Pages

Soalan Cepu Emas: Saya ada tanah dan saya ada duit RM10k,20, .. apa harus saya buat utk bela ayam nie..

salam,
Maaf sekirany post ini menyebabkan sahabat yang pernah cll saya rasa tak selesa.. bukan nak meyakitkan hati cuma nak berkongsi dengan lain.. baru adil kan? kekadang soalan cam nie tak leh saya nak ceritakan dalam phone malah dalam bentul SMS sama sekali.. tak lalu saya nak menaip tepon yg kecik tu untuk menerangkannya hehehe.. elok kalau dapat bersemuka ke ngeteh ke atau sembang dalam ym kan?

Soalan paling biasa teman terima, "saya berminat dengan menternak ayam kampung nie dan nak buat partiem saje suka2.. saya ada tanah sekian sekian luas, dan saya ada duit untu dilaburkan sebanyak RM sekian sekian jumlah.. apa yg perlu saya lakukan dan cam mana nak mulakan penternakan ini.. " huh !! nak jaab soalan nie mau kena tulis dalam 4 keping kertas jawapan A4 barulah betul2 paham.. sbb segala aspek penternakan dari jasmani dan rohani penternak sehinggalah pada masa nak jual nanti perlu diketahui.. kalau dah tahu senang je nak bela ayam nie.. kalau tak tau mesti ada yang bersedih dikemudian hari..

ok cam nie lah teman ringkaskan ikut budget yek..

budget ringkas:
Sekiranya saya ada RM 10,000
saya harus membahagikan duit saya untuk segala keperluan penternakan seperti:

1. RM 2000 untuk pembinaan reban(nampak macam tak cukup) tapi sebenarnya cukup kalau kita menggunkan sistem yg saya cerita sebelum ini.kawasan yg dipagar untuk reban hanya kecil sahaja tetapi kita pagarkan keluasan tanah kita denagn pokok berciri pagaran seperti ubi, jagung pisang, napier, dan lain2(leh jadi makanan tambahan nanti bila dah cukup masa)

2 RM 6000 untuk beli induk jantan dan betina- (300 ekor) yg nie kena usaha sikit dengan mencari sekitaran kampung berdekatan

3. RM 500 sebulan untuk beli 200 anak ayam setiap bulan -untuk jaminan pengeluaran daging berpanjangan sepanjang bulan- duit anak ayam ni leh didapai denagn menjual telur yg dihasilkan diladang atau anda tak yah membeli anak sekiranya anda mesukkan kedalam incubator

4. RM 1000- makanan , peralatan makan n minum, ubat dll.. ingat jgn sampai melebihi 5 guni dedak sbulan

5. RM 1000 untuk backup kalau2 kena sampar ke banjir ke apa ke.. ada modal nak beli benih balik..

So itulah yg kita boleh lakukan dengan modal yg ada.. hasil kita pulak antaranya adalah seperti:

1.bulanan -jualan telur ayam atau anak ayam kepada penternak lain hasil incubator(+/- RM 200) sebulan
2.selepas 5 bulan- jualan ayam matang untuk bekalan daging dan bekalan induk kepada penternak yg ingin menambah induk(+/-) RM 4000 sebulan kasar..

So kita perhatikan takde yg melampau sangat keuntungan yang bakal kita perolehi. dengan usaha yang gigih dapat lah kita hasilnya dari titik peluh sendiri. kalau nak gandakan jumlah kita boleh ganda kan 2 segala perancangan ini dan seterusnya.. Sbb perniagaan ini adalah berasaskan makanan dan takde masa tamat tempoh atau basi kecuali dah jadi bangkai lah.. so selagi bernyawa ternakan kita selagi market dia ada..
Diharap anda dapat sedikit manfaat dari post ini.. jauhi sifat tamak untuk kekal menternak..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram