Pages

Peringkat pembesaran anak ayam,




Salam,

Kali ini teman nak bercerita sedikit tentang anak ayam ini. sedikit maklumat ini adalah antara isi pembelajaran yang akan anda perolehi didalm kelas teman, Bagi mereka yang betul2 baru dalam penternakan ayam kampung, perlu anda mempelajari ternakan seperti ini. Kalau dulu teman tiada langsung peluang untuk belajar tentang tenakan ayam ini, kini teman pula menjalankan tugas kepada mereka yang memerlukannya dengan kelas teman. Perlu diingatkan yang teman adakah adalah kelas dan bukannya khursus, Ini kerana ianya hanya dilakukan didalam rumah teman sendiri dan pembelajarannya terus direban. Kalau anda inginkannya seperti khursus, mungkin suatu hari nanti teman akan melakukannya dengan tempoh mungkin 2 hari dan dilakukan disatu kawsan yang lebih baik dan sesuai.

Sekiranya anda ingin menternak anak ayam dari usia seawal baru menetas, a
nda perlu tahu yang tugasan anda adalah menjadi ibu gandi kepada anak ayam tadi sehingga anak ayam itu mampu untuk berdikari sendiri. Oleh itu, anda perlu tahu apakah tugas bagi seekor ibu ayam terhadap anaknya. Kalau anda dapat memahaminya, Insyallah dengan izin tuhan kita dapat memastikan anak ayam kita terus membesar dengan baik.

Secara amnya ayam yang selain dari ayam pedaging, membesar sehingga mencapai usia matang. Ini bermakna ayam tersebut akan berubah dari keseluruhan stuktur biologi dan fizikalnya dari anak ayam sehingga ke ayam dewasa.Perubahan ini mungkin ada sedikit perbezaaan dari segi tempoh masa mengikut jenis ternakan yang anda ternak. Bagi ayam kampung asli biasa tempoh matang bagi seekor betina adalah 6 bulan dan bagi seekor ayam jantan antara 8-12 bulan. Ciri kematangan seekor jantan dapat dilihat dengan jelas apabila mencapai peringkat matang.

Bagi mereka yang menternak untuk jualan daging, terdapat banyak lagi faktor yang diambil kira sebelum menjual ayam tersebut. Ini kerana untuk jualan daging, jumlah berat sesuai untuk jualan adalah perkara pokok yang dipertengahkan berbanding usia ayam tersebut. Namun untuk ayam kampung asli khasnya, bukan berat yang diambil kira tetapi kematangan ayam tersebut. Ciri2 ayam kampung yang telah matang mempunyai keistimewaan sendiri dari segi rase dan tekstur dagingnya. Ini yang digilai pengemar ayam kampung asli ini. Oleh itu sekiranya anda seorang penternak yang sangat mementikan penjualan mengikut jadual dan jumlah berat, maka anda boleh menternak ayam kampung hibrid atau kacuk. Jika anda lebih kepada jualan ayam yang lebih istimewa dan mementingkan rase dan kualiti, pililah ayam kampung asli.

Dari perkiraan tadilah anda perlu tahu peringkat pembesaran ayam ini. Untuk ternakan kacuk, ayam tersebut hanya sempat menjalani peringkat kedua dalam hidupnya dek kerana tempoh penternakan yang pendek. Oleh itu anda hanya perlu tahu atau pelajari sehingga peringkat kedua sahaja dalam pembesaran anak ayam ini. Namun untuk yang asli, anda perlu mempelajar ke3-3 step yang ada untuk memastikan ayam sihat sentiasa.

3 peringkat tersebut adalah diperingkat anak ayam, peringkat ayam remaja, dan ayam matang. Biasanya dalam ternakan ayam asli, setiap peringkat mengambil masa 2 bulan setiap satu. Ini bermakna untuk peringkat anak ayam, biasanya anak ayam akan digelar begitu sehingga mencapai usia 2 bulan. Oleh itu kalau anda menjual ayam kacuk yang dibaah usia 2 bulan, ianya bermakna anda menjual ayam diperingkat anak ayam, Dari sinilah kita akan perasan yang daging ayam ini sedikit tawar serta masih lembut disebabkan usianya yang masih dianak ayam.

Kemudia diperingkat remaja pula ayam aan berada dalam fasa berpisah dengan ibunya sekiranya ayam ini diternak dengan cara tabie dan mula berdikarai untuk membesar. Peringkat ini juga agak kritikal bagi penternakan tabie kerana anak ayam terpaksa bergantung kepada diri sendiri. Jika anda perhatikan, anak ayam yg baru melalngkah kealam remaja, biasanya mudah terdedah kepada penyakit dan mati akibat kekurangan upaya untuk menyesuikan diri hidup berasingan dengan ibunya. Setelah ayam remaja ini berjaya mengharungi usia 2 bulan keduanya, ayam ini akan melangkah keperingkat kematangan. Pada ketika ini semua perbuatan simatang akan ditirunya seperti muk belajar berkokok, mula belajar "mengorat" dan sebagainya. Dengan cara ini ayam remaja dapat mempersiapkan diri untuk menjadi ayam matang.

Pemakanan adlaah perkara yang penting untuk diketahui jenisnya dalam menternak ayam mengikut peringkat pembesarannya. Secara ammya, anak ayam peringkat pertama memerlukan jumlah protien yang tinggi dan berkurangan dalam semua peringkat pembesarannya. Ini kerana ketika ini anak ayam perlu membina tubuh badannya dan membantu membesarkan mengikut usia. Oleh itu pemakanan sesuai seperti mempunyai diet yang tepat perlu. Jika kita tarus memberi mekanan berprotien tinggi tanpa makanan tambahan lain dalam pembesaran anak ayam, biasanya anak ayam akan mengalama beberapa sindrom pembesaran tak seimbang dan sebagainya.

Jika soalan mengenai mengapa ayam kacuk ini sangat kuat makan dedak dan kurang menerima makanan lain selain dedak, kaapannya sangat senang. Ayam yang anda ternak itu sebenarnya masih berada dalam peringkat anak ayam iaitu 2 bulan pertama. oleh itu anak ayam sentiasa berada dalam keadaan "lapar" untuk makanan yang tinggi protien. Kalau anda memberi makanan tambahan seperti duanan serta ubi atau sayuran lebih, pastinya anak ayam akan menolak sbb makanan tersebut rendah kansungan protiennya. Anak ayam yang kita kata kuat mengketedarah tu sebenarnya bukanya pelahap seperti yang anda sangka. Ini kerana saiznya yang berkali ganda dengan ayam kampung asli menyebabkan mereka mekan lebih banyak sesuai dengan berat badan mereka.

Sebagai contoh, anda ambil anak ayam asli dengan anak kacuk bersebelahan. bela serentak untuk membuat kajian. Anda akan perhatikan pada peringkat awalnya, anak ayam ini mempunyai saiz yang tak ketara perbezaaanya, iailah kedua2 masih boleh digengam dengan tangan. Kemudian anda perhatikan pemakanan dan pembezaan mereka. Caranya anda letakkan makanan secara berterusan tanpa benarkan mereka berlapar atau lebih tepat dikatakan makanan sentiasa ada. Kira jumlah makanan yang diambil dan berat ayam ini setiap bulan. Perhatikan yang ayam kacuk sangat tinggi penggunaan makanan dedaknya walaupun masih berada diusia yang sama. Anak ayam asli juga makan selahap ayam kacuk tadi tetapi disebabkan tembolok atau kantung makanna serta saiznya yang kecil, anak ayam ini hanya makan sesudu atau 2 setiap kali makan. Ini berbeza denagn ayam kacuk yang mempunyai kantung makanan yang lebih besar.

Anak ayam in iakan sentiasa bergantung kepada penggunaan dedak sehingga berusia 2 bulan samaada kacuk atau asli. Kalau anda beri makanan lain yang lebih kurang kandungan protiennya, maka anda akan perhatikan pembesaran mereka terbantut. Bagi jualan ayam kampung kacuk ianya sangat merugikan. Oleh itu nak taknak anda terpaska memberikan makanan penuh dedak sehingga berusia 2 bulan. Kalau ada orang kita yang menukarnya dengan harapan kos makanan dapat dijimatkan, saya yakin beliau tak dapat memasarkan ayam mereka dalam tempoh 2 bulan setengah seperti mana pengusaha lain. Oleh itu kesimpulnya, bukan ayam kacuk ini kuat melantak tetapi keperluan mereka terhadap makanan untuk membesar. Skala yang membezakan. Bagi kita orang asia, semestinya hanya satu hidangan sepinggan sudah cukup untuk sarapan. Tetapi berbeza bagi mat salleh yang memerlukan makanan 2 kali ganda dari itu.

Oleh itu untuk berjaya dalam penternakan ayam kacuk, anda perlu ada kekuatan kewanagn untuk emmbeli dedak untuk peringkat 2 bulan pertama. Kemudian apabila ayam anda mencapai sahaja berat 1.3-1.5 anda terus perlu menjualnya sebagai ayam untuk makan. tahap kritikal keanagn yang akan anda terima bukannya dikira mengikut minggu tetapi lebih kepada kiraan hari. Sehari anda lewat menjual, maka jumlah keuntungan anda akan berkurangan. Dari sinilah diukur kekuatan jaringan marketing anda atau sekuatmana anda sebagai peniaga. paka ketiak inilah ornag kita ramai yang tercicir. "ter"ternak ayam ini sehingga 3 bulan malah ada yang lebih dari itu. Bila tiba masa mengira keuntungan maka barulah sedar jumlah jualan RM lebih rendah dari kos yang telah dikeluarkan walaupun jumlah duit ditangan ada puluhan ribu. Jika berterusan maka teman pasti poket anda akan semakin nipis. Ingat bukan ikut kepandaian anda menjimatkan makanan yang harus diberi pujian tetapi kekuatan anda memasarkannya. itulah Keyword dalam penternakan ayam kacuk ini.

Untuk anda mempelajari lebih banyak tentang ternakan dan peringkat pembesaran ayam kampung ini, and aboleh datang kekelas teman kerana ketika dalam kelas lebih mudah teman bercerita dan berkongsi pengetahuan dengan anda. Untuk menulis, setakat mana teman mampu mengadapnya. Dan untuk makluman semua, teman tidak akan mengadakan kelas pada bulan 6 dan mungkin tak berkesempatan untuk melakukannya juga pada bulan 7 kerana dah mula bekerja sebagai sukarelawan pembanci untuk 2010. Kalau kena bertugas sehingga hujung minggu, teman tak pasti adalah teman mampu untuk mengadakan kelas lagi sehingga bulan 10. kalau tak bertugas pada hari ahad, Insyallah kelas akan diadalan pada setiap ahad pertama awal bulan baru. Itu sahaja makluman untuk anda kali ini.

p/s: teman dah cuba masukkan iklan dalam blog, hehe.. nak bagi gempak sikit blog teman nie. Dah lama kaan2 suh buat tetapi teman tak yakin kerana blog teman terlalu sederhana sehingga boleh menarik pengiklan untuk masuk, Alhamdulilah ada beberapa pengiklan yang sudi, kalau ada iklan yang menarik perhatian anda, anda boleh klik pada banner tersebut untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram