Pages

Keli: jangan kita menongkah arus,

Salam,

Post teman kali ini lebih kepada pengalaman teman berhanyir bersama ikan keli. Kalau tuan semua pernah tgk posting teman yang lama, teman pernah menternak ikan keli sebanyak 12 kolam kongkrit seluas 15x15 kaki. Merasalah teman menghanyirkan diri untuk menternak ikan keli. So kali ini teman nak bercerita tentang ikan keli. Asik cerita pasal ayam je kan?

So pengalaman teman taklah tinggi sangat pasal ikan keli. tetapi teman balajar(sama jugak macam teman mengadap ayam ini) banyak pasal ikan keli ini. Sampaikan masa teman menternak dahulu, teman dah boleh buat benih sendiri serta bergantung 100% kepada pembuatan makanan sendiri. Air yang digunakan pula adalah 100% dari parit dan air hujan yang ditapis dan diproses menggunakan sistem ras yang teman sendiri reka. Yang menariknya hanya satu pump kecil digunakan untuk menapis ke-12 kolam tersebut dan selebihnya menggunakan graviti. So jauh juga teman melangkah untuk ternakan ikan keli ini.

Sejak teman mula berminat untuk membele keli ini, teman memnag dah tak setuju untuk menternak ikan dalam canvas, Tambahan pula menternak ikan dalam polytank. Ini kerana ketika itu hati teman kuat mengatakan persekitaraan yang kita wujudkan untuk ikan tersebut tidak sesuai tambahan pula ikan tersebut adalah ikan keli. Ikan keli yang kita tahu suka dikawasan yang berlumpur atau bertanah dan sangat cepat membesar kalau berada dalam keadaaan yang sesuai. teman nie dah mula memancing lama dah, setiap kali nak makan ikan keli, teman biasanya tahu port untuk ikan keli, sememangnya kawasan yang sedikit keruh dan berlumpur. Teman juga tahu yang ikan keli ini suka tempat yang gelap serta berbentuk gua untuk berehat atau menyelamatkan diri. So kalau kita bela dalam kolam yang terang benderang serta jernih, teman rase mereka akan berada dalam keadaan yang tidak tenang sentiasa.

Ok berbalik kepada persoalan menongkah arus tadi, teman bukannya nak mengata sesiapa. Cuma teman nak bagitau yang kita nie orang melayu suka sangat mengikut benda yang diwar2kan walaupun tak tahu sejauh mana kekuatan sesuatu benda tersebut, Teman ingat lagi, semasa keli ini mula2 diperkatakan, hampir semua peringkat umur mula bersungguh2 belajar mengenainya. Tambahan pula promosi serta sokongan dari orang besar serta orang yang memerintah, akhirnya ianya menjadi satu fenomena di Malaysia. Semua orang sibuk menternak bagaikan negara kita ketika itu sangat ketandusan makanan berbentuk ikan terutama keli. Berkoyan2 orang membuangkan anak benih dalam kolam, berlori2 bekalan makanan ikan diimport masuk ke negara kita bila semua orang giler memberi ikan keli dengan palet. Tersenyum besar tokey makanan ikan dengan trend ini. lagi mudah dorang nak naikkan harga pasal semua orang nak beli benda itu, Sangat terbalik kat negara kita nie, barang yang ramai org nak beli harganya akan naik, barang yang takde orang nak jatuh menjunam sampai tokey pun tak sanggup nak beli.

Sebenarnya, kalau anda pernah atau berpeluang sebelum ini untuk menanyakan dari mana datangnya sumber ikan keli sipasar ni sebelum sibuk orang kita menternaknya samaada dalam kanvas atau kolam?pernahkah anda tengok ikan keli dipasar ketika itu berkurangan? pernahkah anda terserempak dengan situasi ikan keli goreng belada atau ikan keli salai tak dapat dijual dikedai makan sebab kekurangan bekalan? Pernahkah anda kempunan bila pergi kepasar dan tokey ikan kata:"sory bos, ikan tarak, semua dah abis jual?".. tentu jarangkan. Dan masa musim perayaan atau musum paling tinggi permintaan seperti dibulan Ramadan pun kita lihat ikan keli ini masih berlambak. Pernahkah anda terpikir masa tu?

Omong2 kosong yang mengatakan semua orang mula beralih arah kepada keli yang lebih bersih dan makan hanya palet sahaja. So semua orang bersemangat dan mula menternak dengan harapan harga ikan ini akan meningkat kepada RM8 sekilo sbb kos makanan yang mahal disamping permintaan yang semakin meningkat. Harapan tinggal harapan. Kini hanya mereka yang masih cekal sahaja yang meneruskan penternakan ini dek kerana berpantah berundur sebelum ajal atau semangat wajar yang tinggi, Yang tak tahan dah mula mengulung tikar atau mencari altenatif lain dalam penternakan yang lebih terbuka pasarannya.

Sebenarnya satu faktor yang membuat teman terus mengosongkan kolam adalah apabila teman berkesempatan melawat 3 ladang ternakan milik Orang lama dalam ikan keli. ternganga teman bila melihat deretan kolam tanah yang sayup mata memandangnya sehingga kehujung kolam. Keluarannya pula merangkumi keperluan 3-4 negeri sekiling negeri pengeluaran ikan tersebut. Jumlah ikan yang dikeluarkan bertan2 banyaknya sebulan dengan penggunaan makanan yang murah seperti perut ayam dan sebagainya. Disebabkan jumlah keluaran yang banyak serta penggunaan makanan yang murah(walaupun diragui kebersihannya) ikan keli dapat dijual dengan harga yang sangat murah. setelah melalui peraih dan penjualpun harga ikan ini masih dibawah RM5 sekilo.

Dan disinilah keyword untuk memastikan pasaran ikan ini sentiasa ada dengan harga yang murah. Ikan diternak secara banyak serta penggunaan makanan yang murah. Bila kita ni yang hanya mampu mengeluarkan ikan tak samapi 1 tan sebulan nak bersaing dengan golongan otai ini sudah pastinya kita tak mampu. Walaupun kita berbangga dengan ikan yang lebih baik dan lebih bersih, namun kekuatan keluaran kita tak dapat menandinginya. Harga untuk pulang modal pula tak dapat kita nak turunkan sbb kos operasi untuk sejumlah ikan yang rendah adalah lebih mahal. So dengan harga yang 2 kali mahal walaupun ada jaminan bersih, kita masih lagi tak mampu menembusi pasaran tersebut. Lainlah kalau kita mampu untuk mengeluarkan ikan yg lebih baik serta harga yang hampir sama dengan ikan yang sedia ada. Ketika itu mungkin kuasa bersaing kita lebih baik dan kalau ketika itu kita mampu untuk mengeluarkan jumlah ikan yang sama dengan otai ini buat, maka pemintaan ikan perut ayam akan menurun serendah2nya.

Namun apa yang berlaku, pengusaha otai ini dah mula menukar cara penternakn mereka dengan meningkatkan sedikit cara penternakan&pemakanan mereka serta memasukkan satu fasa baru yang dinamakan fasa "mencuci ikan". Resultnya ikan keluaran terbaru mereka lebih baik isinya dan kurang hanyir berbanding dahulu tetapi masih mengekalkan harga lama. So kita lihat sekarang dipasar borong, ikan keli masih bersepah dan mudah untuk didapati, ikan pun dapat dibeli dengan harga lama. So kalau kita nak berdebat lagi yang ikan kita lebih baik, cuba bandingkan dengan standart ikan yang ada sekarang. Kadang2 teman sendiri tertanya2 ikan, adakah ikan ini ikan keluaran golongan kanvas atau kolam tanah milik orang kita atau masih keluaran otai lama sama seperti dahulu. Kalau nak kata keluaran geng kanvas,teman rase macam tak munasabah pasal jumlah ikan yang datang setiap hari berlori2 banyaknya(dipasar borong) dan dah lama sangat teman tak dengar cerita pasal oatai kanvas yang mampu mengeluarkan ikan melebihi 1 tan sehari. Takde rasenya.

So kalau kita nak mencuba benda yang baru seperti suatu ketika dahulu dalam menternak ikan keli, parlu kita mengkaji sejarah atau susunan pasaran itu dahulu, Ini bermaksud lihat dahulu betul ke peluang ini boleh diambil atau betul ke barangan atau produk yang akan kita buat tersebut akan mendapat sambutan. Kalau kita seronok sendiri atau merasa yakin tak tentu hala yang permintaan dinegara kita tak mencukupi, dari mana kita mendapat maklumat tersebut? adakah dari mereka yang menjual produk atau skim ? atau dari pendapat orang setempat? atau mereka yang kerap menggunakannya. Benarkah suatu ketika dahulu teman mendengar kita mengimport beratus tan ikan keli dari luar negara kerana tak mencukupi. Benarkah kalau anda menternaknya akan beratur peraih untuk membeli ikan anda? Kalau ada yang kata negara kita mengimport beratus tan ikan dari luar negara tu teman percaya, tetapi bukan ikan keli, tetapi ikan laut masin seperti ikan kempung, bawal dan sebaginya. Sememngnya kita mengimport ikan ini dari negara jiran malah ada yang diimport dari india.

Satu lagi bab ayam ini. Teman juga seperti anda semua pembaca blog ini. Sangat berminat tentang perikan atau penternakan. Suka sangat dalam bab pertanian. Kalau boleh nak jadi petani atau peladang moden yang menjanjikan peluang kewangan yang sangat tinggi. Bukan apa nak mencuba bidang perniagaan baru yang kononnya tuk nenek kita dulu gagal untuk mengkomersialkan.

Zaman tok nenek kita dulu takde teknologi sedangkan sekarang semuanya ada. Dari Jentera sampai ke pemodenan benih. Tetapi kita terlupa yang apa2pun yang melibatkan pertanian, semuanya menuntut peluh kita untuk menitik kebumi. Yang kita lupa pengorbanan dan kepayahan dalam membanting tulang manjadi petani tak kiralah samaada dengan teknik moden atau tradisioal. Sanggupkah kita?. Sungguh memalukan bila kita membuka ladang tetapi kita mengharap buruh dari luar untuk mengusahkanya. Yang kita tahu goyang kaki dan mengarah pekerja melakukannya. Takde perasaan sayang kepada projek kita sbb ada orang yang akan bersusah payah untuk kita. Tetapi bila gagal semua orang akan disalahkan. Padahal kalau kita perhatikan, tuk nenek kita dulu sangat sayang kan projek mereka, sangat sayang sbb itulah mata pencarian mereka. Kalau ada parang sebilahpun, akan diasah dan diminyakkan supaya tak karat. Itulah perumpamaannya.

So kes kalau kita nak menternak ayam. Perlukah kita nie menongkah arus dengan menternak ayam kacuk yang dah dibuat secara komersial serta berderet2 rebannya. Satu reban sahaja dah boleh mengisi 10k ayam. rebannya pula sayup mata memandang. Sampai kena naik moto kalau nak sampai ke hujung reban. Yang kita mampu ketika ini hanya menternak paling kuatpun 5k ayam untuk keluaran setiap 3 bulan. Bukankah kesnya sama seperti keli tadi? pernahkah tuan semua pergi kepasar untuk melihat sendiri ayam kampung kacuk? Pernahkah? Cuba luangkan masa sedikit untuk melihat deretan ayam ini dipasar dan tanyakan harganya. Kemudian anda tanyakan pula dari mana bekalan ayam ini datang. Mesti sumbernya sama. Dan anda cuba2 tanya, kalau saya ada bela ayam ini ayam dan mau tolak sama lu.. berapa lu ambil harganya?

Kalau dah dapat jawapannya, cuba anda buat kira2 untuk jumlah kos makanan serta kos penternakan yang perlu untuk 1 ekor ayam. Kemudian anda kalikan dengan kos untuk 1k ternakan. Dah dapat, anda tolakkan pula denagn harga yang mungkin anda dapat jual pada pekedai tadi di pasar. berbaloi ketidak. Kalau nak cakap pasal pemikiran sebagai seorang peniaga atau pengusaha, sepatutnya anda lihat adakah peluang atau tidak dengan perkara ini. Jangan ingat sebagai peniaga, anda dah cukup bijak bila memilih ternakan ayam kacuk sbb lebih cepat besar serta masa penternakan dapat diminimakan. Kalau anda rase lebih baik menternak kacuk, bagi teman anda tiada pemikiran sebagai seorang peniaga. Bukan sedikit orang kita yang menternak dibawah 5k ayam dah gulung tikar. Ini kerana kita tak mampu untuk bersaing dengan otai ayam yang dah mengeluarakan bertan2 ayam ini setiap hari. Pengurusan yang baik serta jumlah ternakan yang banyak menyebabkan kos operasi mereka efisien serta mampu menarik lebih banyak pelangan dengan tarikan harga rendah.

Kita nie dah lah bela 2-3 ribu ayam sahaja untuk satu sesi, pastu nak demand harga pula sampai 8-10 ringgit sekilo. Sapa nak beli? Ayam yang sama yang kita jual dapat dibeli dipasar dengan harga RM 7-8 sahaja. Dah tu kalau anda rase mudah nak pasarkan ayam sejumlah 2-3k dalam masa seminggu, anda silap. Itulah kelemahan paling ketara yg ada pada kita orang melayu. yang kita harapkan biasanya pada penghujung sesi penternakan adalah ada lori peraih atau lori tokey yang akan angkut semua ayam kita sekaligus.. sapa nak amik kalau harga kita lebih mahal dari harga pasaran semasa?

Disebabkan semua kepahaman dan pendapat teman inilah teman tak menternak ayam kampung kacuk. Walaupun ketika itu teman ada modal dalam 30K (tak termasuk ayam yang dah ada direban). Dengan wang sejumlah itu teman yakin teman dah boleh mula menternak ayam kacuk sebanyak 1-2k satu sesi. Dah boleh sangat. tapi hasil pemantauan serta kaji selidik market, terus teman angkat tangan. Kalau tuan semua kata kita boleh menjual sendiri kepada orang ramai yang berminat atau menjual kepada pendatang asing, adakah anda mampu menjual 1-2k ayam dalam masa seminggu? kalau boleh anda memang hebat. Apa yang teman buat adalah mengunakan wang tersebut untuk membuka pusat penetasan anak ayam serta menternak ayam kampung asli. Kenapa? mestilah permintaan lebih baik serta harganya. Kalau takde cara yang betul untuk menternaknya, dah tugas kitalah untuk mengkaji cara menternaknya dengan betul. Dan tugas kitalah juga untuk mencari jalan supaya dapat mengeluarkan sejumlah ayam untuk kita jual pada penghujung sesi. dan tugas kita jugalah untuk memastikan kita jumpa cara terbaik untuk mengkomersialkan ayam kampung asli ini.

So teman harap, cerita teman yang luar biasanya panjang kali ini memberi pedoman kepada anda yang tercari sama ada nak bela kacuk atau ori. Terpulanglah. Kalau nak menumpang sedikit sebanyak dengan ternakan kacuk anda masih boleh lakukan,janji anda buat persiapan terlebih dahulu. kalau tuan semua lemah serba serbi macam teman, bela sahajalah ayam kampung asli yang kurang sedikit kesukarannya. Cuma mungkin anda tak akan cepat kaya seperti menternak ayam kampung kacuk.. hehehe.. teman hanya memberi pendapat.. anda yang menentukanya.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

KELI OH KELI said...

saya suka dengan pandangan tuan,,,terima kasih,,

Instagram