Pages

genap setahun berbloger..

Salam,

Bulan ini cukuplah setahun lamanya teman mempunyai internet sendiri dirumah menggunakan perkhidmatan berukband errr.. broadband maxis. Sememangnya satu pengalaman yang sangat baru bagi teman yang selami ini hanya bekerja dengan manusia. Dan disini jugalah teman mengenai cara terbaik untuk menyebarkan pendapat dan idea baru untuk tatapan semua.

pada mulanya teman berhajat untuk menggunakan internet sebagai cara mendapatkan ilmu paling cepat dari serata dunia untuk perternakan atau pertanian. kemudian teman baru dapat tahu pasal satu laman blog yang percuma yang boleh dijadikan satu web site simple untuk tujuan peribadi. Kemudian dengan minat yang mendalam, teman memulakan pembikinan blog dengan sendiri. Kalau anda semua pengikut blog teman yang terawal, dahulu teman mengunakan latar belakang gelap untuk blog teman. Ada yang membangkang dan ada yang suka. Kemudian lahirlah latar belakang yang baru yang lebih simple dan nampak kurang padat. Teman lebih suka blog yang kurang link atau mudah untuk kita melayarinya. Cukuplah dengan sekadar 5 post yang diletakkan dimuka pertama bagi rujukan berikutan kekerapan teman yang suka update blog. Kalau terlalu sedikit nanti ada yang tertinggal untuk membacanya kalau lama tak dibuka. Kalau terlalu banyak post dalam muka surat mungkin akan melambatkan komputer anda untuk membukanya. Seterusnya teman kurang meletakkan link2 berat yang memerlukan masa untuk buffer kerana teamn percaya pembaca tidak suka menunggu untuk melawat blog anda. Teman juga mengelakkan untuk meletakkan banyak link atau post video bagi mengurangkan bebasn memproses dalam komputer anda.

Kalau setahun dulu, teman ini agak buta IT kerana hanya pergi ke CC untuk melihat email atau perkara yang penting sahaja. Namun sekarang bila dah hari2 mengadap semuanya nampak mudah. Sememangnya teman tak pernah percaya sebelum ini yang teman akhirnya berniaga menggunakan internet, Hampir 90% pengiklanan dan penjualan teman adalah melalui internet. Satu langkah yang berjaya bagi teman memandangkan teman baru benar dengan alam cyber ini. Seterusnya, teman mahu keluar untuk menjual produk teman keluar untuk berdepan terus dengan pengguna. walaupun teman dah berjaya melakukanya menerusi komputer teman, tetapi teman yakin potensi sebenarnya ada diluar. Masyarakat kita masih kurang menggunakan internet untuk urusan harian. Masih kurang lagi kita bergantung kepadanya kerana kita masih gemar melakuakan aktiviri pembelian melalui pengalaman sebenar. Mungkin lagi 10 tahun lagi semuanya akan berubah.

Kalau nak diikutkan hari teman, mungkin teman sekarang dah mencari sumber dana mungkin dengan pinjaman 6 angka untuk membina reban mega yang mampu menempatkan ribuan induk ayam. Namun hati teman kuat menahan nafsu teman kerana teman kurang yakin dnegan ilmu yang ada ini teman mampu menaganinya. Untuk membina reban sebegitu besar, satu pejabat dengan kerani perlu diadakan. Dan semestinya teman memerlukan satu sistem terbaik bagi memastikan perniagaan lancar. Untuk aspek pasaran pula, teman yakin masalah ini belum lagi menjadi kerisauan. Teman sangat yakin dengan permintaanya serta berdasarkan pujukan orang tengah yang mencari baka ayam. Kalau setakat teman boleh keluarkan 10k anak ayam sebulanpun, teman yakin ianya boleh dijual lagi. Kalau ada lebihan bekalan mungkin teman akan menternaknya sendiri atau kalau ada permintaaan dari mereka yang memerlukan anak ayam separuh matang, teman masih boleh jual. Masalahnya, adalah teman benar bersedia? adakah teman ini sudah mempunyai cukup ilmu untuk melaksanakan semua itu?

Menternak untuk seratus ekor tidak sama dengan menternak 1000 ekor. Dan menteranak 1000 ekor tak sama dengan menternak 10,000 ekor ayam, tak kiralah menternak dari kecil atau menternak induk untuk benih. Kawasan serta pengurusan pasti akan bertambah. Itu tidak lagi dikira beban tugas yang perlu dipikul. Dan jumlah ternakan sebanyak itu, jangan haraplah anda ada banyak masa terluang untuk berehat2 atau bersantai,terlalu banyak tugasan yang perlu dilakukan. Adakah dengan cara teman sekarang ini teman mampu?

Sebagai penternak, teman sendiri mempunyai angan2. Dah lama sangat teman berangan2 seperti ini dan sedang cuba kearah itu. Angan2 teman timbul bila teman melawat ladang DQ farm. Sungguh terpesona teman dengan usaha dan perniagaan yang dimiliki. sebenarnya bukan saiz ladang atau jumlah ternakan yang dikeluarkan yang menjadi cemburuan teman tetapi cara tuan punya ladang ini mengurus ladangnya. Bayangkanlah, bukan mudah menjadi ladang perintis yang mempunyai sijil pengiktirafan menjual ayam kampung organik. Dan mungkin sekarang masih lagi memegang tahta sebagai satu2nya ladang ayam organik diMalaysia. Kalau boleh teman ceritakan pengalaman teman disana, huh.. macam teman berada ditaman konsep atau zoo seadanya. Bayangkanlah.. kita nie baru nak kenal dengan ayam mutiara ketika itu, tetapi beliau dah menjalankan satu pemilihan baka atau pengkacukan silang terancang untuk mendapatkan ayam albino untuk dikomersialkan. Ayam putih ini sesuai untuk dijual secara komersial kerana bulunya yang mudah dibersihkan dan akan nampak lebih bersih kalau dijual togel.

So mungkin setahun akan datang, teman akan menulis post seperti ini pada bulan 5 dan menceritakan pula perjalanan hudup teman selama setahun lagi dan harapan teman ketika itu teman telah maju setapak lagi dalam bidang ini. Itupun sekiranya mendapat keizinan dari Ilahi, sapa tahu takdir kita kan?

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram