40 ekor ternakan teman mati dalam 3 hari!!!

Salam,

Teman dalam keadaan mengelabah sekarang sbb dekat 40 ekor ternakan teman mati baru ini semasa teman pergi keKedah hari sambu. Teman tiada direban pada malam jumaat dan hanya pulang pada hari ahad. Makanan diberi macam biasa dan bekalan air berubat diberi sebanyak mungkin.. Sbb sehari sebelum itu ada beberapa ekor ayam teman mati secara misteri.

Apa yg teman hairankan, ayam yang mati tiada menunjukkan sindrom sakit, monyok atau fizikal yang jelas untuk teman kenalpasti. Tiada kesa kotoron didubur, tiada tindakbalas bersin atau nafas tersekat dan tiada bengkak dimata atau mulut. Secara tiba2 dalam masa 2-3 jam ayam akan tumbang walaupun sebelum itu aktif makan makanan yang diberikan. Yg teman sedih juga kerana belanda teman yg sekor jantan tu tak sempat teman nak sembelih tumbang depan mata.. Baru nak amik pisau ayam tu dah putus nafas.. huh!!! apa sakitnya yek?

Dari pembedahan yg teman lakukan.. tema tak jumpa sebarang keganjilan kepada semua sistem badan ayam tersebut.. cuma ada sedikit bengkak dihati.. Mungkinkah sampar dah mula menyerang? sampar jenis apakah yg sedang menyerang? sampar gumboro atau new castle? entahlah..

Bila teman rujuk untuk sampar di Internet.. tanda untuk sampar sangat kelas kalau menyerang reban.. tapi teman tgk takde pula.. yg paling jelas adalah lendiran air liur yg keluar semasa ayam ini mati. Macam kena racun je.. takpun kena detergen atau sabun yang kuat seperti clorox.. mungkin makanan yg teman ambil telah tercemar dengan bahan kimia atau reban teman sebenarna teleh disambotage????

perasaan sedih tetap teraasa tambahan pula satu lagi sampar yg menyerang semua ayam belanda teamn samaada yg telah besar atau yg masih dalam reban asuhan(yg masih makan dedak lagi). Bak kata Junaidi dari link blog teman, ayam mutiara kurang selesa atau tak tahan sekiranya kita menempatkan sekali dengan ayam kampung asli ini.. Kalau betullah kenyataan beliau yg ayam mutiara ini lebih manja.. teman dah tersilap langkahlah selama ini dengan melabur dekat Rm500 untuk membeli benihnya.. Namun keanpa sekarang seterlah 3-4 bulan teman menternaknya baru mati.. pastu mati serantak pulak tu.. satu kajian perlu dilakukan segera agar penyakit ini tak kembali menyerang..

kalau org kata teman nie tak sedih kalau ada ayam yg mati, sebenar silap.. mana ada penternak yg taksedih, dah lah kerugian dalam jangka masa panjang, ayam pulak tu tak sempat nak disembeleh.. paling banyak ayam betina yang kena.. huh huhu huhu..

Nie lah org kata risiko menternak ayam. alau sejauh mana pun kita usaha semuanya terselah kepada takdir dan ketentuan Ilahi... Berjaya kataNya, berjayalah teman.. gagal kataNya...

Mungkin ada hikmah dari sini.. dengan proses kematian ini, hanya yang benar2 berkualiti atau kuat sahaja yang akan tinggal untuk diteruskan menjadi induk untuk jualan anak ayam nanti..Mungkin dengan 40 ekor induk mati dan 30 mutiara yang dah putusnyawa.. teman akan diganti dengan perniagaan yang lebih maju atau lebih baik.. siapa tahu kan? jumlah kerugian teman dalam minggu ini teman anggarkan dekat RM 1500 keseluruhannya.. Takpe Dugaan kan..

jaringan penternak ayam kampung..

2 comments:

SERI BUMI TERNAK said...

salam bro, takut aku baca citer ko nie pul.. ayam aku 2-3 minggu lepas ada gak mati.. 5-6ekor induk/pejantan ayam belanda atau kampung.. aku tak tau apa sebabnyer.. risau den..

cikgu peja ladang said...

memang adat pon..tapi ayam sabung dengan serama saya its ok lagi..mungkin sebab cuaca yang melampau..saya raser lebih kepada keracunan..tu jer..