Pages

Pasaran Ayam kampung

salam semua,

Sepanjang teman berkecimpung dalam penternakan ini, ada juga rakan baru dan yang lama bertanyakan teman tentang marketing or jualan ayam ini. Rata2 yang bertanya juga sangat risau tentang penjualan ayam kampung ini dan menyamakan projek ini seperti ternakan glamer yang lain.. teman pun terangkanlah yang ayam kampung ini bukanya projek yang leh kaya kan kita dengan modal seketul tu.. bukanya projek yang labur 20 ribu n leh dapat pulangan seganda atau 2 kali ganda dalam tempoh tertentu.. sikit pun takde..

penternakan ayam kampung ini lebih kepada hobi dan menjana pendapatan sampingan setelah sampai tempohnya.. takde yang fency atau gimiknya, hanya ternak dan jual.. kalau bela untuk makan sendiri dan jual kalau ada lebihan pun sesuai juga.. kita semua tahu ayam daging yang dipasaran sekarang tidak begitu baik untuk kesihatan.. namun rase ayam kampung ini lagi hebat sebenarnya terutama pada 'otai'2 yg dah makan ayam ini sejak kecil, teman pun tak heran kalau generasi teman atau yang lagi muda tak pernah pun makan ayam kampung nie..

Soal pasaran.. teman just bagi contoh sahaja pada sahabat teman mengenai pasaran.. teman bagitau yang diraban teman nie sahaja tak kurang 20 org kampung yang datang nak beli ayam raya ari tu. tapi tak teman jual sbb ayam teman sikit je direban.. kena sorang bawak 2-3 ekor ayam habis lah induk teman dalam reban.. so kalau anda takut mana nak jual ayam nie.. jual je kat teman.. sbb soalan "adakah pihak citypull beli balik ayam kampung yang kami ternak" selalu sangat diajukan kepada teman.. dalam hati teman berbisik.. sejak bila pulak teman buat sistem pawah atau contrac farming? tapi teman jawab dengan senyuman.. kita sebagai penternak n peniaga..mesti berani berniaga, buangkan perasaan malu nak menjadi penjual.. menjadi perniaga bukanya sesuatu yang hina atau dipandang rendah.. perniagaan adalah sumber pendapatan yang paling hebat sekali.. masa teman memula nak berniaga juga ada perasaan sebegini.. teman malu nak jumpa org n jual produk teman.. teman berat nak bukak mulut dan teman rase semasa teman terima duit hasil jualan tu teman nie macam peminta sedekah atau begger..tetapi lama kelamaan teman rase seronok dan terharu sebab hasil titik peluh kita berhasil. Kalau kita sebagai penternak jgn malu untuk bawa ayam kampung kita ke pasar pada hujung minggu untuk menjual.. lebih baik sebab kita dapat harga yang lebih tinggi berbanding orang tengah.. kerja tak sampai 3-4 jam pun untuk menjual.. bawak naik keta atau moto ayam kita kepasar dan jual ditepi parking.. bawak timbang sekali..

kalau masih segan nak buat begitu.. call teman2 terdekat sesiapa yang teringin nak makan ayam kampung yg kita bela.. tak pun contack rakan penternak kot2 ada yg nak beli baka untuk dijadikan induk belaan. kalau segan jugak anda keluarkan duit sedikit dan hantar pada teman.. tapi teman amik harga ladang la sbb teman nak jual balik.. senang je.. yg perlu kita pikirkan sekarang macam mana nak supply atau penuhi permintaan org ramai bukannya dimana market kat mana.. kita bela bukannya sampai seribu ekor yang perlu dikuarkan secepat mungkin untuk cover kos dedak. ayam kita boleh dijual lagi walaupun dah berusia 8 bulan atau lebih.. kalau tak dapat jual si jantan.. simpan n bela sampai usia setahun dan jual sebagai induk pejantan, harga induk ini mencecah RM 7o seekor..

So sama2 kita pikirkan sejauh mana seronoknya kita nak bela ayam ini.. cuma kena jaga isu2 seperti penyakit sampar, jangkitan bengkak mata akibat cacing, bau busuk tahi ayam, perasaan jiran sebelah membelah, lalat dan sebagainya.. tak lupa juga pemangsa serta musang kepala hitam yg selalu duk usha ayam kita.. kalau kita amalkan amalan perladangan yg baik semua masalah ini dapat diatasi. dan yang paling penting buangkan sikap tamak atau nak menjana keuntungan berganda dalam masa singkat.. takde jalan pintas untuk berjaya.. so selamat mencuba..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram