Sapa yg pernah berkunjung atau tepon teman?

Salam,

Ni satu kesimpulan yang nak teman buat. Kalau tuan2 semua merasakan penternakan ayam kampung terutama ayam kampung asli malaikai ini adalah perniagaan low class atau takde berdaya saing, ini adalah rumusan yang teman buat sepanjang teman menulis dalam blog ini.

Klau Tuan2 semua nak tahu, Antara yang pernah menghubungi teman adalah dari golongan mereka yang berniaga dan berpoket tebal, guru2 termasuk guru teman di MRSM dahulu, rakan2 sekolah teman yang dah lama tak bersua, Org kampung teman yang sanggup datang kereban dari kampung untuk belajar nak menternak ayam kampung nie, penguam, org kuat kastam, org kuat RTM(tapi bukan artis la), pegawai dari putrajaya dan banyak lagi.

Dan hampir kesemua mereka ini sudah mempunyai kerjaya masing2 termasuk yang sedang berkira2 mengitung hari tamat berkhidmat mereka. Masing2 membawa cerita dan harapan tersendiri. Dan teman amat berbangga kerana kesedaran tentang kehebatan atau daya saing ayam kampung ini mula difahami oleh masyarakat. Dan kalau diusahakan dengan betul dan tekun, Insyallah nanti ianya akan membuahkan hasil walaupun pada luarannya nampak seolah sukar untuk dicapai.

Di sini teman nak ingatkan bahawa blog ini dihasilkan bukannya dari tajaan mana2 jabatan atau badan dan bukan juga milik sesebuah institusi yang berkaitan dengan ternakan. Blog ini sememangnya teman bina untuk teman meluahkan dan berkongsi pengalaman yang teman dapat dari menternak ayam kampung selama setahun ini. Kalau tuan2 mengikuti blog teman dari mula, teman percaya tuan2 semua dapat melihat perkembangan atau peningkatan pengetahuan dan perkongsian yang teman lakukan setiap hari. Ada sahaja bahan baru yang teman bawa dan kongsikan bersama. Ada juga maklumat yang teman sendiri masih ragu tentang kesahihnya dan memohon tuan2 semua untuk membeli pandangan balas.

Sememangnya tulisan teman ini lebih kepada catatan harian dan sedikit sebanyak tips yang boleh dikongsi bersama. Kadang kala teman tak nafikan, disebabkan kejahilan teman ini dan kekurangan ilmu didada, ada post2 teman yang kurang tepat isi kandunganya dan kadang kala terlalu jelas percanggahanya. Dan itulah sepatutnya berlaku kerana teman masih dalam peringkat belajar dan semua kesalahan seperti itu perlu supaya proses pembelajaran itu terus berlaku. Lainlah kalau teman sudah mendapat pangkat Prof. didalam penternakan ini terutama tentang unggas. kelas penternakan pun teman tak pernah pegi sebelum ini.

Dengan ketiadaan rujukan yang sesuai, teman banyak mencari ilmu dari orang "lama" disamping satu dua yang diperolehi dari penternak sedia ada sekarang. Semua ilmu yang diterima teman buat uji kaji dan teman praktikkan direban supaya teman berpuas hati melihat hasilnya sendiri. Kalau orang kata, ayam yang memakan bangkai berulat dari telur lalat, ayam tersebut akan mendapat penyakit berak kuning dimana ulat yang kotor dan berkuman itu tadi akan makan ayam dari dalam. Untuk kepastian, teman akan uji sendiri dan melihatkan hasilnya. Jika resultnya benar dan sangat sahih, maka barulah teman tuliskan dalam blog.

Sepanjang teman berblogger nie, begitu ramai teman seperjuangan yang teman jumpa dan berkenalan. Barulah teman tahu yang teman tak berseorangan dalam bidang yg sedang teman ceburi ini. Dan sebaiknya kita bersatu padu mengikut negeri dan mengenepikan segala perbezaan termasuk fahaman politik, cara berpikir, latar belakang serta lain2 yang berbeza. Apabila kita bertukar fikiran dan menjalinkan kerjasama maka segala urusan akan menjadi lebih mudah. Sebagai contoh, apabila kita ada daftar senarai penternak disesuatu kawasan, suara satu kumpulan yang kita ingin bawa ketengah biasanya akan didengari seperti memohon bantuan, pemasaran atau permasalahan mengenai penyakit ternakan kita. Sekiranya kita berpegang teguh kepada kumpulan kita, segala proses penjualan dan harga dapat diseragamkan, dan sekiranya ada permintaan lebih tinggi disesuatu kawasan, kita boleh berpakat menghantar bekalan kekawasan tersebut.

So teman mengucapkan selamat berjaya kepada tuan2 semua yang sedang mengusahakan ternakan masing tak kiralah dari ayam belanda sehingga burung puyuh agar sentiasa sukses dan diberkatiNya. Dan mungkin dengan sedikit sepakatan, kejayan demi kejayaan akan kita genggami bersama... Amin..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments: