Pages

Penternakan ayam kampung cara Citypull

salam,

pertama kali teman nak bagitau yang teman nie bukannya minat sangat nak buat nie.. namun bila yang melawat taman makin ramai dan tak setiap hari teman ada masa teman kena setkan masa untuk buat kelas. Nak kata dah layaktu, tuan-taun yang tentukan.. sebenarnya teman rase bersalah kalau teman nanti teman tak dapat berikan yang terbaik kepada peserta berbanding bayaran yang dikenakan. Tetapi dengan kos dan masa yang diluangkan, teman rase semuanya berbaloi untuk peserta. Tambahan teman telah menambah nilai kepada semua peserta dengan demo2 seperti mengaktifkan EM kepada larutan EMAS dan anda boleh bawak balik, cara nak buat satu brooder dan setting suhu mengikut umur ayam pun dimasukkan dan anda terus bawak balik brooder yang dah anda setting.. banyak lagi lah yang teman cadangkan nak dimasukkan dalam modul nie nanti supaya takde org merungut dikemudian hari mengatakan teman nie buat kursus dengan sekadar sembang kosong semata2..

Namun perkara yang paling besar nanti dalam kelas teman nie.. teman nak memperkenalkan sistem yang teman fikirkan terbaik untuk penternakan terutama dibelakang rumah bagi ayam kampung asli. Kita semua tahukan org yang bela ayam kampung nie membela secara suka2. So kebanyakkan buatlah reban ala kadar sahaja dengan bahan terbuang yang ada. kekadang kalau kita tgk binaanya sangat lemah sehingga boleh roboh sekiranya digoncang.. konsep asas penternak seperti tempat tido malam, tempat bertelur dan tempat makan sangat lemah serta takde sistem.. tgk sahajalah bekas makanan yang digunakan yang tidak berbasuh sehingga hitam serta air minuman yang hanya sekadar ada.. Makanan yang diberikanpun sekadar dedak murah atau jagung(yg paling famous) serta diberi kekadang.. bagi tuan yang ada duit sikit, kekadang diberi gandum terutama dekat nak jual atau nak disembelih.

Dengan semua ini, ayam yang diternak sangat perlahan pembesaranya serta seperti tidak terurus. Ayam tidur diatas pokok dan agak liar.. reban akan sentiasa kotor dan memberi peluang kepada kuman yang boleh mendatangkan penyakit.. tak yah lihat jauh.. teman lihat reban nenek teman dikampung yang sangat uzur dan tidak mesra penternak.. nak amik telur pun kena membongkok masuk kerana pintu masuknya sangat rendah.. bukan sedikit kejadian ular sawa singgah reban malah anjing pun sudi melawat. kalau ada 12 biji telur yang menetas.. lepas 3 bulan hanya tinggal 3-4 ekor yang hidup.. sehingga capai masa matang yg tinggal hanya sekor dua untuk menganti ternakan yg ada.. kejadian telur hilang, dicurik tikus dan pecah akibat berebut tempat telur pun sering berlaku.. last2 tahi ayam yang banyak dan bau yang menusuk hidung terutama selepas hujan je yg dapat..

Dengan sistem yang teman cipta nie semua masalah dapat diatasi.. ada 2 jenis yang teman cuba adaptasikan iaitu cara yang paling teman syorkan degan membeli anak sama usia dalam 100-200 ekor setiap bulan dan menjualnya apabila matang. Satu cara lagi adalah membuat 1 reban induk dengan 2-3 jantan dan 20-30 ibu ayam.. telur dikutip dan dieramkan dengan incubator dan anaknya dibela dalam reban lain dan dijual. cara kedua nie memang agak menjimatkan sebab bekalan anak percuma dari ibunya namun akan wujud beberapa masalah serta kos reban permulaan yang agak mahal..

Sistem teman dapat menyelesaikan semua masalah ini serta memudahkan kerja. Kawasan reban juga kecil.. disamping itu teman ada mencipta sistem baru dimana makanan yg diberikan dapat dikurangkan sehingga 60% dari sepenuhnya dedak yg biasa diberikan. untuk melepas bebas ayam ini agak tidak efisien sekiranya kawasan anda kecil dan dekat dengan rumah. Kalau kawasan anda tidak banyak rumput atau berpasir tandus takde rumput .. sistem teman adalah yang terbaik.. bau busuk tahi ayam juga dapat dielakkan dengan cara teman. bila sampai masanya anda hanya perlu mengambil ayam ini dan menjualkan kesemuanya.. keutamaan diberikan kepada jualan antara jaringan penternak yang inginkan baka baru terutama betina. selebihnya jual dipasar atau kepada pelanggan yang walk in. Kalau malas juga, panggil tokey ayam yang akan datang bawak motor kereban anda.. harga jualan mungkin agak murah sedikit tetapi biasanya dia ambil sekaligus..

kalau kos makanan dapat dikurangkan begitu banyak.. kos penternakan kita juga akan menurun.. ini dapat memastikan profit jualan nanti bertambah baik.. masalah sukar mendapat pasaran langsung tak timbul sebab teman masa mula2 menternak dulu terpaksa kehulu kehilir mencari induk ayam sehingga 2 minggu hanya untuk mendapatkan 300 baka.. jumlah penternak ramai tetapi jumlah ayam yang diternak sgt sedikit.. so bekalan ayam ini dipasaran sangat sedikit.. kalau betullah ayam ini takdapat sambutan.. mengapakah masih ramai mereka yang mencarinya dipasar. Yang kelakarnya semasa teman mencari ayam di Batu gajah dulu, teman berjumpa dengan satu apek yg bawak motor beraga(masa tu kul 7 pagi) dengan muatan 20 ekor ayam didalamnya.. teman mintak nak beli tetapi dia kata tak jual sebab dah habis.. teman tanya dia yg dalam bakul tu ada.. apek tu cakap yg dalam ni sudah ada org punya.. minggu lepas sudah bayar.. terkejut teman.. apek nie datang hanya nak anta ayam sebab ayam yg jual dah habis.. teman tunggu situ kot2 ada apek lain datang.. dalam masa 2 jam tak kurang 20-30 org datang nak beli ayam.. so dari situ teman dapat tau ayam ini ada permintaanya..

Namun mungkin suatu hari nanti org ramai dah banyak bela ayam ini dan persaingan mula timbul. dan mungkin juga pada ketika itu harga ayam ini akan turun. bagi teman itu bagus kerana bila harga rendah maka makin ramai yg mampu nak nak beli. mungkin suatu hari nanti ayam kampung dimakan setiap hari seperti ayam daging kerana perbezaan harganya tak lah terlalu besar.. kita ada pilihan untuk makan ayam daging atau ayam kampung asli yang terkenal dengan khasiat dan rasenya.. cuma mungkin org tak biasa lagi sbb dagingnya yang liat dan saiz yg kecil. Tapi kalau bab rase dah wangi dia memang terbaik.. mungkin masalah obesiti pengemar ayam akan diatasi bila mula makan ayam ini seperti teman hehehe..

so cara terbaik untuk belajar cara citypull nie, datanglah ke kelas teman nanti.. kita sit down n belajar sebaik2nya dengan jelas A-Z. selepas pulang mungkin anda boleh terus bina reban anda dan memulakan penternakan..kalau rasenya tak pandai bertukar, panggil teman. order barang dari list yang teman bagi masa kelas nanti dan teman akan datang dengan seorang pembantu.. kalau setakat satu 2 set teman rase satu hari dah siap..

satu reban boleh manampung 3 ratus ayam dengan 3 peringkat.. anda ada 2 reban anda leh jual setiap bulan dengan sejumlah 100 ekor..100 ekor dengan harga RM 12 sekilo dan purata sekor 1.5 kilo:

100x12x1.5: RM 1800 tambahan terus ke poket anda..

tapi kena tolak kos benih n makanan lah.. kalau ada 10 set pulak? hehehe jgn tamak para sahabat teman.. jgn duk kira berganda2.. fikirkan risikonya seperti jangkitan sampar, musibah banjir, serangan penyakit.. kos dedak tetiba melambung, anda terlupa bagi makan sehingga ayam mati dan sebagainya..Kalau Tuhan besarkan kita dapat max.. kita bersyukurlah .. kalau anda sentiasa berangan dengan pulangan, anda akan terima nasib sama dengan kes lintah, keli dan cacing.. yg betul2 tekun dan berusaha je yang masih tinggal sekarang dan mendapat hasil dengan semua ini.. yang malas dan tak sabar mendapat wang akan termenung memikirkan pelaburan yang hangus seperti ternakan yg ada juga... semoga anda sukses. Amin..

p/s: sejak akhir2 nie posting teman takde gambar kan? mesti tak best hehehe tak menarik.. macam baca buku teks sejarah je..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram