Cerita 2-3 hari yg lalu..

Salam,

Hari jumaat aritu , reban teman dikunjungi oleh mat saleh dari syarikat Innovative Control Solutions yang bertapak di Australia. Nama mamat nie Miroslav kostecki.. datang untuk berbincang perkara tentang incubator dan penternakan ayam kampung asli yang teman ada. Antara persetujuan yang dilakukan adalah untuk bekerja sama dengan pihak MARA untuk bekerja sama dengan syarikat ini meng"supply" set incubator "simple" teman kepada skolah MRSM diseluruh negara dan menjadi tugusan kepada pelajar tahun akhir(form 5) untuk mengautomasi incubator teman. satu peluang yg mengembirakan teman. Turut hadir dalam kunjungan ini adalah pegawai yg mungkin akan membawa cadangan ini ketengah nanti.

Kemudian pada hari Sabtu keesokanya, teman dikunjungi keluarga untuk bersantai dan melawat. Satu lagi keseronokkan untuk teman dengan lawatan yang mengembirakan ini. Dan pada hari Ahad teman menjalankan kerja merobohkan reban dibelakang rumah memandangkan ada jiran baru yang baru masuk. Reban kecil ini teman parking kat dapur umah sebelah hehehe.. dah masuk umah orang kenalah robohkan balik sbb dulu lama takde org sewa umah sebelah ini.

Dan semalam(isnin) teman ajak kedua2 keluarga dari keluarga teman dan keluarga menantu berkelah di sungai bukit Belacan atau nama barunya pusat rekriasi Ampang. Seronok bercuti diwaktu ini disamping keluarga tersayang. Mandi air yang sejuk dan dingin walaupun bilangan pengunjung tersangat ramai. Paling tidak dapat memenuhi permintaan Isteri teman untuk berendam dalam air sejuk dimana2 air terjun atau sungai.

Dan ini juga pelung teman menunjukan skill membuat BBQ stick kambing dan ayam bakar. Bahan diperam semalamam sebelum bertolak. Pulang dari berkelah, teman singgah ke Hospital Ampang Putri untuk melawat anak saudara yang diserang Denggi. Apa yg teman terkejut adalah kos bilik rawatan(wad) disini adalah RM 350 semalam lengkap dengan bilik air dan TV berkabel.. Huhuhu.. tu belum kos rawatan lagi tu..

Dan ari nie? berada dalam reban disamping menyambung kerja2 yg belum siap..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: