Pages

Kita mungkin salah anggap..

Salam,

nie tengah bersiap2 nak kesana nie.. rasenya tak eloklah tak tulis sedikit .. kalai ini teman nak bercerita dengan apa yang berlaku dikalangan peniaga melayu sekarang yang kekedang kita tak sedar ianya selalu berlaku.Ceritanya begini,

Biasanya kalau kita terdengar atau bertanya tentang pekerjaaan seseorang dan dijawab dengan hanya kerja sendiri atau berniaga, jawapan spontan yang keluar dari mulut kita biasanyaberbunyi begini.."wah buat biz sendiri.. ni misti kaya ni @ masyuk..." ada juga kekadang tanggapan yang mamat tersebut sudah selesa dan mempunyai banyak wang kerana berniaga. Tangapan kita biasanya orang yang berniaga biasanya kaya dari yang makan gaji setiap bulan. Betulke orang berniaga ini selalunya kaya?

Sebenarnya pemikiran sebegini yang selalunya membunuh nasib peniga itu sendiri. Kita harus ingat, orang kita yang paling jaguh dalam bab skim cepat kaya serta skim MLM yang hanya perlu memujuk orang untuk memasukkan duit dan membayar baris diatasnya. So sikap ingin cepat kaya dan nak cepat sangat jadi kaya tetapi malas berusaha akan merosakkan diri sendiri.

Sebenarnya, jika anda ingin berniaga, perniagaan itu sendiri anda perlu anggap sebagai majikan anda. Ini bermaksud, anda perlu mencari dan berusaha untuk mengejar keuntungan untuk mendapat gaji anda dari majikan yang anda usahakan. Fikiran yang pertama yang perlu ditanam adalah untuk berniaga secara perlahan2 dan sebenarnya untuk mencari makan atau mencari gaji bulanan untuk meneruskan hidup. Anggap perniagaan itu satu pekerjaaan yang mana anda perlu datang kerja setiap hari dan melakukan tugas sebaik mungkin. Pada hujungnya anda akan mendapat gaji setimpal dengan usaha yang telah anda lakukan.

Apa yang menghantui masyarakat kita sekarang adalah sikap tamak dan ingin cepat kaya. Sifat ini sama seperti perasaan tamak untuk membeli no ekor atau bermain juti supaya wang yang dipertaruhkan akan berganda dan berganda lagi sehingga anda menjadi kaya. Realitinya satu persejuta yang bernasib baik seperti itu manakala yang lain akan menjadi "tahi judi" (istilah orang kampung) yang cukup menyusahkan. Sebagai peniaga, anda kena paham yang kejaaan tidak boleh digarap sekelip mata serta ang yang digunakan sebagai modal akan berganda seleapsa tempoh masa.

So kalau anda tahu seseorang itu berniaga, tak semestinya beliau sudah kaya atau sudah banyak duit. Kita tidak tahu sebenarnya apa yang terjadi dalam urusan perniagaanya. Kita mungkin tak sedar yang dia sedang mengikat perut saban hari dek kerana masalah dalam pengurusan wang dan sebagainya. Oleh itu, jika anda sudah berniaga atau baru ingin bermula.. mulakan dengan memeikirkan cara nak menjalan perniagaan anda lebih baik dari semalam dan esok lebih baik dari hari ini. Dari sini barulah kita akan mula berkembang dan mengukuhkan tapak yang sedia ada. Jgn sesekali kita menghitung keuntungan dulu sebelum kita memulakan langkah.. tak salah kita berangan tetapi pastikan kita masih berpijak dibumi yangnyata...

yang penting, kita ingat oerniagan itu adalah satu proses yang panjang dimana setiap bulam kita mengejar gaji kita dahulu untuk terus hidup dan kemudian kita mula mengumpulkan sesdikit keuntungan dari perniagaan. Dan selesa dan agak mampu, barulah kita menambah kapasati perniagaan. Jangan anggap kalau bulan ini kita untung 2 kali ganda, bulan depan kita perlu membesarkan perniagaan sekali gus, Sebaliknya wang yang diperolehi disimpan dahulu sebelum betul2 kukuh untuk dikembangkan. Itu cara berniaga yang sebenanrnya.Tidak boleh terlalu ghairah untuk merebut peluang..


Sebagai contoh: Bela ayam sebanayk 1000 ekor .. cukup 2 bulan jual dan dapat pendapatan 2 kali ganda dari modal.. hati sangat suka.. rasa cam nak kembangkan lagi.. beli 2500 ekor anak ayam.. berjaya lagi.. pendapatn makin bertambah. semua wang keuntungan dilaburkan kembali untuk membina reban baru yang canggih sedangkan reban yang ada masih boleh digunakan cuma agak kurang moden.. Ternakan pun ditambah lagi.. skang dah jadi 10,000 ekor anak ayam.. wang keuntungan langsung tak disimpan sbb rasenya leh digandakan lagi.. dalam hari dah berangan sbb reban dah baru dan cantik, anak ayam pun banyak.. kali ini kalau jual menti aku dah kaya..


TUP TUP, musim bertukar, hujan lebat tak berhenti2, reban separuh banjir dan penyakit mula menyerang.. dari 10k, yang dapat dijual hanya 2k sahaja.. tersusuk sekejap tapi masih bersemangat kental.. buat sedikit pinjaman sbb reban kita dah power.. masuk balik 10k, kos makanan naik pulak, kita ubah dari makan dedak kepada makanan rumusan yang direka sendiri kononnya nak bagi jimat. Ayam dai 2 bulan jadi 4 bulan. Lambat tetapi still ada masalah..dapat jual 3k sahaka sbb banyak mati.. last2 hutang tak dapat nak dibayar marjin untuk makin sikit pasal harga semuanya naik.. reban baru yang kurang produktif, modal dah takde pasal tak leh pusing.. last2? tinggal begitu je reban..

sepatah 2 kata dari teman.. sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram