur air diatas reban untuk menyejukkan sedikit reban..

Tambah glokosa atau minuman anti stress kepada ayam anda sekerap mungkin atau terus menerus selama 3 hari untuk membantu ayam anda mengharungi musim panas. Bersihkan reban agar ayam lebih selesa. Pastikan reban ada ada cukup ruang untuk berteduk terutama pasa waktu tengah hari. paling tidak pun tambah net orked dibeberapa bahagian reban untuk ayam berteduh..

Untuk pemilik ladang yg bekerja diladang seharian pastikan anda minum banyak air dan menggunakan topi untuk melindungi diri anda rai cahaya matahari. Kadang kala kita tak sedar yg kita sedang dalam keadaan strok haba sehinggaka tetiba kita reban tak sedarkan diri.. petanda awal adalah kita rase dahaga yg amat sangat walaupun dah byk minum air, kulit rase terbakar dan jantung berdegup laju..

itu sahaja nukilan ari nie..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: