Pages

I'am back..

Salam,

Lama betul dah teman tak menulis dalam nie.. macam dah berkurun dah lamanya.. satu yang tak pernah teman lakukan sejak teman mula2 berbloger. So teman cuba lah kembali buat benda yang dah biasa teman buat selama ni.

Banyak sungguh sebenarnya yang berlaku dalam masa sebulan ini. Banyak sungguh sehingga teman tak sabar  nak berkongsi dengan anda. tetapi takpelah kita bercerita apa yang tersempat sahaja. Sebenarnya dalam masa sebulan ini teman banyak sekali melakukan kunjungan ke reban sahabat jauh yang pernah teman lawat sebelum ini. Mereka yang dah lama berkenalan dengan teman semasa mula2 menternak dahulu. Rata2nya dah menunjukkan peningkatan dan ada yang dah sangat maju sehingga dah berjaya mengeluarkan ayam kampung untuk jualan daging minima 50 ekor sebulan. Dan secara tak langsung teman terjumpa dengan sahabat lama yang rupanya dah mula menternak disebelahreban  sahabat yang teman kunjungi. Beliau masih bekerja dengan gaji yang lumayan tetapi mencari ketenangan dengan menternak.

Buat masa sekarang, teman lebih lega kerana perancangan yang teman buat menjadi kenyataan. Kalau sebelum ini teman tak berani untuk meninggalkan ternakan untuk bekerja, namun semuanya nampak mudah sekarang. Tidak membebankan langsung. Alhamdulilah, satu lagi cara penternakan telah teman rasai. Anak ayam pun dah semakin bertambah selepas teman memberhentikan penjualan anak ayam selepas serangan penyakit sebelum ini pada bulan puasa. Dan sekarang penjualan Incubator pun bertambah baik dengan sokongan ajen jualan. Boleh lah dengan jualan tak melebihi 2 dozen setiap bulan. Cukup untuk menampung kehidupan dengan tambahan gaji sebagai network cons. kat REDTONE.

So kemana arah tujuan teman sekarang? Kemana yang ingin teman tuju setelah 2 tahun berada dalam bidang ini? itu yang bermain dalam fikiran teman selama teman mendiamkan diri ini. Orang cakap rezeki ada simana2. Kita perlu berusaha untuk mendapatkannya. So apa usaha teman selepas ini? adakah cukup hanya dengan  apa yang teman buat sekarang. Adakah ianya mampu untuk menjadi sumber kekuatan teman untuk masa depan?

Sebenarnya, kalau nak diikutkan teman yakin apa yang teman fikirkan 2 tahun dahulu ada kebenarannya. Bukan satu angan2 Mat Jenin tetapi lebih kepada cita2 dan cara mencapai matlamat yang teman inginkan. Sehingga kini walaupun dah hampir 2 tahun perihal ternakan ini mula diminati, jumlah jualan ayam ini di pasaran belum dapat dipenuhi. Teman melawat pasar beasr Banting, pasar Old Town, pasar New Town, teman dah pergi ke pasar Sungai Way dan PJ, belum lagi kelihatan ayam ini dijual. Kalau teman ke pasar sub bandar, ada lah sesekali terjumpa dengan ayam kampung asli ini itupun dengan jumlah yang kecil. Nampaknya belum ada player besar atau yang mampu untuk mengeluarkan jumlah ayam ini dengan jumlah yang besar walaupun dah hampir 2 tahun teman berkecimpung dalam ternakan ini.   

Teman bertanya kepada seorang penternak otai dari segi usia di kampung teman. beliau nie sejak sepuluh tahun dahulu secara konsistent menjual hampir 100 ekor ayam kampung ini setiap bulan kepada peraih dan pembeli yang datang terus kerumahnya. Dalam masa teman bersembang tu dia menyebut yang ramai orang dah minat nak menternak ayam kampung ini.   Tetapi ramai yang gagal sbb tak atau macam mana nak menternaknya. Otai ni kata selama beliau menternak ini, tak de cara kursus menternak ayam ini. maksudnya beliau hanya menggunakan beberapa cara tradisi dan petua untuk menternak ayam. Di reban beliau, teman dapat lihat beberapa seting yang hampir sama dengan apa yang teman dah buat. Cuma beliau sentiasa mengamalkan pembiakan melalui eraman ibu.

Beliau mempunyai sejumlah ibu yang separuhya dibiarkan bebas dikawasan getah dan kebun buah2an. Kemudian ada reban yang diperbuat dari kayu terpakai dan juga dair kayu hutan. Bumbungnya ada yang dari zink dan ada yang diperbuat dari atap rembia. Ada juga bumbung yang diperbuat dari kain banner lama yang dikutip apabila habis promosi atau tarikh gantungnya. Sangat simple tetapi yang penting adalah displin yang digunakan. Antara yang teman dapat perhatikan, beliau sangat peka terhadap ibu yang baik dan ibu yang kurang baik dari ayam yang ada. Ibu yang baik biasanya akan dikurung dalam satu reban yang terdapat banyak bekas eraman. bekas2 ini terkurung dan bertutup sepenuhnya dari  ayam lain. Ibu ayam yang baik ini akan digunakan untuk mengeram telur selama 2 bulan iaitu dengan meletakkan telur ayam lain dibawah perutnya dan mengeluarkan anak ayam yang dah menetas. dalam reban khas ini sisediakan air dan dedak yang berprotein tinggi untuk mengembalikan tenaga kepada siibu ayam yg akan terue menerus mengeram. Kemudian si ibu ini akan dirawat dan dilepaskan kembali kepada kawanan ternakan yang lain.

Kemudia setting yang lain pula adalah mengamalkan penjagaan anak ayam yang dirampas dari ibunya. Anak ayam ini akan dijaga sehingga mencapai usia 4 bulan dalam sangkar atau reban yang dikurung sesama mereka sebelum dilepaskan bersama ayam yang lain. cecah sahaja berat lebih dari 1200g ayam tersebut akan ditangkap dan dijual kepada peraih yang datang. Selalunya seminggu sekali jualan akan dilakukan dan jumlah keseluruhannya adalah dalam 100++ setiap bulan. So teman tengok ada satu reban yag mana kebanyakan anak ayam yang berusia dibawah 4 bulan akan berada dalam reban ini. Susah nak tengok anak ayam direban beliau yang berkeliaran.

Dari segi pemakanan pula beliau hanya memperuntukkan dalam satu guni jagung dan satu guni dedak halus untuk ayamnya dalam satu bulan. Yang lain hanyalah dengan bahan yang ada disekitar reban dan juga apa sahaja yang boleh didapati secara percuma. Dikawasan beliau tu ada banyak dusaun dan kebun sayur serta rumput napier. Kadangkala kangkung liar dan keladi bunting pun diberi kepada ayamnya. Pada waktu siang susah nak tengok jumlah sebenarnya ayam beliau tetapi pada waktu malam baru tau yang ayam yang pulang kereban agak meriah.

Teman sempat bertanya, mengapa tak besarkan jumlah ternakan dan menjadikannya satu sumber pendapatan yang lumayan? kalau dah boleh jual 100 ekor mungkin beliau boleh menjual 500 ekor pulak. Mudah sahaja jawapan beliau.. ' Nak menternak ini memerlukan minat dan usaha yang mendalam, kita kena buat kerja setiap hari dan pastikan ternakan kita dalam keadaan baik. Kita pun kena sayang ternakan kita. Tugas tu bukan mudah tambahan sistem yang diguna pakai sekarang" Mungkin nanti bila dah ada cara yang mudah dan lebih tersusun untuk menternak maka bolehlah masa tu kita menternak dalam jumlah yang banyak..

Satu jawapan yang teman sangat teruja. Ini menunjukan bahawa apa yang perlu kita lakukan sekarang adalah mencari cara terbaik untuk menternak ayam ini dan pastikan masalah yangsering kita hadapi sebelum ini dapat diatasi. Dari situ kita akan mampu untuk mengeluarkan sejumlah ternakan yang dirancang dan manjamin pendapatan yang lumayan kelak.

So matlamat teman untuk tahun ini, dalam masa teman bekerja nie, teman akan pastikan ternakankan teman ini terus berkambang dan menjual dengan kosisten. Fasa belajar untuk membesarkan anak ayam dah selesai, fasa mengeluarkan telur dalam jumlah yang baik dah selesai, sekarang masuk dalam fasa menternak secara sambilan sambil bekerja. Dengan gaji yang ada dan sistem menternak yang baik, kita dapat melakukan 2 kerja dalam masa yang sama untuk mendapat pendapatan yang lebih. Setelah semuanya berjalan dengan lancar barulah masa tu teman berhenti semula dan terus mengembangkan ternakan teman. lagi pun teman lihat rata2 yang menternak sekarang nie menternak secara sambilan sambil masih lagi bekerja.

Sekian, esok lusa teman nak uploadkan gambar reban teman yang terbaru dan gambar anak2 ayam yang ada direban tema. Untuk pengetahuan anda, angsa teman dah pun dijual kepada kawan teman yang berbangsa Jerman. Tak sangka pulak kalau diJerman, dorang tak makan belanda untuk krismas tetapi makan angsa..                 

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram