Pages

contoh2 reban idaman bakal dibina...



(klik gambar untuk besarkan..)
salam semua
teman nak kongsi sedikit idea atau rekabentuk reban yang teman idam2kan.. sebenarnya ada beberapa lakaran dalam buku nota teman tapi teman belum trasfer lagi dalam digital..teman guna paint ke untuk lukis gambaran kasar bentuk reban idaman teman nie.. reka bentuk yang anda boleh bina terpulang kepada minat atau selera anda tetapi mesti memenuhi beberapa keperluan asas yang wajib. jikalau kita membuat satu reban besar tanpa bahagian sebegini saya pasti anda tidak dapat mengurusannya dengan baik serta banyak masalah yang akan timbul..

Gambar diatas ini adalah kawasan reban yang teman cadang untuk bina kelak jikalau kewangan mengizinkan. keluasan tanah ini adala 3 ekar dan terletak dibawah pencawang elekrtik milik TNB. Tanah milik saudara teman nie pada asalnya hanya kosong sebelum dibeli oleh TNB dan selepas penjualan dilakukan tapak tanah ini masih dibawah nama tuan tanah. ianya bermaksud tuan tanah tiada hak untuk menjual tanah ini tapi boleh mengusahakanya dengan beberapa syarat.. kalau anda perhatikan sistem reban yg teman reka terdiri dari pada blok2 kawasan yang telah diberikan nama mengikut jenis reban.. dibawah nanti teman akan jelaskan rekabentuk reban ini serta jenis2 reban yang teman reka., setiap reban ada ada reka bentuknya sendiri dan kenapa ianya direka sebegitu.. di reban teman juga terdapat padang rumput serta kawasan tanaman herba untuk ubat penyakit ayam..

kalau anda cari maklumat atau pernah membela ayam kampung.. kita dapati tiada panduan kursus untuk membina reban atau sistem yang terbaik untuknya.. sistem yang kita boleh rujuk semuanya adalah dari ternakan ayam kampung kacuk ataupun ternakan ayam daging.. reka bentuk untuk ternakan jenis ini biasanya adalah sistem kurungan berpagar serta berbumbung. untuk ayam daging yang begitu sensetif serta pembesaranya sangat cepat.. kawalan reban yang sangat canggih digunakan serta pengurusannya juga jitu.. namun untuk meniru sistem ini agak mustahil bukan kerana faktor kos tapi faktor bekalan benih.. bagai mana kita hendak mendapatkan benih sebegitu banyak sekali gus untuk satu reban yang besar.. belum ada lagi pusat penetasan yang wujud untuk menjual anak ayam kampung ori.. jumlah yang terbesar yang berani dikeluarkan oleh penternak sedia ada pun hanyalah 300-500 ekor seminggu atau sekali keluaran incubator, kalau mereka berjaya menetaskan lebih dari itu pun pastinya separuh daripada jumlah anak ayam itu disimpan atau dikekalkan diladang untuk jualan daging kelak..

5 jenis reban yang teman cadangkan untuk dibina kelak.. teman wakilkan nama reban tu dengan huruf A-E didalam lakaran teman untuk memudahkan anda merujuknya. Berikut adalah sedikit penerangan tentang reban2 ini..

1. Reban A -reban produksi untuk daging(saiz 15x20).. anda semua mesti telah paham yang bekalan anak ayam nie sangat sukar didapai, tapi mungkin dengan sedikit usaha untuk membuat jaringan antara kita kelak, tidak mustahil ada yang berminat untuk menjadi pembekal anak ayam sebagai pendapatan utama, namun reban ini direka untuk menjadi satu reban yang bercirikan'sekali masuk sekali keluar'.. maksudnya anak ayam dimasukkan dalam satu jumlah kecil antara 100 ekor sehingga 200 ekor bagi setiap reban.. anak ayam yang dimasukkan ini mestilah sama usianya atau perbezaan termuda dengan tertua hanya 2 minggu sahaja.. dari permerhatian teman jika perbezaan usia lebih dari ini peratusan gejala buli membuli sangat tinggi.. anak ayam ini ditempatkan dalam satu reban asuhan kecil bersaiz 2x4 kaki yang berlantaikan jaring dan ada sistem penebatan haba. reban berada tinggi dari tanah..kemudian didalam reban ini ada satu lagi reban atas permukaan tanah yang terpagar sepenuhnya untuk asuhan anak ini baru belajar turun tanah.. di satu bahagian reban ini ada satu para sederhana tinggi yang dibuat dengan keluasan 2 keping zink standard untuk anak ayam belajar tidur dipara.. anak ayam akan tinggal didalam reban kecil ini sehingga berusia 5-6 bulan sebelum pemilihan untuk jualan atau pembakaan dilakuakn..dibawah adalah turutan bahagaian reban dan penggunaanya mengikut usia..

a-reban asuhan tinggi dari lantai- untuk anak usia 1 bulan yang dipindahkan dari brooder..
b-reban tanah berpagar-anak ayam yg dah cecah usia 2-3 bulan dipindahkan ke reban ini
c-tempat bertenggek(para tidur) pada usia 4 bulan keatas pintu reban tanah berpagar dibuka setiap masa untuk membolehkan anak ayam ini memilih untuk tidur ditempat yang lebih tinggi dipara..(semasa proses pembelajaran)

2. Reban B- reban induk matang untuk pembenihan- reban ini bersaiz 10x15kaki dimana 8 ekor betina dimasukkan dengan 1 ekor jantan matang.. tujuan reban ini adalah untuk mengawal keturunan atau jenis baka yang kita kehendaki.. bapa ayam akan tinggal bersam ibu ini dalam jangka masa tertentu sebelum produksi telur menurun dan ibu direhatkan direban lain.. sejurus induk betina direhatkan induk betina lain pula dimasukkan.. penghasilan telur yang berbenih dapat dimaksimumkan kerana bapa ayam tidak perlu bersaing untuk gelaran alfa male.. ciri bahagian yg perlu ada dalam reban ini:

1. tempat bertenggek berbumbung dengan saiz yang sesuai mengikut jumlah induk
2. kawasan terlindung yg diletakkan bekas telur untuk ibu ayam bertelur nanti,

3. Reban C- reban induk matang saiz sederhana-reban ini bersaiz 20x 30 kaki. semua ciri reban ini adalah sama dengan reban jenis B kecuali jumlah ternakan induk yang dimasukkan adalah berbeza.. didalm reban ini dimasukkan 2-3 ekor ayam jantan yg alfa dan seekor atau dua lagi ayam yang going to be alfa.. jgn taruk semuanya jantan power sbb kang ada yg mati kalah bertarung.. bilangan induk betina ditambah kepada 20 ekor.


4. Reban D
-reban am atau utama yang menempatkan induk jantan dan betina yang belum betul2 matang atau tempat meletakkan ibu2 ayam yang berada dalam fasa 'rehat' selepas bertelur.. saiz reban ini mengikut kesesuaian bilangan ayam yang ada.. ciri 2 yg terdapat dalam reban ini sama seperti reban biasa.. cuma anda seboleh2nya menambah banyak spot2 kecil tempat bertenggek yg berbumbung didalam reban ini berikutan ketidak serasian atau keselesaan ayam2 yang baru dipindahkan kereban ini terutama si ibu yang baru sahaja diasingkan..


5. Reban E
- saya tertinggal untuk nak tag kan raban E didalam lakaran saya.. reban ini dinamakan reban pengasingan dan pencegahan penyakit.. kawasan reban yang saya terlupa tandakan adalah diatas sekali iaitu petak merah dipenjuru hujung padang rumput.. satu2nya reban yang terasing jauh dari reban lain untuk langkah pencegahan..ciri2 reban ini:

a-reban dipagar sepenuhnya sekeliling tanpa jaring.. tidak telus.. atau dipagar sepenuhnya dengan zink.. didepan reban ini dibina satu footwash atau takungan air yang diisi air pencegah kuman..
b-reban dibina seperti sangkar kecil meyerupai sangkar arnab yang boleh memuatkan max 2 ekor ayam.. jumlah yg dibina adalah 2% dari jumlah ternak anda.. dikawasan ini juga digali c-lubang besar untuk tujuan penghapusan bangkai sekiaranya ada ayam yg mati.. kita hendak mengelakkan membawa bangkai tadi melalui reban ternakan yg lain..
c-reban dilengkapi dengan stor kecil untuk ubat2an serta alat2 bantuan untuk merawat ayam..

Antara ciri atau binaan lain adalah :

-taman kecil untuk tanaman herba..
-tanaman pokok untuk pemagaran seperti ubi kayu, napiar atau jagung
-tangki air sederhana besar.
-stor makanan
-stor peralatan
-rumah kawalan ladang-menempatkan ruang rehat,bilik incubator, bilik asuhan brooder dan tempat sembahyang serta ruangan pelawat.
-padang rumput untuk ayam dilepaskan secara berkala dan bergilir..

*saya akan menambah gambar lakaran bagi setiap jenis reban diatas serta beberapa lagi rekaan reban yang telah saya fikirkan .. harap maklum../still in progress

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram