Pages

Khidmat Dari Citypull kepada Anda..

Salam semua..

Saya telah menerima lebih dari 30 panggilan selepas hari Raya ini yang menanyakan perihal penternakan ayam ini terutama mereka yang mahu meminta khidmat nasihat pembinaan reban ayam. Kebanyakkan caller meminta pihak citypull membantu mereka dalam pembinaan reban di belakang rumah dan kawasan ladang mereka. dalam ramai2 pemanggil itu, timbul 2-3 pemanggil yang mahu kami membantu mereka mereka dan menasihat tentang pembinaan reban mereka yang bernilai lebih 50 ribu termasuk jumlah kos ternakan nanti. Namun untuk permintaan sedemikian besar pihak kami merasakan belum layak lagi kerana segala persiapan yang dilakukan nanti memerlukan banyak prosidur serta perlu melibatkan banyak agensi kerajaan. Penternakan yang berskala mega untuk ayam kampung asli ini belum pernah dilakukan dimalaysia berikutan faktor yang telah kami paparkan dalam post sebelum ini..

Dengan permintaan yang mengalakkan ini, pihak kami merasakan sangat sukar untuk kami menerangkan semua aspek yang diperlukan untuk membina dan mengajar tentang penternakan ini melalui telepon. Kebiasaannya pihak kami akan meminta pemanggil untuk datang sendiri untuk melihat cara kami menternak ayam ini. Namun dengan permintaan dan kunjungan yang semakin meningkat pihak kami bercadang untuk mengadakan kelas2 yang bersesuai untuk anda semua. Kelas ini akan dilakukan di bilik mesyuarat bersebelahan dengan reban ternakan milik kami. tujuan tempat ini dipilih bagi memudahkan peserta kelas kami belajar secara life dan merasa sendiri pengalaman diladang dan mengelakkan salah paham ajaran yang diberi. kesemua kelas ini dijalankan sehari pada hujung minggu mengikut tarih yang telah ditetapkan kelak. di bawah adalah kelas2 yang bakal pihak kami adakan untuk pilihan anda yang berminat:

1. Kelas Belajar Membuat Incubator anda sendiri
2. Kelas Belajar Menternak Ayam kampung asli dengan kaedah Citypull
3. Khidmat rundingan dan pembinaan reban ayam konsep Citypull ditempat anda sendiri

kesemua kelas dan perkhidmatan ini akan kami terangkan dalam masa terdekat. Kami memberi jaminan setelah anda mengikuti kelas ini, anda mampu menternak dengan baik hasil dari pengalaman Citypull sendiri yang menternak selama setahun.. Butiran tentang kelas, modul, nota penternakan serta perkakasan yang anda akan terima akan diberi sedikit masa lagi. Untuk makluman semua, Panduan lengkap menternak ayam kampung percuma yang dijanjikan untuk Follower blog kami akan tetap diberikan tetapi tidak merangkumi konsep rekaan Citypull. Konsep penternakan Citypull adalah hak milik eksklusif kami dan dicipta sendiri untuk meningkatkan pengeluaran dan mutu ayam kampung asli yang lebih dikenali sebagai ayam kampung melayu(malai kai).. Nantikan kemunculannya..

jaringan penternak ayam kampung..

3 comments:

junaidi @ Jerun Roku said...

sepul.... aku pun nak attend kelas dgn kau jugak lah... macam na nak daftar ni...
hachiroku

junaidi @ Jerun Roku said...

sepull... aku pun nak joint lah kursus dgn kau ni...
byk benda yg aku tak tahu ...

Dragon said...

Aku ada kawan dah mula ternak ayam kampung ni. Masalah dia, dia ni banyak biz lain yg dia buat, jadi ayam ni dia upah orang lain jaga. Dari 1000 ekor, skrg tinggal 100 je, dia pun tak tau apa jadi. Wak yg jaga ayam tu dulu entah kemana menghilang. Dia ajak aku join jadi partner dia sbb dia tengok aku ni macam selalu free je. Jadi aku kenalah cari ilmu untuk mendalami hal-hal ayam kampung ni. Di harap Citypull boleh membantu.

Instagram