Pages

Nisbah bilangan incubator mengikut jumlah ternakan..





Dalam sedar tak sedar bilangan ternakan semakin bertambah.. bilangan induk betina yang hanya berjumlah 120 ekor sahaja dan bilangan ibu muda(hasil anak ayam yg ditetaskan 7 bulan dahulu) semakin bertambah.. kiranya ada dalam 150 ekor ibu yang boleh menghasilkan telur.. kalau dulu cukuplah kalau kami mempunyai satu incubator sahaja untuk mengeramkan telur kerana pada ketika itu konsep ibu mengeramkan anak sendiri masih dilakukan..
namun satu langkah drastik diubah apabila mendapati konsep penggunaan incubator 100 serta penjagaan anak benih secara insentif tanpa ke raban meningkatkan kadar hidup dan penetasn anak ayam kepada 95%.. satu peningkatan yang sangat membanggakan.. dengan perubahan drastik ini kami akan mengambil semua telur yg dihasilkan direban dan memasukkan kedalam incubator.. walaupun kami membuat incubator untuk tempahan dan seharusnya mampu untuk membuat sebanyak mana incubator yang dikehendaki tapi masa sangat tidak mengizinkan.. setiap minggu mesti ada 2-3 biji incubator yang ditempah oleh kawan2 penternak.. so hanya bertahan dengan 3 incubator sahaja buat masa ini..
Namum jumlah telur yang dihasilkan sekarang dah melebihi tahap muatan incubator.. maka byk lagi telur yang sudah mula dieram oleh ibu ayam apabila sampai tempohnya kerana tak dapat dikutip lagi.. masalah lama tentang pengurusan anak ayam akan berlaku lagi seperti kematian serta serangan hama..
so mungkin aku perlu hold dulu tempahan untuk seminggu nie untuk buat incubator untuk kegunaan sendiri.. namun berapa incubator perlu dibuat untuk kesesuaian ternakan yang aku ada skang? cam mana nak kira dan perluke buat satu incubator yang bersaiz besar untuk menjimatkan kos dan ruang..
so rasenya melalui kiraan bahawa ibu ayam akan mengeluarkan telur sebanyak 12 biji sekali dan masa untuk mengeram adalah selama 3 minggu(21 hari) nisbah incubator berbanding bilangan ibu ayam adalah seperti.. satu incubator bagi setiap 20-25 ekor ibu (bagi incubator bersaiz 120 biji)..kiraan nie mengambil kira pusingan penghasilan telur bagi ibu serta kapasiti dan kemampuan penghasilan telur bagi reban kita.. keperluan ini mungkin berubah mengikut reban anda kerana byk faktor yang mempegeruhi.. yang penting anda boleh melakukan kiraan mengikut rekod penghasilan telur selama 3 bulan untuk keputusan keseluruhan.. so kalau aku ada 150 ekor ibu dengan 120 ekor yg matang mungkin aku perlukan 4-5 biji dalam satu2 masa.. so kalau dah ada 3.. just tambah lagi 2 jelah kan..

*gambar 4 keping diatas adalah incubator yang ada dirumah dan kesemuanya adalah homemade sahaja.. hehehe.. nak terjun bidan nie kena lah mendalamkan ilmu kan.. apa salahnya belajar sekali ilmu membuat incubator anda sendiri.. dan 2 gambar dibawahnya adalah anak2 ayam yg menetas dala incubator tu..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram