Pages

Kenapa Org cina tak bela ayam kampung Ori?

Salam,

permulaan, post ini bukannya bersifat perkauman atau berbau hasutan tetapi untuk rujukan bersama. ianya lebih keoada fikiran teman dalam teman duk rehat dalam reban.. Anda pun tahu kekuatan atau kepandaian Orang Cina berniaga tak kira apapun bidang yang mereka ceburi. tapi sekian lama kita perhatikan kaum cina tidak berminat nak bela ayam kampung ori.. mereka lebih kepada ayam daging or broiler..lately nie dah ada yg bela ayam kacuk namun skala yg dorang buat sangat besar hingga yg ada niat nak bela kecik2 ayam kampung kacuk ni etak leh nak carik makan. sekadar jual kawasan kampung boleh lah.. sebabnya? seperti dibawah(hasil perbincangan dengan MR WONG FROM DQ FARM dan MS NORHANA FROM aL-MASYHUR)

1. tempoh penghasilan ayam matang untuk dijual adalah min. 5 bulan untuk menghasilkan ayam seberat 1.5 kilo sahaja(nie dah max berat dia untuk betina umur 5-6 bulan.. kalau tua sikit max hanya dalam 2-2.3 kilo..)
2. bila tempoh lama untuk dapat kiloan daging.. semua kos akan menggunakan 5 bulan punya perbelanjaan seperti pekerja, api air, sewa, mantainance, makanan dan ubat2an.. so kalau dikira balik semua tu agak2 berapa kita nak jual? minimum pun dalam 25 ringgit sekilo.. baik pelanggan kita beli kambing kan?
3.turn over/break evan/roi atau kritakal level yang panjang atau lama.. maksudnya bukannya kalau kita modal 1000 jual produk kita 2000 kita dah capai roi.. cara nak tau kita dah capai roi dia adalah macam nie:
-listkan semua perbelanjaan kita untuk memulakan termasuk pembelajaran serta gaji kita pastu campur dengan perbelajaan tetap bulanan seperti utility dan sebagainya..
-kemudian kita dapatkan jumlah keuntungan jualan kita atau berapa sales kita bulanan..
- sales kita (jumlah ayam yg dikeluarkan) kita perlu menolak segala kos bulanan(termasuk gaji kita,jgn bedal semua lak buat joli).. keuntungan yang kita perolehi ini mesti dibudgetkan sikit untuk meningkatkan pengeluaran yang akan datang..
-kemudian keuntungan bersih nie kita bayar semula semua pelabuan atau kos semasa kita nak mulakan projek termasuk kos tetap seperti reban dan segalanya..
-bila dah sampai semua kos mula2 tu kita bayar balik pada point/masa ini barulah kita dah dikira break even dan semua keuntungan selepas ini dikira untung bersih..
4.jumlah ternakan yang boleh dimasukkan dalam satu ladang terhad kerana masa yg diperlukan panjang.. kalau kacuk dah 2 1/2 kali dah tukar..
5. permintaan pembeli terbesar mahukan ayam yang ada isi dan berbaloi serta murah.. kalau ayam kampung ori nie lebih kepada nilai perubatan..
6. dll yg berkenaan..

so inilah sebabnya kenapa benih ayam ori nie susah nak dapat.. yang ada sekarang hanya saki baki peninggalan ayam kampung yg mula2 diperkenalkan dahulu.. sehingga boleh teman klasifikasikan sebagai hampir esotik.. (yelah payah sangat nak dapat kat pasarkan)kerana boleh dikatakan ayam kampung ori nie tak menguntungkan maka tertutuplah baka ini untuk dijadikan baka industri..

namun...

matlamat aku..
aku nak cipta atau reka satu cara ternakan yang semua orang boleh buat dan senang nak di laksanankan, kat belakang umah pun boleh.. jumlah ternakan antara 100-200 ekor sebulan(jgn lebih kang problem org sekitar dan jabatan2 berpatutan.. kalau mereka yg berminat untuk bela induk untuk penghasilan baka sekali pun boleh lakukanya tapi just ubah seting sikit reban dia.. pastu setiap pengusaha yg nak bela induk kena ada incubator supaya senang nak kuarkan baby chic. untuk yg berdekatan leh kumpul ayam ini untuk jualan pukal atau anda leh cuba sendiri jual..setiap yg guna sistem ini mesti joint satu bank maklumat dan sentiasa diupdate bilangan induk atau ternakan.. jualan utama untuk permulaan adalah untuk dikalangan penternak jaringan ini yg berminat untuk mencari ayam sebagai induk.. selepas tu kalau ada lebihan ayam barulah kita jual dipasar.. bila dah ramai penternak barulah kita leh buat brending sendiri dan cuba masuk pasaraya kecil2 dulu.. kalau cara cam nie semua masalah diatas dapat kita atasi.. sbb..
1- org yg bela sekadar nak tambah pendapatan dan hobi.. jualan bulanan sikit dan makanan pun kurang sbb ada byk masa untuk bagi makanan tambahan.. tapi dgn sistem yg diperkenalkan dan jualan beperingkat semuanya nampak tersusun..
2-gaji,sewa,api air dikurangkan pasal semuanya sendiri dan pakai sumber alam.. yelah kita bela sikit2 je
3-turn over.. kalau modal kecik, turn over pun sekejap je..
4. jumlah terhad untuk ladang.. tak jadi masalah sbb kita dah set kan produksi bulanan dan tak terkejar2 target
5.permintaan pembeli-ayam ori nie masih ramai yg duk cari.. kalau satu daerah ada 10 penternak rasenya cukup untuk permintaan setempat..

namun untuk kita nak buat skala besar seperti pengeluaran 10 ribu ekor ayam dalam masa sebulan adalah amat tidak sesuai sbb harga akan menjadi mahal dan pasaran akan jadi masalah.. semua masalah seperti diatas akan mula anda rasai sekiranya dah mula nak ternak dgn skala besar.. kalau semua rase sesuai system yang teman cadangkan mungkin teman akan keluarkan pakej rangsangan poket(hehehe yok yok oo je teman nie) untuk golongan penduduk luar bandar ataupun mereka yg berminat memulakanya.. harapan teman jgn lah jadi macam sistem kanvas ikan keli yg berjaya mengsengetkan poket byk penternak hehehe.. biarlah betul berjaya dan sukses hendaknya.. untuk masa terdekatni kalau ada yg call teman tanya cam mana nak set reban or berapa harga dan sebagainya.. mungkin jawapan yg teman bagi kurang memuaskan.. tetapi selepas nie dengan adanya pakej yg lengkap teman kuarkan(bagi teman pikir dulu sehari dua cam mana nak buat)mungkin senang kita nak buat projek ini..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram