Pages

kawalan wabak dan penyakit

Dari segi pengalaman dan pemerhatian aku.. kesedaran penyebaran wabak penyakit dan virus masih rendah dikalangan penternak dari yg skala kecil ke sederhana.. ramai yg tak tahu bagaimana penyakit ini boleh menyerang ternakan mereka dan dah byk yg putus asa.. bila dibincangkan bab penyakit nie ramai yg tak ami pusing tapi bila separuh ayam tergolek kat reban baru kelangkabut.. habis semua org dimarahkanya.. tapi kekadang dia sendiri tak sedar yg penyakit tu dia sendiri yang bawa kereban dia..
biasanya penyakit ayam nie dibawa secara biologi oleh manusia melalui perpindahan fizikal. kebanyakan penyakit dibawa melalui kasut mereka yg memasuki reban selepas melawat reban yg lain.. dari situ segalanya tersebar.. dibawah adalah satu senario yg kena sama2 kita fikirkan..

-ahmad ada bela ayam sebanyak 300 ekor.. satu hari ahmad mendapat jemputan untuk melawat reban rakanya bernama abu.. sebenarnya reban abu telah dilanda penyakit yg membunuh separuh dari ternakanya.. mujurlah beliau sempat merawat dengan ubat.. setelah pulang ahmad terus ke rebanya untuk memeriksa reban.. tanpa disedari ahmad beliau telah membawa penyakit kerebanya melalu kasut yg dipakai.. maka keesokanya bergelimpanganlah ayam didalam reban.. ahmad hampir mengeluarkan air mata.. setelah dirawat apa yg patut ahmad pun pergi lah melawat reban rakanya untuk mengadu nasib.. perkara yg sama berlaku direban rakannya dan benda ini mula merebak serata kampung... maka tersebarlah penyakit sampar dan kekadang memusnahkan ternakan dalam satu negeri...

kalau dilihat dari kes nie jelas bahawa penyakit2 tersebut boleh dicegah dan disekar pengularanya.. hanya pastikan kasut yg digunakan direban tidak dibawa kereban yg lain.. kalau boleh bersihkan tangan dan tukar pakaian yg digunakan.. reban kita seharusnya menerima kunjungan pelawat yg minima atau kalau tidak dapat dielakkan pastikan langkah pencegaan dilakukan..
setiap reban perlu ada sumber air untuk membasuh kasut sebelum masuk dan selepas keluar dari reban.. bukan sebab nak jaga kebersihan sangat tapi untuk mengelakkan penyakit menular.. kalau boleh air yg digunakan untuk membasuh dicampur dengan anti baktria atau detol.. sedikit usaha mungkin boleh mengelakkan kita kerugian ribuaan ringgit..

tiada yg lebih menyedihkan dari melihat ternakan yg kita jaga sepenuh hati bergelimpangan didepan mata tak bernyawa.. so.. mari kita amalkan langkah pencegahan ini bersama dan diharap pelawat faham tujuan langkah ini diambil tanpa mempersoalkan .. tak guna berhabis ribuan ringgit untuk membina reban yg cantk dan membeli ternakan yg mahal kalau sedikit usaha tak dapat dilakukan untuk mencegah penyakit ini.. yg kesudahan merugikan kita sendiri..

walaupun ada byk ubat pencegahan dan mengubat penyakit.. kan lebih elok kalau kita mencegahnya terlebih dahulu bak kata pepatah: mencegah lebih baik dari merawat....

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram