Pages

Mengapa harga incubator teman rendah?

Salam,

Mungkin ramai yang bertanya mengapa Teman menjual incubator teman dengan harga yang murah.. Dan mengapa teman menjual sehingga ada yang mengatakan harganya tak munasabah berbanding kos yang terpaksa dikeluarkan untuk membina sebuah incubator? Ada yang curiga pada mulanya berikutan harga yang ditawarkan seolah mencermin kualiti yang bakal mereka terima. Itu persoalan atau perkara yang biasa teman terima apabila pelanggan membeli incubator teman. Banyak yg bertanya tentang hal ini. Dan ada yang terus terang secara tidak berselindung bertanyakan apakah kelebihan atau kekurangan incubator teman berbanding yang ada terjual sekarang.

Biasanya teman akan menjawab dalam senyuman, sukar juga nak menjawabnya kerana kalau salah beri jawapan, mungkin org akan kata teman ini riak atau cakap suka mendebik dada. Sememangnya langsung takde niat dalam hati teman untuk mendebik dada atau membanggakan diri dengan apa yang berlaku. Jauh sekali hanya untuk mengejar glamor untuk menjadi terkenal dalam bidang yang teman ceburi.

Tujuan teman menjual dengan harga sedemikian adalah untuk memastikan jumlah pengguna incubator berpendapatan rendah meningkat dari bulan ke bulan. Kalau nak diikutan kos, teman rase harga yang teman jual langsung tak sesuai dijadikan modal perniagaan kerana margin keuntungan sangat rendah, Ini tak termasuk kos tambahan lain seperti pengajaran penjagaan anak selepas keluar dari incubator serta beberapa tips penjagaan yang diberikan. Hubungan penjual dan pembeli incubator tak pernah terputus selagi pembeli masih menggunakan incubator teman, Sebagai contoh, banyak pembeli yang dah menggunakan incubator selama setengah tahun datang kembali untuk bersembang mengenai pengalaman menggunakan incubator yang dibeli. Alhamdulilah, kebanyakan cerita yang diberi lebih kepada yang positif. Cuma rungutan pula timbul apabila incubator yang dibeli tak dapat menampung jumlah telur yang dikutip setiap hari. Nak beli lagi takut pulak musim bertelur habis dan langsung takde banyak telur untuk dieramkan. Ada juga yang mengidamkan incubator bersaiz besar dari yang teman jual. Biasanya teman akan pas kepada pembuat incubator lain yang menawarkan kapasiti penetasan yang lebih besar. oleh itu proses dan perniagaan ini dapat dikembangkan.

Berbalik kepada persoalan mengapa teman jual murah incubator, ada 2 sbb mengapa teman melakukan perkara sebegini,

pertama: teman sebenarnya telah berjanji kepada diri teman setahun dahulu ketika teman mula2 menggunakan incubator. Pada ketika itu, ilmu yang ada sangat cetek serta perkara mengenai incubator ini sangat sedikit diperbincangkan. Teman yakin ketika itu, perkataan "incubator" itu sendiri sangat asing dikalangan penteranak. Ramai yang menggunakan kaedah tradisional untuk mendapatkan baka. Dengan pembelian incubaotr yang berharga RM 380 ketika itu untuk kapasiti 80 biji, teman mula belajar selok belok penggunaanya. Akibat kekurangan ilmu dan sifat kedekut ilmu penjual incub. yg teman beli, teman gagal menetaskan hampir 300 biji telur. Dan ketika itulah teman berjanji sekiranya teman berjaya melakukan tugasan tersebut, teman akan membuat incubaotr yang lebih baik dan menjualnya kepada yang memerlukan bagi mengelakkan perkara yang sama berlaku kembali kepada orang lain.

kedua: Niat teman pada ketika itu adalah untuk membantu "orang kampung" untuk memanjukan diri. Golongan sasaran teman adalah mereka yang berpendapatan rendah seisi keluarga yang berpendapatan dibawah taraf kemiskinan. Bayangkanlah, kalau golongan ibu tunggal atau mereka yang susah, mendapat ilmu tentang penternakan ini. Dengan didikan yang betul serta alatan yang teman jual ini, seorang penternak sambilan yang mempunyai ayam dibawah 50 ekor dapat menjana pendapatan tambahanan dari ternakannya. Mereka sangat biasa dengan ternakan ini berikutan itulah sumber protien yang biasa mereka ada buat ketika itu. Ayam yang diternak hanyalah untuk makan sendiri apabila teringin untuk menjamah makanan enak. Dengan bekalan yang ada, mereka boleh memulakan perniagaan jualan anak ayam atau yang lebih baik jualan daging sekiranya ada kemahuan. Dari induk 50 ekor, mereka menetaskan baka baru dari telur yang dikutip dan dibiakan sehingga 6 bulan. Dari sini jumlah ternakan akan berganda dan sudah boleh menuai hasil bulanan dari pernigaan kecilan ternakan yang sudah mereka mulakan dari dulu lagi ketika susah. Bayangkanlah kalau seorang dari golongan susah yang kais pagi makan pagi, mendapat pendapatan RM 1000 sebulan dengan hanya menjual ayam? tak banyak, cukuplah dengan jualan 50 ekor ayam setiap bulan ditambah dengan jualan telur yang berbaki.. Bukankah utu suatu yang menggembirakan?

Namun sebenarbya sekarang agak belum tercapai hajat teman yang kedua, 99% jualan incubator teman adalah kepada mereka yang agak berada atau ada kemampuan. Untuk beberapa seketika teman rase ianya juga perlu. Salah teman juga kerana tidak bersungguh2 berusaha kearah tersebut. Teman yang terlalu mementingkan diri dengan menjualnya diInternet dan terlalu sibuk setting reban sehingga terlupa janji teman pada diri sendiri. Walaupun jumlah jualan sentiasa meningkat saban bulan, namun tujuan utamanya langsung tak tercapai. Hanya beberapa golongan sasar sahaja yang berjaya teman temui..

Sekiranya, selepas ini ada dari kalangan pembaca teman yang bekerja dengan badan kebajikan atau kenal dengan mereka yang berpendapatan rendah, anda boleh hubungi teman untuk mendapatkan sedikitan bantuan ilmu dan bekalan incubator dari teman. Bukan teman nak sponser incubator.. tetapi lebih kepada ilmu yang dimiliki untuk dimanfaatkan bersama. Dengan syarat, mereka yang hendak dibantu berminat untuk menternak. Sekiranya anda berniat untuk bersedekah incubaotr kepada golongan ini, beritahu teman dengan jelas, Insyaalah teman juga ingin membantu dengan memberi potongan harga Khas buat golongan ini.. Maaf.. panjang sangat teman bercerita..

p/s: sekurangya teman ada sekikit usaha untuk membantu, jika dibandingkan dengan mereka yang lebih suka mengkritik usaha dan bantuan orang lain.. namun diri sendiri langsung tidak berbuat apa2 untuk membantu.. memang seronok mencari kelemahan orang lain dan mengutuk dengan kata2 menyakitkan hati.. tetapi pikirkan dimanakah kaki anda berdiri ketika ini?

jaringan penternak ayam kampung..

1 comment:

osman M said...

Salam, saya sangat bersetuju dengan pandangan tuan itu. Jangan putusasa inilah yang dikatakan ilmu yang boleh membantu tuanya di dunia dan di ahkirat.

Instagram