Hidup bagai roda..

Salam,

Betul pepatah yg duk org perkatakan selama ini, kalau dulu teman agak tertekan atau sering sengket sekarang Alhamdulilah, mampu untuk memberi sedikit wang kepada orang tua, kalau dulu sahabat teman ni mampu memeperolehi pendapatan RM 3k sebulan kini beliau sedang berpeluh meniti hari mendatang.

Begitulah nasib kita di bumi Tuhan ini. kalau kita dalam kesusahan anggaplah ianya satu ujian dari tuhan dan kalau kita berada dalam kesenangan anggaplah satu kurniaan dariNya dan jgn sesekali lupa diri.. Sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Kalau dulu semasa teman mula bertatih dengan kewangan yang sangat menjerut leher sehingga membeli beras pun pakai timbang kilo, mungkin perkara yang sama sedang menimpa sahabat kita.. mana tahu.. adakah kita mengambil berat tentang sahabat kita sekeliling.. bagi teman contoh yang nyata sentisa bermain didepan mata..

keperitan atau kesusahan telah teman lalui, dan sekarang mungkin beberapa sahabat teman berada dalam ambang yang sama, Ada yang sudah diberhentikan kerja atau sudah dalam edah untuk diberhentikan, ada yang tersilap percaturan dan sekarang seumpama hilang haluan, ada yang telah lebih setahun berusaha dan mula menampakkan jalan keluar, namun dihalang pula oleh beberapa perkara seperti sales kurang dan sebagainya.Apa yang boleh teman nasihatkan adalah dengan melakukan beberapa perkara yang pernah teman lakukan dahulu seperti meng'list'kan segala perbelanjaan sekarang dan kemudiannya memotong segala perbelanjaan yang tidak perlu, menghadkan perbelajaan seharian, menggunakan motor untuk mengantikan kereta untuk penjimatan minyak, melakukan 2 kerja sehari untuk menjana pendapatan, berjimat cermat serta berhati2 semasa membelanjakan wang dan sentiasa berdoa.

Kebiasanya kita perlu merancang masa depan dengan merangka beberapa cadangan untuk jalan keluar atas kesempitan yang kita alami sekarang dgn menulis diatas kertas. Dari sini kita mampu melihat segala permasalahan serta mencari jalan keluar yang logik untuk dilaksanakan. Sekiranya anda mampu, catatkan setiap perbelanjaan anda mulai sekarang dan mulakan merancang kerja2 yang mampu membawa anda keluar dari kemelut ini.

Kalau anda rasa sangat terdesak, anda perlu mengurangkan aset seperti menjual apa yang patut atau menolak segala kemewahan yang anda ada seperti astro dan sebagainya. Biarlah orang keliling mengata asalkan anda berusaha untuk keluar. Kalau diizinkan tuhan, Insyallah anda akan jumpa juga jalan keluar. Jangan rasa rendah diri atau terlalu tertekan dengan masalah yang anda hadapi. Mungkin ini satu titik tolak untuk anda untuk menceburi bidang baru dalam perjalan hidup anda, manalah tahu kepedihan yang sedang anda lalaui sekarang akan mendorong anda untuk lebih tekad dan rajin berusaha sebelum anda berjaya kelak. Mintalah nasihat dari mereka yang arif atau mereka yang anda percayai, mohon restu dari ibu bapa dan minta keluarga anda mendoakan sekali termasuk Bonda anda jika masih ada.

Akhirnya, jgnlah anda cepat mengalah atau meyalahkan takdir atau org sekeliling anda kalau anda tersungkur sekarang, ayuh bangun, biarlahpun anda terpaksa menjual pisang goreng ditepi jalan sekarang asalkan anda dapat meneruskan hidup dengan rezeki yang halal. Dan mungkin kesakitan atau kesusahan yang anda alami sekarang dapat menghapuskan dosa yang pernah anda lakukan.. Jgn lupa untuk berdoa dan mentaati perintahNya..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: