Pages

Nak ternak kacuk ke Nak ternak ori?

salam semua..

seperti ramai penternak termasuk teman sendiri, selalu tertanya2 jenis ayam yang manakah yang sesuai untuk diternak sama ada kacuk(pelbagai jenis) atau ayam kampung biasa(ori). Mula2 dulu, selalu teman tertanya2 adakah ayam kacuk ini benar2 mudah dan mendatangkan profit ataupun teman perlu bela ayam kampung biasa sahaja kerana ia dikatakan lebih baik kerana mudah untuk dijual(betul ke?).. pelbagai cara teman lakukan bagi mendapatkan maklumat terbaik sebelum menceburi diri. Tentang masalah tiada tanah dan dana untuk permulaannya, teman dan penternak lain merasakan ianya boleh diiktiarkan, namun jika ilmu yang tiada masalah akan kerap timbul.. kang modal kita tah kemana, untung lagilah langsung tak nampak bayang.. akhirnya hanya tinggal nama sahaja untuk dikenangkan dan reban ayam yang semakin semak menanti roboh.

Teman nak kongsi sedikit pengalaman teman sepanjang menceburi bidang ini.. segala apa yang teman katakan disini adalah pendapat teman sendiri dan tidak boleh anda semua anggapnya 100% benar kerana pendapat ini adalah secara subjektif, anda perlu menilai sendiri dan ditambah dengan pendapat anda untuk membuat keputusan anda untuk jenis yang akan diternak nanti..

Ayam kacuk,
ayam ini adalah baka ayam kampung biasa yang dikacukan dengan breed lain atau jenis lain untuk menghasilkan ayam baru dengan ciri sesuai untuk diternak secara skala besar. terdapat pelbagai jenis keluaran ayam kampung baru yang mempunyai ciri2 tersendiri dari segi saiz, rasa, ketahanan penyakit dan sebagainya.. ayam ini masih lagi digelar ayam kampung kerana jenis darah asalnya adalah dari ayam kampung biasa yang di biaksilangkan. pihak pengeluar anak ayam mengeluarkan sejumlah besar anak ayam ini sehinggakan harga anak ayam ini menjadi begitu rendah bagi membantu penternak mendapat nilai terbaik setelah menjualkanya.. peminat utama ayam kampung ini adalah kaum cina yang mengemari bau wangi daging ayam kampung ini. Benih ayam ini mudah didapati dan sejumlah anak ayam sama usia dapat dibeli untuk set pengeluaran sereban..

Ayam kampung biasa,
Ayam ini adalah ayam kampung biasa yang dikacukkan dahulu antara ayam hutan dengan ayam kampung jenis lain. ayam ini tidak banyak berubah sejak ianya diperkenalkan sejak berpuluh tahun dahulu.. sifat dan sikapnya menyerupai ayam hutan tetapi lebih jinak dan boleh dibela bebas. ayam ini dikenali sebagai breed 'malay chiken' oleh pihak antarabangsa sebagai baka breed baru ketika itu.. kalau thailand ada baka laga yang dikenali sebagai 'bangkok chicken' manakala indonesia dengan ayam sumatranya.. Orang cina mengelar ayam kampung ini sebagai 'malai kai' atau dalam bahasa kita sebagai ayam melayu.. ayam ini sering dibeli untuk tujuan perubatan atau penjagaan kesihatan seperti ibu selepa bersalin atau dibuat sup untuk menyegarkan mereka yang sedang sakit.. bekalan anak ayam sangat sukar diperolehi kerana jumlah penternak yang menternaknya semakin berkurangan atau hanya dalam skala kecil tidak melebihi 30 ekor.Mereka ini pula menternak dengan cara yang sangat tradisioanal diman kadar kebolehhidupan dan keboleh biakan yang sangat rendah. Pihak pembekal atau penetas benih tidak lagi berminat menetaskan anak ayam jenis ini secara skala besar berikutan penternak skala besar tidak lagi memerlukan breed jenis ini..

Ayam kacuk,
Ayam ini mempunyai tumbuh besaran yang sangat cepat berbanding ayam kampung biasa. Kita beranggapan yang ayam ini cepat matang berbanding ayam kampung biasa. Sebenarnya ayam kacuk dijual pada usia yang sangat muda walaupun berat badanya pada masa itu sudah mecapai 2 kilo. Ayam ini dicipta untuk memastikan ia membesar atau bertambah berat pada usia yang muda bagi memendekkan masa menternak. Seperti yang anda semua tahu masa menternak berkait rapat dengan kos pengeluaran yang menentukan harga jualan kelak.. kalau kita menjual ayam yang bersaiz kecil atau lambat membesar, pada usia 2 bulan berat ayam ini baru mencecah 300 gram sahaja(ayam kampung biasa menambah berat badan dengan cepat sekali selepas berusia 3 bulan.) oleh itu ayam kacuk yang kita makan masih dianggap 'anak ayam' kalau diikutkan pada segi tumbuhbesarnya serta mempunyai daging yng lembut sedikit berbanding ayam kampung biasa. sekiranya anda membela ayam ini berterusan.. ianya akan matang pada usia 4-5 bulan dan meyerupai ayam kampung biasa tetapi bersaiz mega.. kadangkala anda akan mendapat baka induk ayam ini yang beratnya hampir 5 kilo..

Ayam biasa,
ayam ini dikenali sebagai 'ayam slow grower' kerana mengambil masa yang lama untuk mencecah usia matang.. kerana sifatnya yang membasar dengan perlahan dan memakan pelbagai makanan tambahan bebas menyebabkan kandungan lemak tepunnya sgt sedikit dan sangat berkhasiat. Lemak tepu adalah lemak yang tidak dapat diuraikan oleh badan kita untuk ditukarkan kepada bentuk tenaga. Lemak ini akan meresap di badan kita serta memyebabkab seseorang itu menjadi obesiti.. pergerakan ayam ini yang aktif mencari makanan akan membina otot dan membakar segala kandungan lemak tepu yang terhasil dari permakananya.. daya tahan penyakit untuk ayam ini juga sangat tinggi.. kebiasanya ayam ini hanya dijual apabila mencapai tahap matang atau dalam usia remaja apabila beratnya mencecah 1.2-1.5 kilo.. berat max biasa bagi ayam ini adalah dibawah 2 kilo bagi ayam betina dan max 3 kilo bagi ayam jantan..(malai kai)

ayam kacuk,
bagi ayam kacuk yang diternak didalam ladang.. pemakanan diberi dengan kawalan sesuai supaya ayam ini akan mencapai berat ideal semasa penjualan atau penyembelihan. Makanan diberikan adalah rumusan dedak dari pengeluar dedak atau memasak sendiri pelbagai ramuan termasuk dedak untuk membekalkan semua nutrisi kepada ayam. Kos makanan adalah yang terbesar dalam menternak ayam kampung jenis ini. Sebarang kematian pada peringkat pengeluaran atau menternak merupakan kerugian yang besar berikutan penggunaan dedak yang tidak memulangkan modal. pemberian makanan dedak ini meyebabkan ayam sentiasa disuapkaan dengan antibodi dan ubat2an bagi megelakkan kejadian kematian berlaku. Penternak pula menambah ubat2an ini apabila gejala penyakit berlaku. Maka ayam yang diternak akan menjadi bebola daging yang penuh dengan segala bentuk dadah, antibodi dan pengalak hormon pertumbuhan . Bahan2 inilah yang menggangu sistem badan pengguna sehingga mendatangkan penyakit.. hanya sedikit sahaja penternak yang berusaha atau memastikan kandungan bahan2 ini adalah seminima mungkin dan megelakkan menggunakan sebarang penggalak hormon atau dadah bagi menghasilkan bekalan daging ayam yang sihat..

Ayam kampung biasa(ori)
oleh kerana pembesaran yang perlahan, pemakanan juga hanya berkadar keperluan seharian. kebanyakan makanan yang diterima digunakan balik untuk membina tisu otot dan penghasilan tenaga untuk aktiviti harian. oleh kerana sistem penghadamanya yang perlahan atau sedikit sebarang penberian dedak yang berlebihan tidak langsung membantu untuk mempercepatkan pembesaran ayam ini.. mungkin perubahan ketara yang berlaku adalah obesiti ayam walaupun saiznya kecil.. ayam kampung ini boleh hidup tanpa diberi makan selama sehari suntuk namun akan menyebabkan ia menjadi lemah dan tak bermaya. kita boleh memberi sebarang bentuk makanan tambahan lain dan tidak hanya bergantung kepada dedak semata2. Malah untuk penternakan tradisional ini penternak jarang sekali memberi dedak mahal yang diberi kepada kacuk. Cuma ayam kampung ini akan kalah dengan tempoh masa pembesaran seekor ayam sebelum dijual dan dan kos yang berkaitan dengan jangka masa seperti gaji pekerja contohnya.. berbanding dengan ayam kacuk.. ianya juga kalah dari segi berat ayam siap diproses .

So persoalan tentang jenis apakah yang perlu diternak perlu dijawab denganmenilai sejauh mana anda meminati atau kebolehan anda. Sekiranya anda mempunyai modal yang besar dan pengetahuan ilmu yang cukup, anda boleh memilih jenis kacuk dan menternaknya di dalam reban yang kosnya tinggi. namun anda juga perlu mempunyai kemahiran pemasaran yang tinggi kerana anda terpaksa bersaing dengan pengeluar utama ayam jenis ini yang mampu mengeluarkan 100 ribu ayam setiap minggu. Syarikat ini sudah hampir menguasai 100% pasaran ayam kampung dijual dipasar. Mungkin, pasaran yang masih ada untuk kita adalah penjualan ayam dikalangan penduduk setempat atau menyediakan perkidmatanjualan terus ke pintu rumah.Anda juga boleh menjalinkan kerja sama dengan restaurant yang menjual ayam kampung ini sebagai menu jualan mereka. Namun perlu diingat, penternak bersaiz skala besar ini menjual ayamnya dengan hanya keuntungan dibawah 50 sen seekor selepas ditolak dengan kos wajib untuk menternak seekor/sekilo ayam.. walaupun mereka hanya mengambil untung yang sangat sedikit, jumlah bilangan ayam yang dikeluarkan berkuantiti besar menjamin keuntungan mereka.

dengan cara inilah membolehkan harga jualan mereka langsung tidak dapat ditandingi oleh penternak kecil. So mcam mana kita ini sebagai penternak kecil yang hanya mengeluarkan ayam dengan jumlah 3000-10000 untuk sekali keluaran ingin berniaga? dimanakan kita boleh melambakkan ternakan kita sekali gus padahal dipasar sudah penuh dengan ayam ini sehinggakan raga jualannya bertingka2 sehingga ke syiling?... berapa pula kita nak jual kepada penjual dipasar? adakah sama harga dengan pengeluar ladang besar.?. adakah anda sanggup hanya untung 50 sen sahaja seekor untuk jualan 3000 ekor? berbaloikan segala usaha tekun anda selama 2-3 bulan?

namun jika kita bela ayam kampung pula, masa menternak adalah sangat panjang, kos mungkin akan bertambah. halangan paling besar adaalh untuk mendapatkan benih anak ayam ini dengan banyak sehingga 3000 ekor. pekerja pula perlu dibayar selama 5 bulan sebelum kita mampu menjualnya.. makanan mungkin dapat dijimatkan tetapi kita masih perlu mengira kos pulangan penggunaan reban pula.. setahun berapa ayam yang boleh dikeluarkan dari satu kawasan reban?..dari segi permintaan pula siapakah pembeli utama ayam ini?.

Disebabkan semua perkara diataslah pihak citypull sanggup menghabiskan masa setahun tanpa gaji untuk mendalami peluang dan cara untuk menternak ayam kampung ini dengan lebih baik dan mendalam. Segala usaha dicurahkan bagi memastikan ternakan ini suatu hari nanti 'mungkin' berada dikelompoknya sendiri kelak. . semua aspek diambil kira sehingga cubaan reban yang terbaik demi membolehkan kita menepis segala masalah yang dihadapi penternak ayam ini sedia ada. Persoalan kerkurangan benih mungkin dapat diatasi dengan mendidik penternak'kampung' dengan terknologi baru yang membolehkan mereka menghasilkan benih sendiri dan menjualnya sekiranya terdapat lebihan benih .. atau pun mungkin suatu hari nanti konsep ini akanmembntu suri rumah menjana sumber pendapatan tambahan ataupun membantu mereka yang miskin dengan sokongn pihak dari kerajaan dan NGO.

Siapa tahu dengan cara baru ini segala kos utiliti seperti pembinaan reban dapat dikurangkan. kos labour(pekerja) juga boleh dilakukan penternak itu sendiri secara part time dibelakang rumah.. dan mungkin juga setelah jumlah ayam yang dapat dikeluarkan oleh penternak kecilan melebihi jumlah yang dikeluarkan oleh peladang besar dek kerana ketika itu terdapat begitu ramai penternak sambilan dirumah. penternak ini biasanya akan menggunakan produk ayam mereka sendiri disamping menjualnya apabila ada lebihan.. pada ketika itu juga mungkin harga dedak akan turut turun.. maka tidak mustahil harga ayam ini juga dapat diturunkan sehingga RM 8 ringgit sekilo. harga ini membolehkan ayam kampung asli dibeli oleh sesiapa sahaja,Jika harga jualannya rendah ianya dapat mengalakkan orang ramai mula makan ayam ini kembali .. kesimpulanya kita perlu meniru resam semut yang bersatu padu. Dengan kerjasama dan jumlah yang banyak, mereka mampu menumbangkan haiwan lain yang lebih besar untuk dijadikan makanan...(berapa banyak mungkin daaaa hehehehe)

jaringan penternak ayam kampung..

2 comments:

junaidi @ Jerun Roku said...

salam sepull...

bagi aku lah kan... jenis ayam apa yg nak di ternakan bergantung kepada perangcangan pemasanran dan pengurusan modal ...

bagi aku lah...
ayam kacuk umur 4 bulan dah boleh jual.. so dapat lah modal utk buat rolling.. tak dapat byk pun sikit jadi lah dalam 50 ekor utk penternak besekala kecik macam aku ni..
sekilo leh jual 10 ringgit 50 ekor dalam 100 kg .. so ada lah duit dalam rm 1000.. (ayam kacuk yg dah matang dijadikan induk.. telur masuk balik incubator... sebulan dapat anak.. dan di jual ...)
ini lah pusingan yg aku buat...

bagi ayam kampung pulak ..
dalam 6 bulan pun lum tentu leh capai berat sekilo... tapi berbaloi lah kalau jual dgn harga pasaran sekarng...

aku tak leh nak jual lagi ayam2 kampung aku... macam kau jugak lah .. nak simpan jadikan induk dulu..

jaringan penternak ayam kampung.. said...

salam bro.. err nak panggil bro tepi sungai?oh ko haruku.. yang aku duk bincangkan kat sini pasal jenis ternakan yg ingin dipilih..yelah org kampung yg nak bele kecik cara mana yg elok dorang buat..
aku punya rekod dan cara bela ayam kampung ori aku, akau dapat 1.5 kilo masa ternakan aku capai usia 6 bulan.. 1.2 masa umur 5 bulan.bagi ayam kacuk pulak ada yg dapat jual 11/2bulan sahaja dan ada yg sampai 4 bulan..
yg masalahnya kalau kita duk pakai dedak sepenuh masa kalau nak capai masa jual pada bulan kedua. kalau ko bela cara yam kampung biasa ko akan capai berat 2 kilo pada bulan ke 4.. tu yg lama baru ko leh jual.. alang2 dah sampai 4 bulan baik bela ayam ori.. harga jual 10 sekilo tu payah nak dapat.. kalau jual perseorangan mungkin dpat tapi kalau dipasar susah sikit.. kampung kalau jual perseorangan paling rendah rm 13.. 50 ekor x 1.5 kilo x 13: rm 975-lebihnya ayam kampung guna dedak kurang..

Instagram