Pages

Antara cabaran penternak ayam kampung Asli

Salam,

Ramai juga yang bertanya kepada teman mengapa sampai sekarang kita nie penternak melayu masih belum betul2 berjaya atau maju dalam penternakan ini?. Selalunya jawa[an teman lebih kepada masalah atau cabaran yang belum selesai yang dihadapi penternak sekarang dan Insyallah kalau nanti semua masalah itu dapat diselesaikan, mungkin ianya akan menjadi bidang yang sangat menjanjikan pendapatan lumayan. Kalau dibenarkan, teman suka untuk membuat perumpamaan penternakan ayam kampung asli ini berbanding ternakan ayam kacuk dimana bolehlah kita katakan menternak ayam kacuk seumpama menternak ikan keli dan menternak ayam asli seumpama menternak ikan haruan bodoh atau ketutu. Ikan keli cukup mudah penjagaanya dan boleh dibela dalam jumlah yang banyak dalam satu kolam manakala ikan ketutu lebih rumit penjagaanya serta jumlah penternakan belum ada lagi dibuat secara komersial dalam satu kolam besar berikutan sifatnya tersendiri. Soal harga sememangnya sangat berbeza berikutan permintaan serta kesukaran menternak yang berbeza.

Antara cabaran yang perlu dihadapi penternak sekarang sekiranya menternak ayam kampung asli adalah kaedah penjagaan serta urusan reban yang berasingan.Boleh lah kita senaraikan cabaranya seperti dibawah:

1. Ketiadaan benih ayam ini dipasaran yang boleh dibeli dengan kosisten dengan jumlah yang banyak. - perkara ini telah lama menghantui penternak yang ada sekarang dimana usaha untuk memajukan diri dalam penternakan tak mampu dilakukan. Untuk berjaya atau memperkembangkan perternakkan kita, biasanya kita perlu untuk memperolehi belakan anak ayam ini berterusan mengikut jadual yang telah ditetapkan. Dari sini pengeluaran dapat dikawal mengikut permintaan setempat disamping menjamin peratusan pengeluaran ayam tidak akan turun.
Buat masa sekarang, penternak kita hanya bergantung kepada belakan anak ayam sendiri sama ada dieramkan secara tradisional atau mengunakan mesin dan kadang kala mendapat bekalan dari orang perseorangan yang menjual mengikut musim. Jika masalah ini terus berlanjutan, teman rasa industri yang kita ceburi ini tidak akan sampai ke skala komersial. Melainkan kalau kita sanggup untuk membina satu pusat penetasan sendiri dengan mengumpul sejumlah induk menghampiri 2k minama. Bekalan anak ayam ini akan digunakan sendiri tanpa dijual dan diternak sehingga matang. Namun jumlah ayam yg dikeluarkan juga teman kuatir tidak kosisten dan kekurangan mungkin berlaku ketika musim ayam rehat bertelur.

2.Cabaran seterusnya adalah untuk mencari setting reban yang terbaik untuk ayam ini memandangkan perangai ayam ini yang sangat berbeza denagn ayam kacuk. Dengan kacuk, kita mempunyai kelebihan untuk menternaknya dalam jumlah yang besar mengikut usia yang sama dan masalah pengurusan adalah kurang berbanding dengan ayam kampung asli. Ayam ini bila dikumpulkan dalam kumpulan yang besar akan cenderung untuk berpuak2 atau membentuk kumpulan2 tertentu yang pada akhirnya akan berentap sesama mereka sehingga mati. Jumlah ayam yang mati akibat gejala ini kadang kala boleh mencecah sehingga 25% dari jumlah ayam yang diternak.

Oleh itu antara percubaan sebelum ini yang pernah teman buat adalah dengan mengasingkan jumlah ayam ini mengikut kumpulan kecik dengan jumlah bagi sesuatu kumpulan tidak melebihi 50 ekor. Bagi teman ianya lebih kepada gambaran asas atau kelakuan asalnya yang hanya bergaul dengan adik berada sebapa atau seibu mereka. (ibu n bapa ayam lah yek.. bukan manusia). Cubaan teman ini untuk menternaknya dalam jumlah yang besar iaitu melebihi 200 ekor sering gagal dan mengundang malapertaka. Begitu juga dengan masalah induk yang cuba kita ternak. kalau idea untuk menternak ayam ini dengan nisbah 10:1 dalam satu reban yag besar adalah sangat memerbahaya dengan beberapa kesan gejala yang timbul selepas itu.

3. Cabaran seterusnya adalah jangka penternakan yang lama bagi seekor ayam iaitu sehingga 5-6 bulan. dengan tempoh masa yang lama serta kos makanan yang semestinya akan berkadar sama dengan tempoh, pengurusan yang cekap diperlukan bagi mengelakkan kerugian akan datang. Dengan FCR ayam ini mencecah 1:4, penggunaan dedak (yang lebih mudah) tidak mendatangkan keuntungan kepada penternak. Walau sebesarmana pun ternakan anda nanti, pengantungan kepada dedak komersial 100% perlu dielakkan.

4. Cabaran seterusnya adalah kos permulaan yang agak tinggi kerana untuk memulakan penternakan ini ada kebiasaannya perlu membina 2 jenis reban iaitu induk dan didik berikutan jumlah pengeluaran anak ayam dipasaran yang rendah. Kos lain yang besar adalah pembelian baka atau induk yang semua orang tahu sangat tinggi berbanding kalau kita menternak ayam kacuk dimana kita hanya perlu membeli anaknya sahaja. Kos2 inilah yang sering mengagalkan penternak yang baru untuk memulakan penternakan melebihi 500 ekor. Kebanyakkan penternak akan memulakan penternakn secara kecil2an terlebih dahulu untuk membesarkan ternakan mereka. Masa yang diperluakan untuk mengembangkan penternakan ini mungkin melebihi setahun.


Dengan cabaran2 ini, teman rase kita sebagai penternak harus lebih agresif untuk menyahutnya dan sentiasa memikirkan jalan penyelesaian sebelum boleh menarik nafas lega menternak secara komersial. Teman sering melihat mereka yang bermodal besar tetapi masih terkial2 menjalankan penternak ini. Bagi mereka yang dah memulakan, teman harap jangan cepat putus asa kerana untuk penternak jenis ungas yang menjadi sumber protien yang paling popular diMalaysia. jumlah dan kuantiti ternakanlah yang menjadi kejayaan anda. Juka anda berjaya meningkatkan pengeluaran ternakan anda saban bulan, teman yakin impian anda menjadi penternak berjaya menjadi kenyataan. Amin..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram