Pages

brooder




Brooder.. (reban asuhan anak ayam)

sejak kami dapat membina brooder yg terbaik bagi yg kami rasalah.. barulah anaka ayam yg ditetaskan dalam incubator dapat membesar dengan baik.. kadar kematian untuk 100 ekor anak ayam kurang dari 5 ekor bermula dari usia sehari hingga sebulan.. anak ayam yg baru menetas dibiarkan dalam incubator sehingga bulunya benar2 kering dan sehingga kelihatan cergas.. kemudian kami akan pindahkan ke brooder anak ayam yg baru lahir.. dimana lampu 5watt diletakkan dengan ketinggian 6 inci dari lantai.. diatas lantai akan ditaburkan dengan dedak hitam untuk anak ayam(starter) dan bekas minuman air.. anak ayam yg dipindahkan dulu dari incubator akan dicelupkan mulutnya hingga ke paras hidung untuk latihan meminum air..tujuanya untuk pastikan anak ayam itu tahu bahawa ada sumber air disekitaranya.. kemudiannya anak ayam dilepaskan dibawah lampu.. anak ayam akan mula mematuk dedak yg telah ditaburkan.. lepas 12 jam kami akan mula meletakkan dedak didalam bekas makanan kerana pada ketika ini anak ayam sudah pandai makan dedak n mula lapar..

anak ayam akan di letakkan dalam bekas2 kecik dahulu sebelum dimasukkan kedalam brooder yg lebih besar.. perlu diingatkan bahawa anak ayam perlu diletakkan berasingan kalau jarak penetasa anak ayam tu berbeza lebih dari 3 hari.. ini kerana anak ayam nie kalau dicampurkan dengan anaak ayam baru menetas dikuatiri anak ayam ini kaan terpijak dan mati akibat masih lemah.. kumpulan anak yg sama usia diletakkan satu kumpulan untuk mengelakkan kejadian kematian anak.. perkara ini biasanya berlaku kerana anak ayam yg menetas dalam incubator kadangkala tidak menetas sekaligus.. ..

rekabentuk brooder...
brooder boleh dibuat diluar rumah atau didalam rumah jika ada ruang, ini kerana anak ayam sangat sensetif dan mudah mati dengan pengaruh cuaca luaran..namun konsep asasnya perlu kalis cuaca dan berbumbung.... kemudian lantai broder perlu tinggi dari lantai dan sekurangnya2 sekaki dari lantai untuk pengudaraan dan mengelakkan gas amonia dari najis tahi terkumpul di brooder..gas amonia sangat merbahaya dan akan membunuh anak jika didedahkan secara langsung.. kemudian lapik diperlukan untuk diletakkan dibawah brooder supaya mudah kita membersihkan tahi yg terkumpul.. kemudian lantai brooder itu sendiri dipasang dengan jaring yg bersesuaian dengan kaki anak ayam yg masih kecil.. kemudian didalam brooder itu diletakkan tempat bertenggek supaya anak aayam itu akan belajar bertenggek semasa tidor atau berehat.. ini penting untuk menyediakan anaka yam itu dengan pengalaman supaya tidur ditempat tinggi..

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram