Pages

"Marah betul aku"

salam,

hehehe bukannya teman marah tetapi teman nak cerita apsal seorang sahabat kita yang baru sahaja call teman tadi, teman duk lepak kat reban memotong kayu untuk pankin teman, Tgk si firdaus tu buat pankin teman pun nak buat satu.. semua barang ada kat reban, kayu pun dah ada.. so teman tinggal nak potong n ketuk paku je.. Tak terpikir pulak nak buat sebelum ini.

Tengah leka bertukang.. teman dikejutkan oleh pangilan telepon.. sembang agak lama, rupanya sahabat kita yg dah lama beratur atau "Q" untuk beli anak ayam teman, sememangnya teman tak pernah nak iklankan anak ayam teman dalam blog. Jumlah tempahan sekarang dah melebihi pengeluaran, tak dapat langsung nak jual kepada mereka diluar. Kalau anda tak percaya, tempahan teman dah menjangkau sampai bulan 7 depan walaupun ayam teman belum bertelur lagi. Alhamdulilah melihat trend pasaran anak ayam sekarang.

Apa yang memanaskan hari sahabat kita nie adalah aktiviti penipuan panjual anak ayam yang berasal dari selatan(lokasi sebenar tak boleh teman beritahu, dari nama penjual tu teman rase teman tak pernah kenal atau tahu. Bukan kawan n kenalan teman rasenya. Sahabat kita ni dah jauh berjalan mencarik anak ayam dan baka ibu ayam. Pada mulannya hanya berminat nak beli anak ayam sahaja untuk pengumpulan baka kelak. beliau kata ada dialam internet yg menjual anak ayam ori dengan jumlah yang banyak. Tetapi teman dah nasihat kepada beliau sebelum ini supaya berhati2. Ini kerana ada beberapa pihak yang mengambil kesempatan terhadap permintaan yang tinggi. Apa yang teman kagum dengan sahabat kita ini adalah beliau sanggup berjalan jauh untuk membeli anak ayam jika betul2 ayam tersebut ori. Bukan apa nak menyahut cabaran katannya, lagipun beliau betul2 peminat ayam ori ini sejak dari dulu.

Nak dijadikan cerita beliau membeli anak ayam dengan harga rm 2.50 sebanyak 100 ekor. Pastu minggu hadapannya beliau membeli lagi seratus ekor. Niat dihati kalau selepas sebulan membeli beliau nak tgk progress anak ayam tersebut dahulu sebelum membeli dengan jumlah yang banyak. Bila pembelia kali kedua si penjual mengatakan ada ibu ayam untuk dijual. semuanya ori. Dah macam mengantuk disorongkan bantal, terus je sambar, bila dibayar jumlahnya terus sahabat kita bawak balik. (ayam dah siap masuk dalam kotak), sampai je kat umah beliau termenung sekejap melihat ayam yang dibelinya. rase macam pelik je ayam tersebut. terus tangan menggunkan hp untuk buat kiraan dengan jumlah kilo yang dibayar tadi. Untuk ayam 10 ekor jumlah kilonya adalah 16kilo. Dah tu ibu yang baru usia tepat6 bulan pula tu, yg masih dara n belum pernah bertelur. HUH, terus dia mengeluh ketika itu. Sifat was2 menyebabkan beliau terus berdiam diri walaupun si pejual tu ada beberapa kali menghubunginya.

Akhirnya cukup sebulan umur anak ayam tersebut baru beliau terperasan yang anak ayam beliau terlalu kuat menketedarah. Main guni masa beliau membeli dedak. Sakit hati katanya. Dah la pulak sahabat kita nie jenis bagi makan macam takde esok dah.. untuk 100 ekor ayam dia bubuhnya 4 bekas makanan isi sendiri(yg macam bekas air tu) penuh dengan dedak tanpa gagal mengisinya semula. (sahabat kita ini ikut cakap teman supaya jgn sesekali biarkan anak ayam bawah 1 bulan putus bekalan dedak). Berat ayam dah mencecah 800-1000 gram. Mengeluh dia sbb dah terkena tipu.

Apa yang dimarahkan sangat adalah perasaan kena tipu bulat yg mengatakan ayam tersebut ori iaitu ayam yg diternak sendiri. Beliau ketika itu yakin sbb direban penjual tersebut ada banyak dlm 80 ekor ayam ori. So anggapan sahabat kita ni anak ayam tersebut berasal dari reban tersebutlah. Beliau tak sangka yang mamat tersebut baru nak belajar trading dengan mengambil anak orang lain untuk dijual semula. Satu penipuan tepat atas muka secara terang2an. Bukan kewangan yang dikesalkan tetapi lebih kepada perasaan hampa bila baka yang diidam2kan tak dapat. Kalau setakat ayam kacuk ditempat beliau pun bersepah katanya. Beliau ingat beliau dah jumpa port yg ada jual anak ayam ini dengan banyak. mestilah seronok dihati pada mulanya.

Apa yang boleh teman nasihatkan kepada beliau supaya jadikan ini semua sebagai teladan. Sekurangnya kita dah merasa menternak ayam dalam jumlah yang ratusan. Mungkin selepas ini beliau boleh mula belajar menjual ayam kacuk ini sebagai satu lagi pengalaman baru. Dalam masa yang sama terus kan usaha untuk menternak ayam kampung. Tak salah nak bela ayam kacuk sebenarnya. Kalau suka silakan, tetapi nasihat teman mulakan dengan jumlah yang sedikit dahulu. Cuba bela dan jual. Pastu kalau dah abis mulakan sekali lagi dengan jumlah 2 kali ganda. Cuba jual. Sampai satu masa anda yakin dengan permintaan dan kawasan jualan anda barulah anda terus menternak. Jangan sampai jadi macam ikan keli, penat2 bela denagn kos yang tinggi, aleh2 bila nak jual dorang nak beli dengan harga bawah kos ternak. Cukup 2-3 pusingan dah boleh dah angkat dan sidai canvas tersebut buat tukun atau atap garaj kereta hehehe..

jaringan penternak ayam kampung..

2 comments:

KELI OH KELI said...

sampai bila harga keli ni rendah?? aduhai............

peja said...

TIME KASIH ABE PULL..ingat jgak kat kiter..payah la nak pos serama kat selangor..prosedur banyak..tapi lega pas tengok ayam serama abng yang warna kuning. ok la tu wat pemanis reban..pasal anak ayam kacuk or ori ni kan..raser cam boleh bezakan tak...kesian lak dengar citer brader ni..bukan dalam bidang ayam kampong jer..dalam serama and ayam laga pon sama..lagi banyak dan beribu2 habis beli baka orang last2 fedup sebab tak jadi..anak kuar cam alaa2 ayam israel/..huhu..kalau nak cam anak ayam kampung ori ngan ayam kampung kacuk rasenyer dari segi saiz kan..nasib baik penjual tu tak kaitkan dengan nama abang,,kalau tak lagi haru..

Instagram