Pages

FCR Ayam kampung 4:1????

Salam semua,
sambungan coretan teman sebelum ini. sebelum ini teman bagitau yang FCR ayam kampung adalah antara 3-4 berbanding 1 kilo ayam.. jumlah ini nampaknya sangat tinggi sekiranya anda mengiranya mengikut kita kira ternakan ayam daging. Pada gayanya macam memang takde untunglah menternak ayam kampung biasa ne, sebab itulah tak ramai nak bela sbb ayam ini akan makan terlalu banyak sebelum kita boleh jual dan akan merugikan penternak.

Namun apa yang teman nak ketengahkan disini.. kita tak boleh nak samakan ayam kampung kacuk(teman masih nak gunakan istilah ini supaya senang kita nak kenal) atau ayam daging dengan ayam kampung biasa yang kita bela. Kita sebagai penternak ayam kampung ori ini ada pelbagai altenatif makanan percuma yang boleh diberikan kepada ayam kampung ternakan kita. kelebihan gen atau baka ayam kampung ari ini adalah mempunyai daya tahan penyakit yang tinggi dan tahan lasak. perut ayam ini mampu menampung pelbagai jenis makanan. Ayam ini hampir boleh makan apa saja yang terdapat dipersekitaranya. Dari pengatahuan teman.. FCR ayam kampung asli ini juga mengambil kira semua makanan yang dimakanya termasuk dedak, serangga, cacing, rumput, lebihan nasik dan sebagainya disamping masa menternak yang panjang. oleh itu FCR4:1 yang diambil kira tidak keseluruhan mengambil kira kos makanan berbayar seperti kos dedak yang kita beli(semakin mahal setiap hari) . Bagi mereka yang menternak dengan skala besar, segala benda makanan yang besar samada percuma atau dibeli perlu diambil kira kerana ia mengambil kira kos serta kerja yang perlu dilakukan.. contohnya sekiranya mereka ingin menggunakan hampas kelapa untuk ladang mereka, kos lori dan pekerja perlu dibayar untuk mendaptkanya..

tetapi kita penternak kecil so kelebihan kita:

1. ayam kita tak melebihi 300 ekor dalam satu2 masa(niat asal untuk tambah pendapatan)
2. upah pekerja adalah kita sendiri
3. makanan tambahan kita carik sendiri dipersekitaran
4. sistem beli anak bulanan untuk pastikan ayam dapat dikeluarkan setiap bulan
5. kawasan reban kecil sahaja dan kos sangat sedikt
6. ayam yg kita bela mempunyai daya tahan yg tinggi
7. slow breeder so sedikit sahaja makanan diberikan setiap hari
8. FCR untuk dedak kita sebenarnya hanya 1.5:1 sahaja untuk anak ayam 3 bulan kebawah dan selebihnya kita beri makan tambahan lain yang ada disekitaran
9. tiada penyelengaraan yang tinggi, takyah lampu, takde alat canggih, kurang guna tenaga dan lain2.
10. kos reban yang minima sahaja untuk satu set penternakan .

semua ini takdapat dinikmati penternak ayam kacuk kecil2an kerana terikat dengan kos tetap yang diperlukan dan kengkangan pasaran yang mendesak untuk tempoh ternakan dipendekkan.. contoh kiraan untuk kos ayam kacuk ikut fahaman teman,

*KALAU KITA BELA 100 EKOR AYAM

*kos untuk 2-3 bulan ternakan dengan FCR 2.8:1 kilo..
AYAM KACUK
untuk anak ayam kacuk: 100x rm2.50: rm 250 (bervaksin)-harga kita beli sikt
kos makan 100x 2 kilo(standart jual ayam ni) x2.8 kilo(FCR)x RM 2.00(harga purata dedak)
bersamaan: 100x2x2.8x2: RM 1120
kos makan n benih: RM 250+1120: RM1370.00

*kos untuk 5-6 bulan ternakan dengan FCR 4:1 kilo..(1.5:1 UNTUK DEDAK SAHAJA)
AYAM KAMPUNG ORI
untuk anak ayam : 100xrm 2.50
kos makanan 100x1.5 kilo(masa kita jual) x1.5(FCRuntuk dedak sahaja) xRM 2.oo(dedak)
bersamaan : 100x1.5x1.5x2: RM 450.00
kos makan dan benih : RM 250+450: RM700

so kos untuk ayam kacuk: RM1370
kos untuk ayam ori: RM700

jualan :

kacuk : 100x2 kilo x RM 8.00(harga dipasar) :RM 1600
ori : 100x1.5x RM 12.00(harga semasa): RM 1800

profit kasar:
kacuk RM 1600-1370: rm 230
ori: RM 1800-700: rm 1100

tetapi ayam kacuk ni boleh diternak 2 kali dalam jangka masa 5 bulan yang diperlukan untuk ayam ori biasa.. walaupun ayam kacuk diternak 2 kali dalam 5 bulan tetapi untuk 2 musim pendapatan kasar adalah RM 230x2: RM 460 sahaja..

kelebihan lebih memihak untuk penternak skala besar.. mereka akan mendapat harga anak ayam dengan murah diantara RM 1.50-1.80 sekiranya membeli dengan jumlah yang banyak melebihi puluhan ribu dan harga makanan yang lebih baik. Dengan jumlah ternakan yang banyak.. keuntungan yang diperolehi juga banyak kerana bermaian dengan Jumlah.. mereka juga ada jaringan pembeli yang akan memborong ternakan secara lansum dengan harga yang berpatutan.
Bagi yang hanya menternak dibawah 1000 ekor jumlah ini adalah tidak efisian untuk menternak kerana segalanya adalah sangat mahal kerana membeli dengan harga yang sedikit. Kerana itulah penternak mega bertungkus lumus untuk menambah jumlah ternakan bagi mencapai margin keuntungan yang lebih besar agar profit mereka nanti dapat menampung kos tetap ynag diperlukan dalam penternakan..seperti pekerja, sewa, reban dan lain2..

untuk memasarkan ayam kampung ori yang berjumlah 100 ekor, bukanlah sesuatu yang sukar..
bekalan Ayam kampung ori tersangat sedikit walau pun sedikit sebanyak permintaan terhadapnya masih ada. Kalau tidak mengapa hanya sedikit atau takde langsung penjual ayam ini dipasaran.. kalau benar harganya terlalu mahal mengapa penjual ayam kampung asli ini hanya memerlukan 1 jam sahaja untuk menjual 20 ekor anak ayam di pagi sabtu dipasar(hasil pemerhatian teman) lambat sikit tak merasalah kita nak makan ayam kampung..bawa sahaja kepasar sendiri dan jualkan dengan harga RM 12 sekilo.. jika tak habis bawa pada minggu hadapan dan jual.. berat ayam takkan bertambah dan hanya sedikit sahaja makanan yang perlu diberikan dalam masa seminggu.
Jika kacuk, lambat kita jual lagi susahlah kita sebab nak tanggung makan dorang dan bila terlalu lewat berat ayam ini akan bertambah sehingga 3-4 kilo dan meyukarkan lagi kita nak menjual.. kita juga sukar nak membawa masuk ayam kita dipasar kerana rata2 pasar sudah ada ayam ini dijual hidup.. sebab itu begitu banyak penternak ayam kampung kacuk ini agak sukar menjualnya.. nak bela satu hal nak jual lagi lah payah..

so anda pikir2an lah tentang ternakan yang bakal anda pilih.. tanya siapa anda dan apa tujuan anda menternak? kalau sekadar untuk menambah pendapatan dengan hanya menternak dengan jualan 100-200 ekor setiap bulan anda pilih lah ayam kampung ori yang senang dijaga dan tidak payah di'bidan'kan selalu. Anda hanya perlu luangkan sedikit masa untuk ayam ini sebelum kerja dan memebersihakn sepatutnya bila balik kerja.. sediakan makanan n minuman yang secukupnya dan siap.. dihujung minggu anda amik masa untuk bersihkan reban dan baik pulih yang rosak.. dan kalau anda nak buat yang sepenuh masa dengan modal yang banyak,anda pilihlah ayam kampung kacuk tetapi perlulah menternaknya sekurang2nya 10,000 ekor dan perlu berusaha lebih keras untuk menjualnya kelak..

-kiraan diatas mungkin berubah megikut harga pasaran dan kos tambahan lain mungkin tidak sama mengikut kaedah dan tempat anda menternak...sorry kalau post teman semakin hari semakin panjang dan membosankan..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram