Pages

Mengapa marah sgt telur tidak berbenih?

Salam,

Saja kali ini teman nak bercerita mengenai cara kita sebagai penternak kecil menghadapi maslah telur tak berbenih. Rugutan demi rungutan teman terima apabila kita memasukkan telur dalam incubator dan telur tersebut tidak berbenih apabila kita candling pada hari ke 5-7 (hari ini terpulang kepada anda). Sebenarnya bagi teman tiada yg rugi dipihak kita sekiranya anda mempunyai masalah sebegini kerana:

anda sebenarnya diberi wang tunai segera dimana sekiranya anda dapati sejumlah telur yang ada eramkan tidak berbenih. Anda boleh menjualnya kepada mereka yang mengemari telur ayam kampung asli sebagai jamu kuat atau makanan tambahan yang melazatkan waktu pagi. Jumlah kelestrol yang rendah dan khasiat lain yang mampu menjadi makjun kepada mereka yang memahaminya. Ataupun anda boleh menjualnya kepada pegamal ilmu perubatan tradisional yang ketandusan telur ayam kampung asli ini.

Seperti teman, dikawasan teman ini ramai yang mencari telur ayam kampung asli untuk mengubati penyakit asma dan lelah anak mereka disamping menambah tenaga bagi mereka yang bekerja keras dikampung. Letas sahaja harga RM 0.60 sebiji Insyallah semua telur yang anda bawa akan habis bagai goreng pisang panas. Bukan senang nak dapat telu rayam kampung ini. Cuma anda jgn jualnya untuk tujuan pengeraman kepada pengguna incubator yang lain kerana anda sendiri telah tahu keadaan telur tersebut.

Sekiranya anda mengeluarkan telur itu secepat mungkin, iaitu kurang dari seminggu, telur terbabit akan berada dalam keadaan baik dimana tiada kejadian telur kuning dalam telur pecah dan menjadi gelap. Telur kuning yang tiada benih akan pecah atau berubah bentuk sekiranya kita turus menerus mendedahkanya dalam keadaan kepanasan incubator. Sekiranya kita mahu menjual telur ini selepas berada lebih seminggu dalam incubator ada kemungkinan kualiti telur tersebut telah terjejas.

Dalam reban anda, teman yakin sejumlah hampir 30% (bagi reban yg betul2 menjaga kualiti induk) telur yang dikeluarkan oleh induk tidak akan berbenih. Fakta ini teman perolehi dari catitan dan kajian teman sebelum ini selama setahun terhadap induk yang telah teman ternak sebelum ini. Dengan jumlah 30% telur tidak berbenih, teman yakin jika anda menjualnya selepas mengeluarkannya dari incubator, anda mampu menjana pendapatan tambahan untuk perniagaan anda.

Teman perhatikan, segelintir pengguna incubator lebih gemar membiar telur tidak berbenih ini dalam incubator kerana mengahapkan keajaiban akan berlaku terhadap telur tersebut. Ada juga yang malas nak melakukan aktiviti candling telur pada masa yang ditetapkan dan membuang sahaja telur tersebut pada tempoh tamat eram sesebuah bacth telur tersebut. Tidakah tindakan tersebut merugikan anda?

Sebagai contoh sekiranya anda mampu mengeluarkan 300 biji telur sebulan dan anda menjual 30% telur sebagai telur tak berbenih, anda mampu menjana pendapatan hampir RM 54 ringgit tanpa kos. Jadilah dari anda membiarkan ianya terbuang sebegitu sepanjang bulan.

Anda juga boleh membuat satu sistem dimana setiap ibu ayam yang pertama kali mengelurkan telur didalam reban anda diasingkan dari ibu lain. Telur ini akan dijual terus kepada pembeli telur. harga yang anda boleh kenakan bergantung kepada harga telur ditempat anda. Ada yang mencecah Rm 1 sebiji dan ada yang hanya sekitar RM 0.60 sahaja.

Oleh itu, pastikan telur yang benar berkualiti dan berbenih sahaja yang simasukkan kedalam incubator anda nanti. Telur yang berkualiti dan berbenih dari baka yang telah dijamin kekuatannya menjamin kejayaan anda membesarkan benih baru yang ditetaskan dalam incubator anda.
Sekian..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram