ROI????

Salam,

kalau anda pernah membaca atau terdengar dengan perkataan ROI atau return of investment dari mana sumber yang anda perolehi. dan ada banyak penerangan yang diberikan samada untuk peniagaan atau penternakan. Namun sejauh mana kepahaman oleh orang kita tentang ROI ini kurang teman tahu dan kadangkala diabaikan oleh peniaga kursusnya kaum melayu.

Ada banyak cara dan pemahaman untuk kita mengira ROI ini. Dalam bahasa melayu kita gelar sebagai pusingan pulangan modal. Kalau kita mula menternak atau sudah melakukan perniagaan, kita perlu mengira ROI untuk menyukat sejauh mana kebolehan pernigaan kita untuk membolehkan perancangan baru dilakukan bagi meningkatkan perniagaan anda.

Dari segi penternakan, teman biasnya mengunakan pendekatan sedikit berbeza dimana teamn memecahkan kiraan kepada kiraan hangus dan kiraan berkala.Apa yang teman lakukan adalah mengumpulkan semua modal yang ada dan melakukan perancangan dalam penternakan. Teman akan memperuntukkan 40% dari modal yang ada untuk membina bangunan atau keperuan reban teman. Dan modal ini teman anggap hangus kerana kita mungkin tidak akan mendapat kembali modalnya kerana faktor ketahan atau tempoh masa ketahanan barang yang kita gunakan. Sebagai contoh adalah pembinaan reban yang akan kita gunakan selama setahun atau tahun seterusnya. kos pembinaan reban ini hanyalah sekali dan keperluaanya sepanjang tahun menyebabkan teman mengkategorikan sebagai modal hangus namun masih perlu dikira ROInya.

Untuk pengiraan ROI berkala, teman selalunya mengambarkan dengan sebagai pengembalian kembali modal yang kita dan keluarkan hasil dari pendapatan jualan penternakan kita. Untuk pengeluaran modal, kita memperutukkan sejumlah wang bagi membeli anak ayam, makanan serta penjagaan termasuk utiliti yang ajib dibayar setiap bulan, dan kemudiannya kita terus menternak. Dari jualan pada hujung sesuatu pusingan, kita akan menolak semua jumlah modal yang dikeluakan dengan jumlah jualan yang telah diperolehi. Setrusnya sekiranya ada keuntungan, kita akan mengambil sedikit dari keuntungan untuk diri sendiri sebagai upah kejayaan dalam penternakan tersebut. Kemudianya, kita memperuntukkan sedikit peratusan untuk meningkatkan ternakan untuk bacth yang akan datang.

Setelah semuanya dibahagikan mengikut yang dirancang, jumlah lebihan wang akan disimpan sebagai simpanan wang cair syarikat. Penternakan diteruskan sehingga jumlah hasil yang diterima mencapai jumlah yang sama keseluruhan modal pertama yang anda telah keluarkan. Dari sini barulah titik ROI anda telah dicapai dan bermakan setiap sen yang anda terima selepas ini adalah keuntungan bersih atau keuntungan hakiki dari penternakan anda. Kadangkala penternak tidk pernah sampai ke titik ini berikutan kebolehan menahan nafsu untuk berbelanja wang yang disangkakan keuntungan hakiki setiap pusingan. Oleh itu, satu perancangan perlu dilakukan bagi membolehkan pernigaan anda dimajukan.

Untuk pengiraan ROI untuk aset tetap yang hangus seperti pembinaan reban, biasanya teman akan melakukan sedikit penolakan susut nilai reban teman mengikut pusingan atau bulan, Susut mnilai ini terdiri daripada kos pembaikan jika ada dalam setiap pusingan atau kelusuhan reban yang sedia ada. Dengan menolak nilai susut dalam pengiraan untung anda, anda akan ada jumlah wang yang mencukupi apabila reban anda perlu diganti baru kelak. Ini bermakna titik pulangan modal bagi reban anda adalah apabila jumlah keuntungan yang ditolak untuk bahagain suust nilai reban mencapi jumlah kos pembinaan reban anda yang pertama. Hanya dengan cara ini sahajalah kita mampu memebesar atau mengantikan reban lama kita sekiranya kita perlu berbuat sedemikian.

Tetapi realitinya penternak melayu kita sekarang, mengeluarkan modal dengan cara yang salah iaitu melakukan pembaziran atau kesilapan dalam membina reban. Kadang kala kita membina reban dengan kos yang terlalu tinggi sehinggakan kita terlupa jumlah keuntungan yang kita perolehi kelak tak mampu mencapai titi ROI yang kita tetapkan. Sebagai contoh, kita memperuntukan 10k untuk pembinaan reban dengan julam keuntungan satu pusingan hanya 1k sahaja. Dengan peratusan susut nilai bagi satu pusingan hanya 5%, jumlah wang yg diketepikan hanya Rm 50 sahaja. So kalau Dalam setahun, kita hanya mampu menjana RM 12k , jumlah wang untuk reban hanyalah RM 600. Namun jikalau dengan pembinaan reban kita mempu menjana wang yang lebih beik, mungkin untuk mencapai ROI bagi kos hangus akan dicapai hanya dalam masa 2-3 tahun sahaja.

Namun, teman berbanga dengan jumlah peniaga melayu sekarang yang semakin bertambah, Biarpun hanya menjual dikaki lima. Ini kerana, minat mungkin akan berputih dari sini untuk menceburi bidang yang lebih besar. perkara yang paling besar untuk org kita lepasi atau pecahkan adalah perasaan malu dalam berniaga. Bukan semua orang mampu untuk menebalkan muka berada dikedai untuk berniaga. Kadangkala ada yg tak mampu menahan sabar melayan kerenah pelanggan yang pelbagai. Kadang kala tak mampu untuk tunggu dan dudk lama menanti pelanggan datang atau berada didalam kedai dalam tempoh operasi. Ada juga yang kurang berdisplin dalam pernigaan mereka dengan membuka dan menutup perniagaan mereka sesuka hati.

Harapan teman, dengan jumlah pelanggan dan kuasa membeli kita yang lebih besar dari kaum lain, kita dapat melahirkan lebih banyak usahawan bumiputra yang berjaya dalam perniagaan mereka. CUma satu je pesan teman, jgn sombong dan bongkak kalau anda sudah maju dalam perniagaan kelak..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: