Pages

Pendapatan dengan Penternakan Ayam Kampung Ori



Salam,

pelbagai persoalan timbul sebelum saya memulakan penternakan ini. bolehkah saya menjana pendapatan bulanan dengan menjual ayam kampung. Kenapa kebanyakan penternak sekarang memilih ayam kampung kacuk untuk value ternakan mereka berbanding dengan ternakan ayam kampung ori yg biasa kita lihat dikampung. nilai ayam kampung kacuk adalah dalam harga RM8-RM10 sekilo berbanding ayam kampung ori yang mencapai harga RM 17 pada masa kemuncak. apakah pro dan kontra pemilihan ternakan ini.. antara sebab penternak memilih ayam kampung kacuk adalah faktor ROI yang lebih cepat iaitu 2-3 bulan sahaja berbanding ayam kampung ori yang menjangkau 7 bulan. Ayam kampung kacuk atau improved kampung chicken(IKC) biasanya dapat diternak dengan banyaknya kerana bekalan anak ayam sentiasa ada dan boleh dibeli dengan jumlah dengan banyak, kalau kampung biasa hanya sedikit pengusaha yang membekalkanya. Namun perbelanjaan dan pemasaran lebih mencabar kerana ayam ini makan sepenuhnya dedak (walau ada sampingan lain tapi dedak adalah sumber makanan utama) yang tinggi harganya dan kuat makan berbanding ayam biasa. pasaran pula kita perlu bersaing dengan penternak mega yang mempunyai jaringan yang lebih kukuh dan hebat. untuk ayam biasa kita boleh beri makanan yang murah atau percuma yg biasanya didapati dipersekitaran rumah. Namun untuk memenuhi keperluan ternakan yg lebih besar agak sukar kerana sumber yg terhad. maka makanan dedak diberi sebagai tambahan yg semestinya melibatkan kos.

so bagaimana nak menjana wang dengan penternakan ayam kampung biasa sekiranya kita memilih jenos ternakan ini? sumber jualan boleh terdiri dari telur, anak ayam, induk ibu dan jantan dan ayam untuk daging. untuk menjana pendapat melebihi seribu ringgit sebulan kita perlu mempunyai jumlah ternakan yg mencukupi untuk setiap jenis jualan..dibawah adalah kiraan anggaran kasar untuk penternakan bagi kedua2 jenis ayam kampung, perlu diingatkan bahawa kos tetap seperti reban dan perkakasan tidak dikira dalam kiraan ini..

contoh jualan kampung biasa sebulan yg dirancang
jualan untuk daging sebulan : 200 ekor x RM (+-13)x1.5kg = RM 4000
jualan telur sebulan : 300 biji x RM 0.50 = RM 150
jualan anak ayam sebulan : 300 ekor x RM 2.50 = RM 750
jumlah keseluruhan : RM 4900
jumlah bersih sebulan :
RM 3400 (makanan dan rencam= RM 1500 -sbb jimat)

untuk mencapai jumlah ini bilangan ternakan yang perlu ada adalah:

-untuk daging :1200 ekor pelbagai peringkat dari usia sebulan hingga 7 bulan
-untuk telur : ibu ayam matang 400 ibu dengan kadar peneluran 200 biji setahun
-untuk anak ayam : 6 biji incubator dengan telur diambil sebahagian dari ibu telur.

*namun untuk mencapai jumlah ini perlu banyak pengorbanan dan usaha kerana jumlah induk yang hendak dicari sukar didapati serta pengurusan ladang perlu yang terbaik bagi memastikan pengeluaran. kelebihannya pendapatan setrusnya berterusan dan tidak perlu mengeluarkan modal lagi kerana kita sudah mempunyai induk yang akan mengeluarkan telur yg dieram didalam incubator.

kos untuk ayam sahaja :
anak - 1200 ekor x RM 2.50 sekor : RM 3000(jualan pertama pada bulan ke-7)
induk - 400 ekor x RM 25 sekor : RM 10,000
incubator - 6 biji x RM 300: RM 1800
jumlah :
RM 14,800(untuk memulakan perniagaan ini )

bagi ayam kacuk pula(sumber penternak sedia ada)purata perbelanjaan untuk seekor ayam adalah:

harga jualan RM
8.00 sekilo dgn purata seekor 1.5 kilo= RM 12 seekor
benih bervaksin: RM 2.50 (sama ngan ori)
makanan 40% dari harga jualan = RM 4.80
rencam (ubat dll) : RM 0.50
kos : RM 7.80= RM 8.00
untung bersih :
RM 4.oo

kalau kita mulakan dengan kos 14,800 seperti ternakan ayam kampung biasa, mungkin kiraan yang akan didapati seperti diatas dengan kos adalah 8 ringgit bagi seekor.

RM 14,800 /RM 8.00 = 1850 ekor ayam dalam satu2 masa..
jumlah jualan : RM 1850 x RM 12 :
RM 22,200
jumlah bersih keuntungan bagi 2-3 bulan :
RM 7400

hanya dalam masa 2-3 bulan modal dipulangkan kembali dengan keuntungan melebihi 7 ribu.. namun masalah yang bakal dihadapi adalah bagaimana nak menjual hampir 2000 ayam kacuk sedangkan dipasar sudah ada peniaga tetap yang menjual ayam ini dengan harga yang hampir serupa, kalau nak dijual pada peraih harga terpaksa diturunkan lagi dan ada kemungkinan keuntungan tidaklah menguntungkan.. bagaimana pula jika berlaku serangan mengejut penyakit?

so kita perlu bijak memilih jenis ayam yang hendak dibela mngikut kesusaian dan kesanggupan kita.. pilih kacuk sekiranya anda mempunyai modal besar dan cukup fasiliti untuk mendapatkan hasil yang lebih cepat atau membela ayam kampung yang tak banyak ragamnya tetapi pulangan adalah secara perlahan dan lambat.

Tiada perniagaan yang mudah dan tiada yang ada jalan shortcut.. semuanya memerlukan daya usaha dan kesungguhan.. fikir2kan lah..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram