Pages

Ramai Lagi Rupanya

Salam,

Apa khabar tuan semua di luar sana, harap2 kesihatan masih dalam keadaan baik dengan cuaca yang seram2 sejuk sekaranga nie.. kalau kita ni pun leh demam ternakan kita pun mungkin lg mudah terdedah kepada penyakit. Bak kata blog bindim farm tu, kena amik masa lebih lama direban.

Teman tgk skang nie penternak kita leh dibahagikan kepada 2 iaitu penternak yang mementingkan jualan dan satu lagi yang menjadikannya hobi yang menguntungkan. Yang sebagai hobi suka ternakan unik atau yang boleh dimain sebagai pet. Yang satu lagi lebih kepada penjualan mengikut jadual yang ditetapkan. Teman rasa teman dalam bidang yang kedua sbb teman nie walaupun suka binatang tetapi teman jarang terlalu menyayangi ternakan sehingga memandikan dan menyuapkan ternakan macam menjaga anak kecik.

Teman lebah suka melihat telatah ternakan dengan keadaan semula jadi. Kalau ada yang bergaduh atau bersabung pun teamn lebih suka biarkan sahaja untuk melihat yang mana Alfa male. Kalau dah sampai berdarah balung barulah teman leraikan. Biasanya ternakan teman takdelah berlaga sampai mati. kalau rase macam nak kalah ayam lawan dia akan lari lintang pukang.

Apa yang teman nak katakan pada peringkat awal, sebenarnya teman tak menyangka yang jumlah penternak kecil yang duk ada skang makin bertambah. Dah makin banyak reban dibina sehingga secara tak langsung harga bagi jaring hijau macam dah naik. Kalau takde permintaan, masakan harga jaring ini boleh meningkat.

Teman ingatkan selepas serangan tu ramai yang akan serik tetapi teman tgk macam ramai yang dah kebal. Mungkin perasaan cinta terhadap ternakan ini dah mula bercambah dalam hati masing. 2-3 hari lepas teman menghantar incubator (2 biji) kepada sahabat baik bapak teman sendiri. Orang Perak yang merantau kat Selangor. Orang yang berjiwa besar dan boleh teman katakan berjaya. Sekali kerja selama 2 tahun boleh lepak saja 2 tahun lagi. Tu lah perumpamaan yang boleh teman katakan. Beliau menternak ayam pun sekadar mengisi masa lapang disamping menghiburkan hari. Kalau nak makan barulah ternakan ditangkap. Baru2 nie sahaj baru berjinak2 untuk menjual ternakan beliau yang bertambah banyak dah hampir tak terjaga.

Beliau sudah mempunyai incubator manual yang dibeli 2 tahun dahulu tetapi masih mahu membeli yang teman buatkan. Katanya yang lama tu macam tak menjadi. Teman pun katakan yang peratusan menetas telur ini bukanlah bergantung 100% kepada incubator. Incubator pakai polystrein pun leh menetas kalau semuanya tepat dan mengikut yang sepatutnya untuk telur menetas. Yang penting bagai mana perhatian yang kita beri dah sejauh mana kualiti telur yang kita eramkan. Telur burung kasawari pun leh menetas kalau betul gayanya.

Teman pun macam tak percaya skalng nie bila tempahan incutor tetap ada dan kadangkala boleh teman katakan semakin bertambah. Dah ada ejen jualan teman skang teman rase mulah kadangkala tertekan nak kejar masa untuk siapkan incubator. Tetapi takpelah, janji kerja perlu diteruskan. Ini bermaksud makin ramai penternak luar sana yang menceburi ternakan samada hobi yg berkeuntungan atau yang betul2 nak buat duit sampingan dengan ternakan ini.

Kini dah genap 4bulan teman melalui zon percubaan bekerja sampai menternak ayam yang mana hampir 75% penternak luar sana alami. Teman rasa setakat ini teman dapat menhadapinya dengan baik dan takde masalah besar yang menimpa. Memang mudah sebenarnya cuma kalaua nda bekerja sendirian anda akan ada sedikit terasa kurang bebas kerana tak leh tinggalkan reban lama dan kena mencari penjaga sementara semasa anda keluar berjalan.

Apa yang penting adalah manjaga makan minum ternakan dan pastikan ternakan ada tempat berlindung yang baik. teman yakin selepas setahun teman menternak dengan gaya ini teman akan berhenti dan menerapkan sepenuhnya cara teman sekarang untuk ternakan masa akan datang. Cukup mudah sehinggakan seorang pembantu boleh menjaga sehingga 2-3 ribu ekor dalam satu masa. Rasenya macam dah banyak yang teman belajar sekarang mengenai penternakan ayam kampung. Cuma lepas setahun ini teman kena pikirkan cara untuk "kick start" ternakan ini sehingga teman mampu mengeluarkan 1 k ayam ini setiap bulan.

Kalau nak diikutkan perkiraan orang yang "gelojoh" kalau jualan seekor RM 20 dan teman dapat menjaul 1000 ekor sebulan, jualan kasar teman dah mencecah 20k setiap bulan. Lumayan tu jika dibandingkan pendapatan orang melayu biasa di negara kita. Tapi nak konsisten jualan macam tu lah menjadi tanda tanya kepada kita. Berapa modal nak kuar, berapa kos makan sebulan, mana nak dapat benih dan sebagainya. Itulah yang perlu dipelajari sedikit demi sedikit. Kalau anda ad minat dan ada kepakaran, ternaklah ternakan yang bernilai tinggi. Jualan akan manjadi lebih baik dengan perbadingan jumlah ekor.

So kepada mereka yang masih dalam bidang ini,sama2 lah kita doakan yang kit akan berjaya memecahkan segala masalah ini untuk memastikan kejayaan yang tinggi. Burung walit pun orang leh ternak atau kutip sarangnya inikan pula ayam yang duk bersepah kat laman umah kat kampung kita kan?

sekian...

jaringan penternak ayam kampung..

No comments:

Instagram