Pentingnya perhatian anda kepada anak yg ditetaskan..

Salam,

Petang tadi teman dihubungi sahabat kita yg pernah membeli anak ayam teman pada penghujung bulan 9 yang lalu. Banyak juga yang dibelinya pada ketika itu, dan yang paling menggembirakan teman adalah anak2 ayam tersebut telah membesar dengan baik dan sudah mula menjadi induk sekarang. Jumlah telur yang dihasilkan juga agak membanggakan sehingga ada yang bertelur lebih dari 15 biji.

Teman kagum juga kerana sahabat kita nie yang dapat mengenalpasti jumlah telur yang dihasilkan serta ibu mana yang telah bertelur. Dengan konsep teman sekarang, jgnkan nak tahu ibu mana yang sedang bertelur tetapi nak tentukan seekor bertelur berapa biji pun teman tak tahu berikutan jumlah yang banyak dan dengan sistem pengutipan telur setiap hari. Namun teman harap dengan sistem baru yang sedang teman usahakan sekarang semuanya akan berubah dengan pengurusan dan catatan rekod yang lebih baik.

Sebenarnya, projek yang teman idam2kan dari dahulu iaitu untuk membina satu reban terurus dengan memastikan semua ayam dikawin silangkan dengan cara tersusun hampir menjadi realiti, namun sungguh tak disangka tuhan menunjukkan jalan lain dahulu sebelum teman melaksanakan projek tersebut. Maksud teman adalah tempahan Incubator yang melimpah ruah dan kekadang memberi sedikit tekanan kepada teman, Biasakah kalau kita menerima tempahan bertubi setiap hari dan biasanya pelanggan mengharapkan semuanya cepat, hehehe, teman mula tertekan. Projek teman macam masih bergerak dengan gear 1 sahaja dari mula2 teman mendapat pinjaman sebelum ini. Sekarang dah masuk 3 minggu dah permulaan projek teman dan teman boleh katakan ianya baru di fasa permulaan.

Teman nak usapkan jutaan terima kasih kepada pembeli incubator yg memberi kepercayaan kepada teman untuk menggunakan incubator yg teman cipta. Cuma apa yg teman nak ingatkan yang anda semua yang membeli incubator, pastikan anak yang anda tetaskan nanti mendapat perhatian yang sewajarnya dari anda. Ini kerana ungkapan biasa "takde masa" sangat biasa teman dengar dari pembeli incubator walaupun untuk mengolekan telur dalam masa 2 saat sahaja (dgn konsep roti canai) yang teman ajarkan 2 kali sehari. Banyak yang mengabaikan bahawa kepeentingan pergerakan telur ini dan beranggapan peratusan telur menetas kurang dipengaruhi dengannya. Dan ada juga yang kekadang gagal untuk menterbalikkanya sehingga 3-4 hari dengan alasan terlupa.

So kalau perbuatan "2 saat" tersebut pun anda rase kurang masa, teman bimbang kalau2 nanti anak ayam kita ynag sepatutnya mendapat layanan "sama" dengan induknya, tidak dapat hidup lama kerana anda mungkin terlupa beri makan atau terlupa nak menukar bekas air setiap hari. Bila teringat barulah kelang kabut untuk anda periksa sehingga anda baru perasan yang bekas air sudah berhari kering dan anak ayam dalam keadaan yang sangat lemah.

Kebersihan juga amat penting terutama untuk anak ayam bawah 2 hari. Tukar alas anak yaam tadi sekurangnya 1 kali sehari kerana anak ayam lebih cenderung termakan najisnya sendiri. Gejala anak ayam berek keras, berak kapur atau kena penyakit pernafasan akut(tercungat) biasanya datang dari bekas yg kotor kerana tidak ditukar lebih dari seminggu,

Akhir sekali teman mengucapkan terima kasih kepada pembeli incubator teman, agak kelang kabut teman 2 minggu nie, nasib baik MR junaidi sanggup membelikan teman thermostart berikutan stock teman 5o biji yg teman beli ari tu dah kering terus. Dan yang mengharukan teman, jangkaan teman stock incubator sebanyak 20 biji yang teman buat secara marathon 2 minggu lepas dapat bertahan sehingga tahun baru cina tak kesampaian, Dalam masa 1 minggu ini teman kena buat berganda2 dari jumlah tersebut.. Alhamdulilah, rezeki untuk teman dari Ilahi..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

Az-Zain Shah Alam said...

Salam.

Tuan, ada jual telur ayam untuk diborong tak?

Saya ingat nak jual kat kedai Az-Zain Shah Alam.