Ayat yg biasa teman dengar..

Salam,

maaf kalau dah 5 hari tak menulis, banyak yang berlaku 2-3 hari ini.. yg paling menarik adalah pada hari sabtu dimana teman mengunjungi sahabat sekolah dahulu yang berkhawin di perak, alang2 dah sampai ke perak teman n kengkaan satu kereta berkunjung semula ke Sekolah lama di MRSM PDRM dahulu. perjalanan yang hanya mengambil masa 2 jam dari rumah pengantin..

Sokolah ini teman anggap sangat Istemewa sebab kami adalah bacth pertama yang merasmikan bangunan skolah dan mencorak budaya dan sejarah skolah ini. Dan semestinya hubungan istimewa terjalin antara para guru dan muridnya berikutan kehidupan kami yang jauh dari ibu bapa serta membesar disini selama 5 tahun. Dan kesempatan ini kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan sanjungan kami kerana tekun mendidik dan sentiasa iklas menjadikan kami manusia penuh berilmu dan berakhlak..

Yang paling mengembirakan teman adalah dapat berjumpa kembali dengan guru2 skekolah yang masih mengajar disana. antaranya adalah guru sains dan fizik teman iaitu Cikgu Anuar. Kami juga berjumpa dengan cikgu Jasni yang mengajar subjek yang sama. Selepas puas meronda kawasan sekolah, kami berkunjung ke rumah Cikgu dan bertanya khabar.. Yang mengharukan teman adalah minat guru2 teman ini untuk menternak ikan dan membela ayam kampung asli ini. dari riak muka mereka teman dapat bayangkan harapan serta minat yang mendalam untuk menjadi penternak berjaya suatu hari kelak. Dalam perbualan tersebut, teman terlupa yang teman mengajar sesuatu ilmu penternakan kepada guru teman kembali sedangkan dulu teman yang belajar dari mereka.. Untuk guru2 ku. teman berjanji akan mencurahkan ilmu teman sebaik mungkin demi menbalas jasa guruku dahulu.. dan mungkin untuk mengwujudkan jaringan perniagaan untuk kebaikkan bersama..

Ok.. berbalik kepada tajuk post teman tadi.. mengenai ayatt yg biasa teman dengar.. ayatnya berbunyi sebegini.. "saya ada tanah sekian luas, saya ada duit yg mencukupi. apa yang saya perlu buat?".. dan soalan ini biasa teman terima dari mereka yang sudah berumur atau yang sedang berkira2 untuk berpencen.. Selalunya teman memeberi jawapan seperti berikut..

Untuk menjawab soalan tadi.. teman biasanya menanyakan soalan kembali untuk anda menjawabnya seperti..

1. Apakah miat tuan sebenarnya?
2. adakah tuan seorang yang suka bekebun, bertani, menternak, atau sebaliknya?
3. bagaimana dengan kesihatan tuan sekarang?
4. adalah lokasi anda sesuai untuk penternakan atau pertanian atau perniagaan lain?
5. apa sejarah tuan sebelum ini.
6. Pernahkan tuan mencuba bidang yang tuan ingin ceburi?
7. Adakah tuan selesa dengan kerja yang rutin dan boleh berpanas terik?
8. Apa yang tuan harapkan selepas bersara? hidup sederhana dengan rentak perlahan atau anda ingin bebas dari kerjaya anda sekarang dan ingin lebih maju kerana anda dah bebas nak lakukan apa sahaja tanpa kongkongan dari kerja anda sekarang..

Soalan ini anda analisa dengan betul dan lakukan keputusn dengan baik.. Sekiranya anda sering mengeluh tentang keletihan serta malas nak kuar rumah.. anda mungkin tak sesuai untuk menternak atau bertani, mungkin anda boleh mempelopori benda lain seperti berniaga barangan, memulakan perniagaan berasaskan perkhidmatan atau sebagainya, namun sekiranya sebaliknya anda san sangat teruja dengan melihat ternakan anda membesar atau gembira menternak, anda sesuai untuk menjadi penetrnak moden atau petani moden..

Apa yang perlu anda laukan sekarang adalah mencari sebanyak ilmu yang boleh didapati sebagai persediaan anda sebelum memulakan projek. Sekiranya anda masih bekerja, anda boleh menimba pengalaman anda sendiri dengan mula menternak dalam jumlah yang kecil.. kerana ilmu sangat mudah dipelajar dari pengalaman sendiri menternak.. Mulakan projek anda denagn kos yang sedikit dan melakukan ajian dan analisa anda sendiri. dan sekiranya anda sudah yakin, anda boleh mengsetup reban anda sendiri di lokasi yang dirancang dan mengupah atau berpakat dengan pembantu anda untuk menjalankan penternakan sementara anda masih bekerja. Pembantu anda mungkin dari sanak saudara, ibu bapa atau mungkin kenalan anda. Anda juga boleh mengupah pekerja dan membayarnya mengikut perjanjian.. Anda hanya perlu memantau dari jauh dan melawat reban adnda dari masa kesemasa..

Lakukan secara perlahan2 dari bulan ke bulan dan melakukan analisa kegagalan atau masalah yang sedang anda alami ketika itu dan cuba atasi dengan sebijaknya. Teman yakin, untuk seketika, anda akan sedikit pening atau sakit kepala dengan masalah yang menimpa reban anda.. namun seperti pepatah" alah bisa tegal biasa".. lama2 anda akan mahir dengan keperluan reban anda.

Dan dari bulan ke bulan anda merangka stategi bagaimana nak memajukan atau mengembangkan ternakan anda yang ada sekarang.. fikirkan cara terbaik untuk berkembang tanpa mengeluarkan modal anda lagi.. seterusnya anda boleh mengembangkan lagi dengan cabang2 pernigaan yang lain seperti haiwan ternakan hiasan atau unggas esotik..

Dengan cara ini sahajalah yang teman pikir terbaik untuk anda memulakan perniagaan.. teman takut nanti anda semua tersilap percaturan dan menghanguskan pernigaan yang anda idam2kan.. selamat menternak..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: