Pages

orang kita orang dia..

Salam,

Sepanjang hidup teman, boleh teman katakan yang teman nie hampir 80% majikan teman adalah dari bukan bangsa kita. Lama sungguh teman bekerja dan hanya 20% yang teman bekerja dengan melayu yang seadanya. Dan pengalaman teman cukup luas dalam kerja makan gaji kerana teman nie telah bertukar tempat kerja sebanyak 4-5 kali sepanjang hidup teman.(mungkin bagi orang tu baru jumlah yang sikit) dan biasanya teman meninggalkan sesuatu pekerjaan bukan sebab kena buang kerja tetapi lebih kepada segaja berhenti bila perasaan bosan tiap2 hari mengulangi benda yang sama. Bagi teman kalau teman teruskan perjalanan hidup teman ditempat yang sama, maka pemikiran teman serta pengalaman teman hanya terhad sikawasan tersebut sahaja. Dan yang paling membimbangkan teman sekiranya teman duduk lama sangat bagi sesuatu kerja dan hanya mahir dalam membuat sesuatu perkara, bila berhenti kelak teman tiada kemahiran asas yang lain atau dalam erti kata lain tak tau buat kerja lain selain yang dah biasa dibuat.

Dari pengalaman teman ini, teman boleh rumusankan yang terdapat kebaikan serta keburukan bagi kedua2 bangsa. Sangat mengejutkan sekiranya anda tidak berpikiran terbuka. Namun teman tidak pernah berat sebelah atau mengamalkan perkauman. Rumusan teman adalah seperti begini:

-orang kita nie kurang laju dalam menjalankan pekerjaan atau kekadang sukar nak melangkah ke tangga yang baru. Ini kerana teman dapati boss orang kita yang teman kerja nie, biasanya sering selesa dalam lingkungan kerjanya. Bila teman masuk dan dah mula memandai2 untuk emmajukan perniagaan, biasanya ditolak dengan alasan tak nak amik risiko dan sebagainya. Tetapi orang dia, kalau teman bagi pendapat atau cara nak update biz, dorang biasanya diam pada mulanya dan tetiba tindakan dah diambil untuk mencubanya. Apa yang teman perhatikan, kalau dibuang kulit dan wajah rupa, sebenarnya sama sahaja cara berpikir dan kehidupan dengan orang kita. Mereka juga manusia yang mempunyi akal dan fikiran. Cuma keazaman mereka yang orang kita tak boleh ikut.

-Orang dia kalau bersaing dalam perniagaan, biasanya memperkuatkan barangan masing2 untuk melawan dengan pesaingan yang ada. Mereka sentiasa upgarede barang mereka dengan memperuntukan masa dan kudrat untuk melahirkan sesuatu yang baru dan lebih baik. Itulah yang teman nak ikut dan jadikan contoh.Kalau berniaga makanan sebelah menyebelahpun, masing2 buat benda yang berlainan supaya lebih banyak pilihan.. bukanya seperti kita kalau buka kedai makan, gorang pisang atau nasi lemak suka jual benda yang sama bersebelahan. Tambahan pula, orang kita ada sedikit perasaan malas dan suka ikut jalan singkat. Contohnya bila melihat kejayaaan atau kehebatan seseorang dari bangsanya, maka hati rase cuba untuk meniru atau sama berjaya dengan orang tesebut wujud, cuma caranya sahaja yang salah. Kita perlu berusaha untuk meniru cara orang tersebut bekerja dan dengan masa yang sama memerah otak dan fikiran untuk mencipta sesuatau produk yang lebih baik segala segi. Dan kemudiannya barulah kita bersaing dengan sihat dan sama2 merebut peluang perniagaan. Itu cara yang betul.Dan bukannya dengan meniru bulat2 produk tersebut dan kemudiannya menjual dengan harga yang sedikit murah demi merebut kepopularan produk tersebut. Sebagai contoh kalau ada sorang tu mengeluarkan minyak wangi dengan kelas tersendiri serta berjaya memenuhi permintaan rakyat, tetiba ada pulak mamat yang meniru produk tersebut dengan patern yang sama malah dengan jenama yang sama semata2 nak mendapat keuntungan atas hasil orang lain. Itu satu perbuatan yang tak beretika dan langsung tak bermoral. Dan Agama kita pun melarang kita berbuat sedemikian kerana tidak mengormati hak orang lain. Dari segi moral juga ianya melambangkan betapa bachulnya kita dalam memulakan perniagaan.

Semasa teman menjual incubator selama ini, teman kerap menasihati pelanggan teman agar belajar cara membuat incubator teman supaya kelak apabila memerlukan sejumlah incubator tambahan, mereka tidak perlu lagi membeli dengan teman, Itu cara teman nak berbakti kerana teman bukannya nak jadi kaya dengan menjual incubator. Yang hajat dihati adalah untuk menjadi pengeluar ayam kampung asli seadanya. Tujuan penjualan incubator yang mudah dan ringkas adalah untuk menggalakkan pengguna baru mempelajari kaedah yang dahulunya asing bagi orang kita. Dengan penggunaan incubator ini, taraf kekuatan pengendalian sesebuah reban dapat dipertingkatkan. Yang untungnya adalah orang kita juga yang jauh ketinggalan.

Tetapi sering teman menasihati dengan berkata teman galakkan meniru incubator teman untuk kegunaan sendiri tetapi teman tak benarkan kalau mereka meniru untuk tujuan jualan. Ini kerana incubator itu adalah hasil rekaan teman yang asli dan menggunakan konsep yang diperbaruhi dari hasil pemikiran teman. Kalau nak berniaga incubator, belajar cara nak buat incubator dan kemudiannya hasilkan incubator ciptaan sendiri yang ori dan jual dengan bangga. Kalau anda meniru bulat2 dan menjualnya, anda sendiri akan mendapat tempias apabila ada yang mencebek mulut dan mengatakan anda seorang peniru dan pencopek. Sungguh memalukan. Bagi teman ianya bagaikan mencakar2 ego dan maruah diri teman sekiranya ia terjadi pada teman. Tujuan teman tidak mengalakkan pelanggan teman meniru bulat2 dan menjual kerana ianya akan membataskan pemikiran bangsa kita untuk menjadi pencipta atau memperkembangkan pemikiran. Kalau sering sangat benda macam ini berlaku, sampai bila golongan kita mahu keluar dari tempurung kecilnya.

So rumusannya, teman tak marah dengan kejadian baru2 ini bila teman terjumpa satu iklan sesorang menjual incubator saling tak tumpah macam yang teman jual. Kalau nak diikutkan pemikiran positif, itu satu perkara yang baik kerana teknologi ini telah mula diserap oleh masyarakat kita. Cuma dari segi etika dan akidahnya ianya menjadi salah. Terpulanglah kepada pembaca blog teman membuat rumusan.Kalau anda rase pendapat teman ni banyak kurangnya atau tidak tepat, teman tidak akan melenting. Itu hak masing2, dan apa yang perlu teman buat sekarang adalah melangakat satu petak lagi kehadapan agak tidak jauh ketinggalan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram