Manual,&Auto Incubator, manual & auto turner..

Salam,

Alhamdulilah projek teman sudah kembali dalam track yang dirancang, kayu sudah dipotong n disukat ikut ukuran yang dirancang. Longkang besar yang lebih sempurna sudah siap digali, reban utama telah ditambah tanah tinggi dan mungkin akan ditambah pasir nanti. Incubator pun dah berjaya disiapkan mengikut tempahan dan hanya beberapa tempahan terakhir sahaja lagi selain pesanan peserta kelas yang ingin mengambil sendiri sewaktu kelas sabtu ini.

Banyak soalan yang teman terima semasa pengunjung membeli incubator dari teman. Dan biasanya sesi penerangan incubator akan berlanjutan selama beberapa jam dan diselangi dengan bertukar2 fikiran. Ramai yang bertanya tentang perihal incubator dan jenis2 yang dijual sekarang termasuk diluar negara. Teman simpulkan kepada jenis2 berikut:

Incubator Manual:
incubator zaman dulu kala(tak la lama sangat.. dlm lingkungan puluhan tahun dahulu) yang mengunakan kaedah manual untuk mengawal suhu didalam sesebuah incubator. Apa yang dikatakan manual adalah pemilik perlu mengawal lubang udara didalam incubator ini untuk menurunkan atau menaikan suhu didalamnya. Ada juga incubator yang menggunakan lampu minyak tanah dimana corong laluan haba dibahagian atas akan disalurkan kedalam incubator untuk membekalkan sumber haba. Semasa kewujudan mentol, pengguna perlu memeriksa incubator sekerap mungkin bagi memastikan suhu didalamnya bersesuaian. Jika terlalu panas, lubang udara akan dibuka dan sebelinya sekiranya terlalu sejuk.

Sistem manual ini mempunyai banyak kelemahan disamping memerlukan perhatian yang sepenuhnya oleh penggunanya. Peratusan telur menetas juga agak rendah dan lebih dipengaruhi oleh pengguna itu sendiri.

Incubator auto

Incubator yang menggunakan thermostart (alat pemutus litar kawalan suhu) untuk memastikan suhu didalam incubator sentiasa sesuai untuk pengeraman. teknologi ini sangat membantu pengguna dimana kita hanya perlu menentu ukurnya sekali sahaja dan selebihnya kita menyerahkannya kepada thermostart. Bekalan elektrik akan diputuskan apabila mencapai suhu max dan menyalakan mentol kembali apabila sudah mulai sejuk. Dengan menggunakan thermostsrt sahaja kita sudah boleh mengelar incubator kita sebagai auto.

Auto turner
Auto turner pula adalah satu alat atau satu rekaan khas bagi membolehkan kita mengerakkan telur yang dieramkan mengikut keperluaannya. Ini kerana, bagi telur unggas, telur yang dieramkan perlu digerakkan supaya kuning telur dimana perkembangan embrio ayam berlaku tidak tenggelam dan terlekat dibahagian bawah telur dimana ianya memungkinkan anak ayam yang menetas nanti melekat kulitnya pada telur. Proses mengerak dan mengolekkan telur ini biasanya akan dilakukan oleh si ibu ayam jika mengeram menggunakan kaedah tradisional. Kalau kita perhatikan, si ibu akan bangun dari eramannya dan menggunakan paruh untuk mengerakkan setiap telur dibawah perutnya. Kadang kala sebanyak 2 kali sehari dan kadang kala hampir 5 kali sehari.

Oleh itu, ketika kita menggunakan incubator, perbuatan tersebut perlu ditiru bagi memastikan gejala anak ayam mati lemas kerana kulit melekat pada telur tidak berlaku. Dek kerana tugasan mengawal suhu telah diambil alih oleh thermostart, maka tugasan menterbalik atau mengerakkan telur diambil alih oleh Auto turner. Pelbagai reka bentuk serta kaedah yang telah dicipta untuk meniru pergerakan ini. Ada yang berbentuk tray dan ada yang berbentuk conveyer belt.

Manual turner.

Cara ini sering digunakan bagi semua incubator buget rendah dan bagi sesetengah pihak ianya sangat membebankan terutama yang melibatkan ratusan telur. Bagi penguna incubator, tugasan menterbalikkan sebiji demi sebiji telur sangat membuang masa dan kadangkala menjemukan terutama suhu panas yang datangnya dari pintu incubator yg terbuka melesukan.

Sebenarnya kaedah pemusingan telur satu demi satu dapat dipercepatkan dengan menggunakan kaedah tapak tangan bersentuhan dengan telur dan mengerakkanya secara perlahan2 tanpa melagakan telur. Apa yang perlu anda buat hanyalah melakukan pergerakan memusingkan tapak tangan secara membulat seperti orang bermain mahjung atau meratakan roti canai. Telur ini biasanya berbentuk lonjong dan akan bergerak (terbalik2) apabila perbuatan ini dilakukan. Kebiasannya ia hanya mengambil masa 3-5 saat sahaja bagi sebuah incubator. Anda tidak perlu bimbang jika anda merasakan ada telur yang tidak diterbalik secara betul yang mana bahagian permukaan bawah telur dinaikkan.

Ini kerana perbuatan tadi sahaja sudah mencukupi untuk mengerakkan kuning telur atau embrio yang telah terbentuk. Kita perlu ingat, tujuan kita menggerakan telur adalah bagi mengelakkan kuning telur tenggelam didasarnya. kalau ada pergerakkan tadi,perkara ini tidak akan berlaku. Oleh itu sekiranya anda menggunakan incubator budget murah yang menggunakan manual turner, jgnlah mengeluh sekiranya anda terpaksa duduk berjam2 didepan incubator untuk menterbalikkan telur satu persatu. ini kerana ia hanya mengambil beberapa saat sahaja untuk dilakukan dan keputusan yang diperolehi tetap sama seperti kita menterbalikkan satu persatu. Dari mananya datang kaedah menterbalikkan satu persatu secara upsite down atau atas kebawah (180 darjah) tak dapat teman cari. Dan rujukan dari bacaan teman pun takde yang mengatakan ianya perlu diterbalikkan secar detail perbiji begitu sekali. Kalau ada pun mungkin mereka juga menjadi pengikut cara ini.

Cuma anda perlu berhati2 semasa melakukan aktiviti ini kerana ada kemungkinan anda secara tidak sengaja meretakkan telur semasa mengerakknya terutama pada telur berkulit nipis. Namun sepanjang teman mempraktikannya, belum pernah kejadian telur retak dikesan lagi. Apa yg teman bimbangkan hanyalah kuman yang berada ditangan kita akan dipindahkan kepada telur sekiranya kita memegang telur tersebut. Sekiranya kita menggunakan auto turner, peratusan tangan kita bersentuhan dengan telur dapat dikurangkan dan mungkin hanya pada ketika kita mahu mengneropong kandungan telur. Anda perlu membasuh tangan anda dan mengeringkanya sebelum melakukan aktiviti ini atau menggunakan sarung tangan getah yang bersih.

So, teman harap tuan2 semua paham maksud dan kaedah yang digunakan dalam incubator ini. Perlu diingatkan kembali sesebuah telur yang berbenih memerlukan 3 elemen untuk menetas iaitu, suhu , kelembapan serta aktiviti yang sepatutnya seperti mengerakkan telur dan sebagainya. Oleh itu tak kiralah apa kaedah atau cara anda lakukan asalkan anda memenuhi ke3-3 elemen ini maka telur itu akan menetas dengan jayanya.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: